
Scoliosis| Adalah masalah tulang belakang bengkok. Hari ni nak share punca, simptom dan rawatan awal kepada masalah scoliosis ini.
Apakah yang menyebabkan Scoliosis?
- Idiopatik - terdiri daripada 80% kes di mana doktor juga tidak tahu punca scoliosis.
- Keadaan genetik seperti sindrom Marfan [gangguan genetik yang menjejaskan tisu penghubung badan], sindrom Down [disebabkan oleh kesilapan rawak dalam pembahagian sel yang menghasilkan salinan tambahan kromosom 21].
- Kecacatan kelahiran - yang menjejaskan perkembangan tulang tulang belakang.
- Cerebral palsy - merujuk kepada sekumpulan gangguan yang mempengaruhi keupayaan seseorang untuk bergerak. Ia berlaku kerana kerosakan pada otak yang sedang berkembang sama ada semasa kehamilan atau tidak lama selepas kelahiran. Cerebral palsy mempengaruhi kawalan otot, koordinasi otot, nada otot, refleks, postur dan keseimbangan.
- Dystrophy otot - terdiri daripada sekumpulan penyakit genetik yang dicirikan oleh kelemahan progresif dan degenerasi otot yang mengawal pergerakan. Kecederaan, kekejangan otot atau jangkitan tulang belakang. Skoliosis jenis ini sering hilang, apabila masalah ini dirawat.
- Tumor tulang belakang.
Walaupun scoliosis boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti cerebral palsy dan distrofi otot, penyebab utamanya masih tidak diketahui. Kebanyakan kes, ramai yang mengalami skoliosis ringan, dimana tulang belakang membengkok tidak begitu ketara dan kronik, akan tetapi, sesetengah kanak-kanak yang mengalami kecacatan tulang belakang, akan berlanjutan menjadi semakin parah apabila usia mereka bertambah.
Skoliosis yang teruk boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh. Bagaimana?Lengkungan tulang belakang yang sangat teruk boleh mengurangkan ruang dalam kaviti dada, sehingga paru-paru sukar berfungsi dengan baik. Ianya mungkin juga akan menekan saraf yang ada.
Apakah simptom scoliosis?

- Bahu tidak sekata
- Bahagian sebelah bahu akan menonjol keluar
- Pinggang yang tidak sekata
- Tulang pinggul sebelah lebih tinggi dari yang sebelah
Apakah komplikasi Scoliosis?
- Kesakitan belakang yang berterusan.
- Masalah pernafasan dalam kes-kes skoliosis yang teruk.
- Merasa down dan harga diri yang rendah.
- Komplikasi pembedahan termasuk jangkitan tulang belakang, kerosakan kepada saraf atau tulang belakang.
Rawatan Scoliosis
Kanak-kanak yang mempunyai scoliosis ringan perlukan monitoring yang lebih, biasanya dengan mengambil X-ray, untuk memastikan adakah lengkungan semakin teruk. Dalam banyak kes, tiada rawatan diperlukan. Sesetengah kanak-kanak diberikan alat sokongan untuk menghentikan lengkungan dari semakin teruk. Lain-lain kes berkemungkinan memerlukan pembedahan untuk mengelak ianya semakin parah.

Alat sokongan untuk tulang belakang(brace)


Imej x-ray selepas melakukan pembedahan
Anda juga boleh membuat bacaan lanjut di sini bagi mengetahui petua mengurangkan sakit belakang akibat masalah scoliosis [klik di sini]
Anda juga boleh membuat bacaan lanjut di sini bagi mengetahui petua mengurangkan sakit belakang akibat masalah scoliosis [klik di sini]
Wonderful article. Fascinating to see. I like to read such a fantastic article. Thanks! It has made my task the extra easy. Keep rocking. inversion for scoliosis