Jika dulu, saya hanya memandang kosong usaha mereka yang ingin menurunkan berat badan 10 kg sebulan. Kenapa? Sebab saya merasakan ianya sukar dan mustahil. Lebih-lebih lagi kita tidak tahu cara yang betul dan selamat untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Jom ikuti journey saya.
KENAPA SAYA NAK TURUNKAN BERAT BADAN?
Anda juga perlu bertindak seperti saya. Apa turning point yang boleh kita gunakan untuk turunkan berat badan. .? Sebab untuk suami sentiasa sayang? Awwww, hehe. Ade je orang cun melecun, slim ramping tapi still rumah tangga retak. ini bukan sebabnya. This one is cliche! ahaks! Suatu hari, saya melihat ke dalam cermin dan memandang rupa saya di depan cermin.
Anda bayangkan betapa gemuknya saya dengan berat badan 71.2KG! Baju dan seluar semua dah tak muat. Kesukaran ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa stress yang amat sangat. Dan BMI saya mencecah 32. Ini sudah OBESITI! Anda? berapa bacaan BMI anda sekarang?
CARA MENGIRA BMI

Anda boleh kira BMI anda, dan check samada ianya normal atau tidak. Kenapa pengiraan BMI ni sangat penting? Kerana BMI yang tidak normal boleh merisikokan anda menghidap penyakit berikut?
- Darah Tinggi
- Kencing Manis
- Fatty Liver
- Heart Disease
- Kidney Disease
- Stroke
- Hypoglicemia
Dan banyak lagi penyakit yang muncul disebabkan masalah lebihan berat badan. Betapa gemuknya saya dalam gambar itu menyebabkan saya betul-betul nak turunkan berat badan dengan kesungguhan yang luar biasa. Start 12 September 2018, saya bertekad untuk mulakan diet saya. Antara HABIT yang saya perlu dan telah saya baiki adalah:
- Makan dengan perlahan. Maksudnya, kita perlu menikmati makanan yang ada dengan sepenuh hati. Kalau boleh, kunyah makanan sebanyak 44 kali. Awal nak start memang sangat payah sebab kita jenis, kalau boleh nak telan je makanan kan. Tapi, percayalah, cubalah amalkan habit ni 2 minggu, pasti berat badan anda akan turun.
2. Minum air 20 minit sebelum makan. Kenapa perlu buat habit begini? Kerana habit ini akan menyebabkan kita kenyang dan tidak mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Amalkan habit ini dan berat anda pasti akan turun!
3. Amalkan minum air sekurang kurangnya 3L sehari. Kita sedia maklum, sel kita perlukan air untuk berfungsi dengan maksimum. Bahkan air membantu meningkatkan metabolisme kita. Metabolisme bantu kita membakar lemak.!!Air kosong mempunyai 0 kalori. Jadi, anda tidak perlu risau tentang kalori banyak yang diambil setiap kali anda minum air kosong.
4. Kalori VS Bakar Kalori. Anda nak tahu, sangat mudah untuk turunkan berat badan jika kita mengambil berat jumlah kalori sesuatu produk atau makanan yang masuk ke dalam tubuh kita. Anda boleh download aplikasi Mynutridiari2 sebagai alat yang membantu anda mengira jumlah kalori yang anda ambil pada hari tersebut. Penting sangat ke mengira kalori?
Yes! Anda nak tahu, makanan yang kita ambil akan ditukar kepada tenaga. Kalori merupakan unit yang kita gunakan untuk mengukur tenaga. Jika anda berjaya monitor kalori yag tubuh anda ambil, kita juga boleh lakukan senaman yang mudah untuk bakar balik tenaga yang ada. Jika kalori tak dibakar dan dikumpul dalam badan? Itulah yang akan menyumbang kepada GEMUK!
