Tiub Fallopio Tersumbat- Tubuh yang sihat seharusnya diberikan penekanan yang penting kerana berkaitan dengan minda yang cergas. Namun, tidak semestinya kesihatan tubuh itu dapat dilihat secara luaran kerana organ dalaman kadangkala tidak memberi sebarang petunjuk atau isyarat bahawa ia memerlukan perhatian serta rawatan. Seperti tiub fallopio, organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10 sentimeter (cm). Tiada gejala atau tanda khusus dapat dilihat sekiranya berhadapan masalah, tetapi secara senyap boleh menjejaskan kesuburan wanita.
Jom ikuti kata Pakar di bawah ini:Perunding Kesuburan Metro IVF, Dr. Tee Swi Peng, berkata, di dalam tiub ini, pergerakan sel telur melewati tiub dibantu oleh gerakan rambut-rambut kecil (silia) yang berada pada permukaan dalam saluran. Tugas silia ialah memerangkap telur untuk diarahkan ke rahim.
Oleh sebab itu katanya, jika tiub mempunyai sebarang halangan mengakibatkan telur tidak boleh menuju ke rahim, juga sekiranya silia tidak berfungsi untuk memerangkap telur untuk bergerak ke arah rahim. Dalam kedua-dua keadaan tersebut, wanita tidak boleh hamil.
“Tiub fallopio juga boleh rosak sekiranya wanita menerima jangkitan bakteria berpunca dari faraj menular hingga ke bahagian rahim dan tiub.
“Jangkitan bakteria seperti chlamydia dan gonorrhea mampu bertindak menghancurkan silia di dalam tiub atau menyebabkan tiub tersumbat.
“Sekiranya sebelum ini pesakit pernah menjalani pembedahan, ada kemungkinan boleh merosakkan tiub seperti kehamilan di luar rahim yang dikenali sebagai ektopik,” katanya.
Kata Dr Swi Peng, berdasarkan kajian oleh Persatuan Perubatan Reproduktif Masyarakat Amerika, perkara seperti ini merupakan suatu fenomena yang biasa dialami wanita.
Dianggarkan, 30 peratus golongan wanita yang tidak boleh hamil disebabkan oleh tiub tersumbat atau kerosakan tiub.
“Jika anda mempunyai kitaran haid teratur, ini tidak bermakna anda tidak mempunyai sebarang masalah pada tiub kerana haid keluar dari rahim dan tidak melalui tiub fallopio.
“Kerosakan atau penyumbatan tiub juga boleh berlaku di antara kehamilan. Selepas bersalin, mungkin terdapat jangkitan yang boleh menyebabkan kerosakan pada tiub,” katanya.
Selain itu menurut Dr. Swi Peng, endometriosis, iaitu gumpalan darah atau pendarahan beku juga boleh berlaku di dalam tiub dan menyebabkan tiub tersumbat.
Isu tiub tersumbat tidak mengenal atau memilih usia kerana boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Wanita mempunyai dua tiub fallopio dan kadangkala hanya satu sisi sahaja yang tersumbat atau mungkin kedua-duanya. Apabila tersumbat, ia membentuk banyak cecair dalam tiub yang dipanggil hydrosalphinx atau air dalam tiub.
“Cecair ini sangat toksik dan apabila mengalir ke dalam rahim, boleh menyebabkan wanita sukar untuk hamil.
“Malangnya, tiada sebarang tanda-tanda awal untuk mengenali bagaimana kerosakan tiub telah berlaku.
“Mereka mungkin mengesyaki mengalami kerosakan tiub jika sebelum ini pernah mengalami jangkitan pada pelvis atau pernah menjalani pembedahan seperti ektopik atau endometriosis,” jelasnya.
.................................................................................................................................................
Apa Itu Hysterosalpingography(HSG)..??
HSG merupakan prosedur yang disarankan oleh Pakar Sakit Puan sekiranya pasangan masih tidak dikurniakan zuriat selepas 2 tahun tempoh perkahwinan. Ianya alternatif awal bagi mengesan sebarang abnormaliti pada tiub fallopio dan uterus wanita.
Prosedur ini akan dilakukan di jabatan x-ray di bawah kawalan mesin fluroscopy. Pesakit tidak perlu berpuasa, namun sekiranya ada alahan terhadap makanan atau ubat tertentu, dia akan dinasihatkan untuk mengambil steroid, Prednisolone. Sekitar 30 minit sahaja prosedur ini akan dijalankan jika tiada sebarang msalah yang timbul.
Pewarna(media contrast) akan disuntik melalui saluran pada vagina dan akan masuk ke rahim dan bergerak ke saluran tiub fallopio. Sekiranya tiub normal, pewarna akan mampu melewati uterus dan terus sampai ke tiub(spillage). Namun, jika terdapat sumbatan(hydrosalphinx), pewarna tidak akan mampu sampai ke bahagian hujung tiub.

Kebanyakan kes yang saya lihat, ramai yang tiub fallopio mereka sebelahnya tersumbat dan sebelahnya lagi normal. Pewarna ini kadang kala mampu membuka jalan tiub yang tersumbat, Jadi, keberangkalian untuk anda hamil masih ada.
HSG ini hanya prosedur dilakukan ke atas wanita. Suami boleh melakukan ujian air mani di makmal. Sebab, ada sesetengah customer yang menghubungi saya mengadu spermanya sangat sedikit dan tidak berkualiti.
Dalam proses untuk mendapatkan zuriat ini, suami isteri perlulah bersikap terbuka untuk mahu berjumpa doktor pakar sakit puan. Jangan menunggu sehingga waktu yang lama untuk berusaha. Percayalah, masih ada keajaiban! Makcik saya menunggu selama 18 tahunpun boleh hamil, kenapa tidak anda?klik di sini.
Setelah melewati fasa di atas, barulah anda saya sarankan untuk mengambil supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan seperti Set Kesuburan Shaklee. Ianya terdiri daripada:
a)Vivix
Vivix adalah produk terbaik keluaran shaklee yang telah dipatenkan. Ianya kaya dengan resveratrol. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, resveratrol bersifat tinggi anti oksidan. Ianya mampu melindungi kerosakan pada oocytes dan follicles justeru membantu kepada peningkatan kesuburan. Bahkan resveratrol ini diboostkan lagi dengan 10 kali ganda polifenol bagi memaksimumkan penggunaannya. Sel yang rosak akan diperbaiki, justeru tisu, organ dan sistem akan turut sama diperbaiki.
b) Vitalea iron formula & Vita E
Vitalea iron formula mengandungi zink yang membantu kepada penghasilan sperma yang berkualiti dan banyak. Kajin juga turut membuktikan, Vitamin E membantu penghasilan sperma yang berkualiti untuk kesuburan suami.
c)Gla & B Complex with asid folic
Gla membantu memperbaiki kitaran haid wanita justeru kita dapat menentukan waktu subur isteri dengan baik. Apabila bercakap tentang kesuburan, terutamanya mereka yang TTC, wanita perlukan vitamin B6 atau pyrodixine, ianya dapat membantu regulate kitaran haid kita. Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon progesterone, ketidakseimbangan kitaran haid, PMS, telur yang lemah dan sperma yang tidak matang dll.
d)ESP
Ianya sumber protein dan protein sangat diperlukan untuk membina sel yang baru. Ianya juga membantu menguatkan otot lantai rahim bagi menyokong pelekatan janin di dinding rahim.
Berminat untuk mendapatkan SET KESUBURAN SHAKLEE ini?Anda boleh menghubungi saya terus!