Mendapati diri sedang mengandungkan zuriat buat suami merupakan momen yang indah buat seorang wanita yang bergelar isteri. Mana tidaknya, zuriat itu adalah bukti cinta serta bakal menjadi penyeri rumah tangga mereka suami isteri. Namun, terdapat segolongan yang suka memomokkan isu bersalin normal dan bersalin czer. Agak-agak kenapa ye?
Bersalin czer merupakan suatu prosedur surgikal untuk melahirkan baby dengan pemotongan(incision) di kawasan abdomen dan uterus ibu.
Kenapa Saya Perlu Bersalin Czer?
Terdapat beberapa sebab yang memerlukan kita terpaksa bersalin melalui kaedah ini. Antaranya ialah:- Baby Breech- Maksudnya baby anda berada dalam keadaan posisi punggungnya berada di bawah bukan kepalanya yang attach dengan vagina. Ianya sangat berisiko untuk baby di dalam kandungan kita lemas.
- Kedudukan baby melintang. Kebanyakan orang kita mengatakan baby "turun tangga". Ia adalah keadaan di mana kaki baby kita attach ke bukaan vagina dan bukannya kepala. Salah satu cara yang doktor lakukan adalah dengan membantu ibu memusingkan kedudukan baby dalam kandungan. Ianya suatu proses yang agak menyakitkan. Namun, sekiranya tidak berjaya, pilihan terakhir yang kita ada adalah dengan bersalin secara czer demi keselamatan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
- Kandungan kembar. Sebenarnya terdapat juga ibu-ibu kita dahulu yang mengandungkan anak kembar namun mampu bersalin secara normal. Akan tetapi, komplikasi yang banyak berlaku zaman ini menyebabkan ianya agak berisiko untuk nyawa baby dan ibu. Saya mempunyai rakan sekerja yang kembar dan ibunya melahirkan mereka secara normal. Namun, saya turut mempunyai rakan yang melahirkan anak kembar berlainan jantina namun terpaksa bersalin czer.
- Placenta menutupi sebahagian atau sepenuhnya bukaan serviks. Ini kita namakan placenta previa. Saya turut didiagnose sebagai placenta previa type 2 semasa mengandungkan anak sulung saya. Memang mustahil untuk bersalin normal jika ini berlaku. Laluan servis sepatutnya clear bagi membolehkan kepala baby melalui bukaan tersebut.
- Sejarah bersalin czer yang terdahulu. Jika kita pernah bersalin czer kali pertama, kita memang berisiko untuk bersalin czer juga kali keduanya. Namun, terdapat kes di mana terdapat ibu yang bersalin normal selepas melalui pengalaman bersalin czer kali pertama.
Komplikasi dan Risiko Bersalin Czer
Antara komplikasi yang boleh dialami oleh ibu-ibu yang bersalin czer ini adalah:
- Kehilangan banyak darah
- Masalah Pembekuan darah. Bagi ibu yang bersalin czer, mereka perlu mengambil ubat cair darah selama 10 atau berbelas hari. Bergandung dengan jenis ubat cair darah jenama apa yang diguna. Masa Umar dulu saya diberi suntikan heparin 2 kali sehari selama 10 hari. Time Noah pula saya diberikan suntikan tanziparin sebanyak sekali sehari selama 13 hari.
- Masalah di bahagian luka. Masalah ini timbul dari segi penjagaan luka jahitan itu sendiri yang agak leceh. Luka lambat sembuh jika permukaannya sentiasa basah kerana air dan peluh. Sebab itulah ianya akan kelihatan kemerah-merahan.
- Mudah terkena jangkitan kuman sekiranya tidak dijaga dengan sebaik yang mungkin. Kerap mencuci selepas mandi dan anginkan bahagian jahitan dengan kipas.
- Kerosakan pada organ berdekatan, seperti pundi kencing, Hal ini akan terjadi jika doktor yang melakukan operasi kurang berhati-hati atau masalah ini timbul bagi peskit yang obese dimana sukar untuk menetukan kedudukan sesuatu organ tersebut.
Pilihan Yang Ada Bagi Mengurangkan Kesakitan Semasa Czer
- Epidural- Suntikan ubat bius diberikan melalui spinal cord. Ianya kita panggil LA. Time bersalin anak kedua, saya meminta diberikan epidural disebabkan tidak mampu menangung rasa sakit terlalu lama. Pengalaman bersalin anak pertama masih terasa kerana kontraksi yang lama sepanjang berada di wad bersalin.