Aplikasi mynutridiari2 ni sangat best sebab saya tahu, berapa bacaan BMI saya, berapa jumlah kalori yang saya perlukan sehari untuk turunkan berat badan 1KG/weeks. Untuk anda yang nak diet, elok sangat dowload apps ni. Kat playstore je dek non.Antara contoh menu saya sepanjang Program Diet ni:
Ni adalah Omelet tanpa minyak. Saya campur sedikit lada sulah, hirisan tomato, bayam yang dah direbus, Sangat sedap untuk dimakan bersama whole meal bread. Ini untuk breakfast saya!
Ini ubi keledek manis. Saya suka ambil ni untuk dinner sebab kalorinya yang rendah. Kandungan air dalamnya juga tinggi. Ianya berfiber dan bila makan, kita rasa kenyang yang lama.
Ini untuk breakfast saya. Telur digoreng tanpa minyak, letak tomato yang dah dipotong dadu, letak sekeping cheesee yang rendah kalori, then letak roti. Time nak makan nanti letak lettuce! Yummy!
Ini pula spagheti. Saya guna mee spaghtei yang paling rendah kalori, sos spagheti yang rendah kalori. Cheesee sikit, kat daam gambar tu sebab tertumpah. huhu. Dalamnya saya letak isi ayam dada, carrot dan cendawan shitakei. Epal hijau sangat bagus juga untuk kita ambil kerana buah epal mempunyai kalori yang rendah dan gulapun rendah berbanding epal merah.
Ni breakfast saya!
Ni untuk dinner saya. Ayam bakar dalam oven dan wrap wholegrain. Kenyang lama dibuat ni.
Ni pula jajan saya. Kalau lapar saya ambil nilah. Tak kan mau baham keropok kan. Dalam diet sihat, keropok dan segala mak nenek jajan adalah hareeeemmmm. Hahaha.
Kadang kala, malas nak makan benda lain, saya ambil yogurt ni je untuk dinner. Minum air banyak-banyak. Kenyang airlah dek non. Ingat! pilih yogurt yang paling rendah kalorinya.
Banyak lagi sebenarnya menu, tak larat nak paste semua kat sini. haha. Oh ya, fast food dan process food jangan sesekali sentuh. Saya? sentuh jugaklah, tapi gigit manja je. Janganlah dibaham semua. Anda nak tahu, burger singer burger tu berjumlah 500 lebih kalori. Nak bakar 500 lebih kalori ni anda perlu berenang sejam lebih tau. Larat ke dek non? Tak berbaloi nak makan sedap, tapi kalori tak mampu dibakar. Maka, menjadilah lemak dan tidak turunlah berat badan ikawwwww.
Ingat boleh kurus ke tanpa bersenam? Boleh, tapi kalau bersenam, lagilah cepat kurusnya. Saya aktif mengikuti program ZUMBA di tempat kerja saya. Hari selasa dan khamis. Sejam jugaklah sehari.Ata ni adalah antara senaman yang saya lakukan setiap hari. Ada banyak lagi yang saya download di you tube. Saya pelbagaikan agar tidak bosan. hehe. Saya lebih fokus kepada mengecilkan peha, perut dan lengan.
Oh ya, saya juga mengambil teh hijau Lipton bagi membantu meningkatkan metabolisme saya. Tanpa gula ye. Nak ambik kopipun boleh. Saya akan share jadual pemakanan saya seharian ya:0600AM-0800AM - BREAKFAST
1000AM-1100AM- MINUM PAGI
1200PM-0200PM- LUNCH
0300PM-0400PM- MINUM PETANG
0600PM-0800PM- DINNER
Ini adalah jadual makan saya setiap hari. Kena disiplin untuk makan dalam tempoh yang ada. Selalunya saya akan ambil biskut fiber dan kurma sebiji sejam sebelum bersenam jika saya melakukan senaman berat pada sebelah petang.
Untuk beras pula, saya menggunakan beras jenama HARYANA yang mengandungi nilai GI rendah dan glucose yang rendah berbanding jenama yang lain. Mahal sikitlah, tak pelah untuk kurus kan. Beras perangpun sangat elok untuk diambil.SUPPLEMEN YANG SAYA AMBIL SEPANJANG TEMPOH MENURUNKAN BERAT BADAN.
