Anda pernah mengalami masalah kencing kotor? Sakit masa membuang dan terasa ada benda yang terbakar di kawasan alat sulit anda? Fuh! Mesti tak sabar nak tahu cara merawat kencing kotor kalau begini gejala yang anda alami kan?
Apa Itu Masalah Kencing Kotor?
Kencing kotor atau jangkitan kuman pada saluran air kencing(UTI) disebabkan oleh mikrob seperti bakteria yang melumpuhkan pertahanan tubuh seseorang dalam saluran kencing. Ianya boleh menjejaskan fungsi buah pinggang, pundi kencing, dan saluran di sekitarnya.
Saluran kencing boleh dibahagikan kepada saluran kencing atas dan bawah. Saluran kencing atas terdiri daripada buah pinggang dan ureter, dan saluran kencing bawah terdiri daripada pundi kencing dan uretra.

Info Tambahan:
⊗ Wanita lebih berisiko menghidap masalah kencing kotor disebabkan saluran urethranya yang pendek jika dibandingkan dengan urethra lelaki.
Sebahagian besar jangkitan saluran kencing (UTI) disebabkan oleh bakteria Escherichia coli (E. coli), biasanya bakteria ini terdapat dalam sistem pencernaan, tapi ianya boleh juga berada di bahagian saluran kencing. Bakteria Chlamydia dan mycoplasma boleh menjangkiti uretra tetapi tidak pundi kencing.
UTI diberi nama berbeza bergantung kepada organ mana ia berlaku. Sebagai contoh:- Jangkitan pundi kencing disebut cystitis.
- Jangkitan uretra dipanggil urethritis.
- Jangkitan buah pinggang dipanggil pyelonephritis.
Mereka yang berisiko mengalami masalah kencing kotor.
- Mereka yang melakukan hubungan seksual, terutamanya jika lebih kerap, sengit, dan dengan pasangan pelbagai
- mempunyai masalah diabetes
- kebersihan diri yang lemah
- masalah mengosongkan pundi kencing sepenuhnya
- mempunyai kateter kencing
- inkontinensia usus
- aliran air kencing yang tersekat, mungkin mempunyai masalah stricture
- Batu karang
- beberapa bentuk kontraseptif
- kehamilan
- menopaus
- pernah melakukan prosedur yang melibatkan saluran kencing seperti MUC, urethrogram
- sistem imun yang lemah
- Tidak mampu bergerak untuk tempoh yang lama
- penggunaan spermisida dan tampon
- Penggunaan antibiotik yang berat, yang boleh mengganggu kitaran semulajadi usus dan saluran kencing
- -Rasa sensasi yang kuat dan berterusan untuk membuang air kencing
- -Rasa pedih terbakar atau panas apabila kencing
- -Kerap membuang air kencing tapi dalam bilangan sedikit air kencing
- - Urine yang kelihatan berbuih
- - Air kencing yang kelihatan merah, berwarna merah jambu cerah atau berwarna coklat - tanda darah dalam air kencing(hematuria)
- -Kesakitan di bahagian pinggul, pada wanita - terutamanya di tengah pelvis dan di sekitar kawasan tulang kemaluan atau simfisis pubis
- Kencing kotor dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik. Buat masa sekarang, antibiotik sememangnya merupakan rawatan yang paling berkesan. Namun tidak semua orang akan diberi antibiotik. Hal ini kerana pemberian antibiotik secara berleluasa akan memberi peluang kepada bakteria melawan antibiotik. Sekiranya ini berlaku, bakteria akan menjadi kebal terhadap antibiotik yang diberi dan terus menguasai kesihatan pesakit.
- Oleh itu, terdapat kriteria yang perlu dipatuhi semasa pemberian antibiotik. Contohnya, pesakit haruslah mempunyai simptom kencing kotor dan pesakit yang mengandung tetapi tidak mempunyai simptom. Hanya 2 golongan ini yang digalakkan diberi antibiotik. Golongan yang tidak mempunyai simptom dan tidak mengandung disarankan minum banyak air untuk mencuci saluran air kencing sekaligus membasmikan kuman.
- Minum Banyak Air Kosong

