Hai. Assalammualaikum. Adakah anda seorang yang baru sahaja masuk ke alam pekerjaan dan bulan ni adalah bulan pertama anda bakal menerima gaji pertama? Dah ada idea dapat duit gaji nanti nak buat apa? Meh omma share list do and don't sebagai panduan kita bersama. Jangan anda menjadi seperti omma yang tersilap langkah dahulu. Tak nak ingat balik, sebab menyakitkan hati sampai ke tulang hitam. huhu. Tapi, apa boleh buat kan, benda dah lepas. Jadi, omma share ni supaya korang tidak menjadi seperti omma yang kurang bijak masa tu.
1. Anda perlu belajar tentang pengurusan kewangan yang bijak
Bagaimana? Caranya mudah. Anda perlu tahu, gaji anda nanti diurus seperti apa. Di bawah ini saya sharekan sedikit panduang berkaitan pengurusan yang bijak. Gaji pertama anda hendaklah dibahagikan seperti berikut:
- Belanja 30%
- Hutang 30%
- Simpanan 10%
- Takaful 10%
- Pelaburan 10%
- Zakat 10%
2. Belanja Mak Ayah Makan Besar
Kita menjadi seperti hari ini, kita berjaya seperti sekarang adalah hasil keringat kedua orang tua kita. Jadi, merekalah insan yang pertama perlu kita raikan. Apa salahnya kalau kita peruntukan sejumlah wang untuk membawa mereka staycation di hotel yang selesa sambil makan makanan yang enak. Bukannya setiap hari kan, sekali sekala. Sebagai tanda kita mengucapkan terima kasih diatas jasa mereka selama ini. Sementara mereka masih hidup ni yang oii, kalau mereka dah tak ada, simpan sahaja duit kepuk-kepuk tu. Benda dah tak ada, cari kat mana memang tak akan jumpa dah.
3. Beli kereta ikut keperluan
Zaman ni ramai sangat dah omma jumpa. Naik kereta mahal. Femes giler kot. Tapi, tengah bulan tak cukup duit pinjam kat kawan. Sembang kencang lagi tu tak tahan. Adeh. Please. Please. Jangan jadi seperti mereka ini. Ukur baju di badan sendiri. Lebih baik hidup sederhana, tapi duit kepuk-kepuk dan tak menyusahkan orang lain. Ye dak?
Kereta ni bukan aset tau. Ianya liabiliti. Liabiliti maksudnya sesuatu yang tidak memberikan keuntungan kepada kita. Dan nilai kereta ini akan susut tahun demi tahun. Jadi, cadangan saya, belilah kereta yang sederhana, harga tidak mahal, jimat minyak sparepart senang nak dapat, service dan maintainence yang murah dll. Pilihan omma, belilah kereta produa. Jimat minyak dan sparepart senang nak dapat, maintainencepun murah. Kalau anda nak beli mpv, boleh je, tapi kena tengoklah gaji anda. Kalau anda lulusan ijazah, barangkali anda mampu. Kalau boleh, anda buatlah pinjaman yang singkat, 3 atau 5 tahun. 9 tahun terlalu lama untuk anda. Percayalah. Kena ambik insuran takaful tau yang islamik. Jangan ambik yang konvensional. Riba!
4. Beli rumah pertamaku
Kalau anda bekerja dengan gomen, anda bolehlah berkira-kira untuk membuat pinjaman perumahan. Tapi, syaratnya kena disahkan dalam jawatanlah. Tunggu 3 tahun. Tapi! anda kena dah buat simpanan untuk deposit dan sebagainya.
5. Jangan buat loan peribadi! Nehi!
Jangan sesekali buat loan peribadi. Tak payah. Ianya hanya memerangkap anda. Anda nak tak bayar hutang peribadi selama 10 tahun, loan kereta 9 tahun. Anda akan merasa sempit tau nanti. Tak yah dengar orang bagitau kalau tak berhutang tak ada aset. Biarkan mereka nak membawang besar.
6. Buat Umrah
As Muslim, mengerjakan haji dan umrah itu sepatutnya dalam target kehidupan kita. Pergilah di saat badan masih kuat. Caranya mudah. menabung. Anda bolehlah survey agents yang anda percayai, takpun pergi je ke Tabung Haji je. Lagi senang. Jika anda lulusan diploma, gaji basic dan elaun semua, inshaAllah anda akan dapat dalam RM2K anda above. Rm 1000 anda boleh gunakan untuk bayar sewa rumah atau bilik, dan makan. RM1000 sebulan anda boleh simpan. Kena konsistenlah. Anggaran nak buat umrah termasuk belanja adalah RM7 K. Nampak macam banyak kan. Tapi, percayalah, anda boleh buat!
Ok, baiklah, ni adalah checklist penting yang anda perlu lihat kalau baru masuk kerja. Berkaitan nak buat rumah di tanah sendiri. Omma ada beberapa perkara nak share:- Pastikan tanah tersebut telah ditukar kepada nama anda. Bukan nama orang lain. Bukan nama mak ayah anda jika mereka telah menghadiahkan tanah tersebut kepada anda. Bab tanah wei, adik beradik boleh berparang.
NAK DAPATKAN DUIT EXTRA DENGAN BISNES TANPA MODAL?! Pastikan anda tonton sampai habis!
Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.