- Vivix

Vivix ni saya ambil satu sudu setiap pagi. Vivix ni kaya anti oksidan. Even saya mengambil real food, macam buah dan sayur, saya perlu juga ambil supplemen sebab real food yang ada mineral dan vitaminnya bukanlah 100% khasiatnya kita dapat. Vivix ni bantu rejuvenate sel yang ada. Baiki balik sel yang telah rosak.
2. Vitalea Iron Formula
Multivitamin ni saya ambil 2 biji setiap pagi. Coach sayapun suh ambil multivitamin. Sebab dalam proses penurunan berat badan, kita perlukan supplemen untuk top up nutrisi yang tak cukup. Ekstrak dari buah dan sayur. Disadur pula dengan spirulina.
3. Omega Guard
Asid lemak oemga 3 sangat bagus untuk membantu kita meningkatkan metabolisme,. Kita boleh ambil daripada ikan. Saya ni, jenis nak cepat, ambil jelah omega guard selepas makan berat. hehe
4. Herbalax
Saya ni jenis susah sikit nak membuang. Jadi, saya perlu ambil herbalax bagi memastikan senang nak membuang. Kalau tak ambil ni, 3 hari baru nak membuang beb. Ambil herbalax ni sebelum tidur, bangun esok dah menderu ke toilet!
5. Ostematrix
Kalsium sangat penting kita ambil, sebab tulang yang kuat sangat membantu kita semasa melakukan senaman. Jangan terpatah amin pulak. Adeh, naya tu. Saya ambil ostematrix 4 biji sebelum tidur. Bangun esok badan cergas je. Membuangpun najis kita lembut je keluar.
6. ESP SHAKLEE
Masa turunkan berat, kita perlu banyak ambil protein tau, Sebabnya? nak bina otot. Masa berat kita turun, isi kita jadi mengelebeh sebab otot tak ada, sebab tu kita perlukan protein yang cukup untuk bina otot. Selain ESP ni, bolehlah jugak ambil telur rebus, ayam dan sebagainya. Saya suka buat smooties dengan ESP ni. Takpun campur dengan fresh milk, kurma, esp dan rolled oat. Esok pagi baru makan. Pergh! Sodap yakmat.
Baiklah, ni je rahsia saya dapat turunkan berat badan 6.2KG dalam masa 30 hari. Tupun tak berdisiplin sangat. Kalau lagi berdisiplin, maunya 10KG dek non. hehe. Selepas berjaya menurunkan berat badan ini, saya perasan saya semakin sihat. Dah tak sakit kepala, badan cergas, mata lebih cergas, bangun tidur badan rasa cergas, masalah membuang dah tak ada. hehe. Yang paling utama, masa hypoglecemia saya dah tak ada. Jangan main-main tau masalah hypo ni, sebab ianya boleh menyebabkan kematian otak!


Sayapun tak sangka berat saya akan turun dengan cepat dan banyak. Apa yang penting sebenarnya adalah kita perlu membulatkan tekad, berdisiplin dan katakan pada diri kita boleh! Saya juga telah mewujudkan support grup wassap bagi membantu mereka yang betul-betul nak turunkan berat badan. Yes! Ramai yang dah turun berat badan 2-3KG dalam masa 2 Minggu. Sifirnya mudah, siapa buat, dia akan dapat. Target saya adalah untuk mendapatkan berat badan 52 KG. Ni barulah BMI yang normal.
Jika anda ingin mendapatkan info tentang cara diet saya, bolehlah contact saya dengan klik butang wassap di bawah:
atau anda boleh call saya di: 0198583575
Email: Zarinaimaging87@gmail.com
Follow Facebook saya di: Zarina Ismawi Ommasihat
terbaiklah Ommaa!!!
terbaiklah Ommaa!!!
http://www.ummicenter.com