Minum air kosong dengan banyak mampu membuatkan kita kerap membuang air kencing. Ianya bagus untuk sistem urinasi kita. PH air kencing akan menjadi normal, dan anda sendiri dapat perhatikan perbezaan warna air kencing and ajika anda mengambil jumlah air yang kurang seperti sedia kala.
2.Buah belimbing
Pada tahun 2002, Saintis daripada Thailand telah berjaya mengenal pasti bahawa belimbing boleh membunuh kuman E Coli, Klebsiella,Staphillococus aureus, Pseudomonas aeruginosa yang dikaitkan dengan jangkitan kencing kotor. Jika anda sedang atau pernah mengalami masalah ginjal dan melakukan dialisis atau pernah mengalami batu karang pada ginjal. Elakkan buah belimbing kerana ia mengandungi asid oxalic yang boleh memberikan mudarat kepada mereka yang mengalami masalah ginjal atau buah pinggang.
3. Minum jus cranberry
Terdapat kajian yang dilakukan mengatakan, jus cranberry mampu melawan jangkitan kuman salur kencing. Anda boleh melakukannya di rumah sebagai rawatan segera sebelum anda berjumpa doktor perubatan.
4. Elak minuman bercafein
Jika anda mengalami masalah kencing kotor, elakkan pengambilan minuman bercafein kerana ianya hanya akan mengeruhkan lagi masalah anda.
CEGAH KENCING KOTOR DENGAN CARA BERIKUT:- Setelah membuang air besar, pencucian yang betul haruslah dari belakang dan bukannya dari bahagian depan.
- Kebanyakan wanita mempunyai tabiat mencuci dari depan. Oleh itu, bakteria dari belakang akan terbawa ke faraj lalu memasuki saluran air kencing dan mengundang jangkitan kuman.
- Cara lain adalah dengan menukar tuala wanita dengan lebih kerap, membuang air kecil sebelum dan selepas hubungan seks, tidak memakai pakaian dalam yang ketat untuk memberikan pengudaraan yang cukup.
RAWAT MASALAH KENCING KOTOR DENGAN SHAKLEE
- Alfalfa

- Legakan sakit sendi dan belakang.
- - Hilangkan kelesuan dan tekanan
- - Legakan pms
- - Bagus untuk allergic dan keradangan
- - Rawat asma
- - Buang toksik dalam badan
- - Cuci buah pinggang dan rawat kencing kotor
- - Neutralkan asid dalam badan
- - Menegangkan payudara
- - Rawat masalah keputihan
- - Bertindak sebagai kacip fatimah wanita
- - Buang angin dlm badan
- - Milk booster

- Bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang membantu melawan jangkitan kuman dan bakteri di saluran air kencing.

- Peningkatan Sistem Imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.
- Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
- Mencantikkan kulit - Pengambilan vitamin c setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi iaitu penyebab utama jeragat.
- Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah metal seperti keresahan.
- Mengekalkan kolestrol sihat - Ia mampu mengurangkan kolestrol dalam darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Kadangkala masalah kencing kotor ini disebabkan tanda awal kehamilan. Ianya pernah terjadi kepada saya. Sakitnya bukan kepalang. Syukur sangat shaklee membekalkan vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan untuk mengatasi masalah kencing kotor ni. Anda pula? Jangan tunggu sampai melarat tau. Jangan sampai bakteria tu merebak ke organ lain. Lagilah parah. Jom, dapatkan set kencing kotor shaklee ni hari ni juga dari saya. Klik butang wassap dibawah untuk info lanjut,
atau anda boleh melakukan pembelian terus secara online di kedai online saya;

>>>>Mesti Klik..!!! Penjimatan sehingga 15-20% dengan mendaftar sebagai member shaklee sekarang juga..!!

Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
very good sharing
Semoga bermanfaat.
=)