- General Anaesthetic- Ianya akan diberikan jika LA tidak sesuai untuk tubuh kita.
Pengalaman Saya Bersalin Czer Sebanyak 2 Kali.
Pada tahun 2016, saya melahirkan anak sulung saya, Umar melalui kaedah czer di hospital kerajaan. Emergency Czer menjadi pilihan terakhir kerana saat itu result CTG Umar kurang cantik. Doktor risau sekiranya ia akan memberi kesan kepada saya dan bayi dalam kandunga. 38 weeks akhirnya lahir seorang khalifah pertama saya yang diberi nama Umar Farouq. Saat pregnant Umar ni jugak saya mengalami masalah Placenta Previa Type 11. Namun, keajaiban berlaku bilamana seminggu sebelum bersalin uri saya naik semula keatas dan tidak menutupi bahagian serviks saya.
Januari tahun 2020 ni pula, saya melahirkan anak kedua saya yang bernama Noah Hamzah secara czer juga. Nak beritahu, bukaan memang dah full, saya try teran semampu yang mungkin, namun baby still tak nak keluar. Same cases dengan Umar, result CTG tak cantik, doktor takut baby lemas, so emergency czer telah dilakukan. Tambahan lagi mengandungkan Noah saya mempunyai GDM yang memerlukan saya on diet control dan ianya berisiko untuk baby lahir dengan saiz yang besar,
Pengalaman 2 kali bersalin secara czer ni agak mentraumakan saya. Bukan apa, Noah lahir dengan simptom cynosis. Oksigen dalam badannya tak cukup sehingga badannya kelihatan biru, siap ada kongenital pneumonia sejak lahir. Kena ON oksigen dua hari di ward dan on antibiotik selama 2 minggu. Orang lain lepas bersalin dah ada baby kat tepi, saya pula dua hari tak tidur dengan baby. Bayangkan dalam keadaan baru lepas bersalin, kena ulang alik hospital nak ambik injection ubat cair darah dan injection antibiotik Noah. Bersalin czer ni bukan kemahuan saya, tapi keperluan disebabkan kondisi saya yang tidak mengizinkan. Bukan jarang orang menyindir disebabkan saya bersalin czer. Ingat tak depressi ke bilamana mind set kita nak bersalin normal tapi terpaksa czer. Of kos mak mak ni fikirkan tentang baby.
Cukuplah dua, even semuanya hero. Cuma bersalin kali kedua ni suami dan mak saya hairan sebab CERGAS saya kemain rupanya. Memang betul-betul terkesan dengan set ibu hamil yang saya ambik. Terima kasih shaklee sebab bantu lancarkan masalah sembelit saya selepas bersalin. Tak payah nak meneran ye. hehe. Even bangun setiap malam untuk susukan baby, saya still rasa cergas dan bertenaga. Air susu juga kemain meriah dek non! Sehinggakan saya perlu membeli freezer lain semata-mata untuk menyimpan stok susu yang banyak ni. Jika terjadi apa-apa kepada saya, InshaAllah stok ni cukup untuk baby saya Noah. =)
Sebenarnya, pregnant kali ni saya fully mengambil supplemen shaklee. Result HB sayapun cantek sepanjang preggy.
- Vivix
Cecair waana merah ni nukan biashe-biashe kata orang. Harganya mahal, tapi kalau mampu membuatkan kita energetic semasa berpantang apa salahnya untuk invest kan. Khasiat tinggi antioksidan dari anggur muscadine, elderberry, lobak ungu mampu memberikan kepuasan kepada anda untuk membelinya. Luka czer cepat kering tau.
- ESP
- Vitamin C
- Zink Plus
- Vitalea Iron Formula
- Lecithin
- Ostematrix

Kebetulan bulan ni ada promo SET POSTNATAL dan Pre Natal shaklee, bolehlah suami belikan untuk isteri. Hadiahkan set ni untuk isteri tersayang, of kos isteri anda tak minta diuurut kaki dan badannya setiap hari, tidak mengeluh sebab penat. Jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang set ibu hamil dan set berpantang shaklee ni, jangan segan contact Omma di
Puan Zarina Binti Ismawi
Your Shaklee Independent Distributor
SMS| CALL|Whatsapp : 0198583575
♥ Shaklee ID : 1244624
♥Email: zarinaimaging87@gmail.com
♥Page: Kedai Vitamin Warga Sibu
COD: Sibu-Sarikei-Daro/Pos Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia.
1 thought on “Tips Cepat Sembuh Luka Czer”