Cara Daftar Umrah Percuma- Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua yang sudi singgah di blog Omma. Lama sangat Omma berehat dari penulisan blog atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Kali ni, omma nak berkongsi dengan semua bagaimana caranya Omma dapat menjejak kaki ke luar negara buat PERTAMA kalinya. Serius sangat teruja!. Add on lagi dapat buat ziarah dan umrah sekaligus. Nak tahu omma ke negara mana? Jeng jeng...!
Turki!
Mekah!
Madinah!
Omma dari dulu memang nak sangat ke Turki. Sebab membaca tentang kisah para sahabat Nabi berkaitan dengan Kota Konstantinopal. Bila sampai ke Turki dan melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rupa orang Turki, apa yang mereka makan, bagaimana kehidupan seharian mereka, tembok-tembok yang dibina, bangunan bersejarah dsb, memang tangan ni tak mampu nak tulis semua kerana Turki tu Negara yang memang OSEM. hehe. Omma sangat percaya pada minda bawah sedar. Kalau kita betul-betul nak sesuatu, kita memang akan dapat. Of Kos usaha bukan sekadar melepas batuk di tangga kan. Meh nak share VISION BOARD OMMA dulu.
Tips Travel Ke Luar Negara
Kita merancang, dan Allah juga merancang. Alhamdulillah, Omma berpeluang ke Turki, Mekah dan Madinah pada tahun 2018 dan Omma dapat bercuti di Sabah pada tahun 2019. Kiranya 7/4 daripada Vision Board Omma ni successlah kan. hehe. Bab ke Sabah nanti kita cerita next. Kali ni nak share perjalanan Omma bersama mak dan ayah ke oversea. Kami mendaftar pakej ni di bawah Andalusia Travel, cawangan Sibu. Masa tu office kat Sibu belum dibuka sepenuhnya, jadi saya berurusan dengan wakil yang berada di Kuching. Alhamdulillah pembayaran semua dilakukan melalui Andalusia Cawangan Kuching.
Masa tu juga first time buat Passport, ambik injection di Klinik Luar. Sebab nak Ke Arab Saudi kena ada pengesahan dari doktor bertauliah yang ka telah mengambil vaksin tersebut. Awal awal dah saya searh musim-musim yang ada di Turki, masa tu kami memilih pakej hujung tahun kerana bulan Oktober dah full booked. Hujung tahun boleh dikatakan adalah musim sejuk. Jadi, kami bertiga dah beli siap-siap baju sejuk tebal untuk digunakan di sana. Baju bundle je. Dari KLIA 1, kami menaiki Turkish Airline ke Airport Atartuk, Istanbul. Berbelas jam kot dalam flight, sampai punggung rasa panas. hehe. Ayah saya yang tahan lasakpun complaint.
Gambar di atas ni diambil di Airport Atartuk, Turki. Mereka ni antara jemaah yang bersama kami dari Semenanjung. Kalau tak silap masa tu, hanya kami bertiga yang dari Sarawak. Semangat saya lebih berkobar-kobar nak bawa mak dan ayah tunaikan Umrah sebab panggilan Haji mereka lama lagi even wang simpanan TH mereka telah melayakkan mereka untuk menunaikan Haji. Why not buat umrah dulu kata saya. Alang-alang nak ke luar negara jomlah ke Turki sekali. Melihat negara luar dari perspektif orang luar bandar seperti Mak dan Ayah saya. Siapa sangka masyarakat luar bandar di pedalaman Sarawak yang tiada akses jalan raya, tiada bekalan air paip, namun mampu terbang ke luar negara! Ohsem! Meh nak kongsi gambar sepanjang berada di Turki. Di Turki, kami melawat dua wilayah sahaja iaitu Istanbul dan Bursa.
Ziarah Makam Sahabat Nabi Abu Ayyub Al AnsariHagea SoffeaPemandu Pelancong Kami, Saudara Ahmed
Di Turki, banyak tempat jugaklah yang kami lawati antaranya adalah Topkapi Palace, Ayya Soffea, Masjid Biru, Masjid Besar, Makam Abu Ayyub Al Ansari, dan banyak lagi. Lupa dah. hehe.
Di bawah ni pula gambar kami di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Mekah.
Banyak sebenarnya gambar yang saya ada, beribu. hehe. Cukuplah ni sebagai tatapan. Saya bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk travel percuma tanpa mengeluarkan duit poket sendiri.
KALAU ADA ORANG OFFER BUAT UMRAH PERCUMA
PADA ANDA, NAK TAK???
Siapa sahaja tak akan menolak, betul tak? Saya bukanlah orang yang pandai bercakap, pandai promote barang, peramah dsb yang melayakkan saya boleh buat bisnes, tapi saya belajar semua itu dengan teknik yang betul diajar oleh Leader yang hebat dalam group CVG.
Saban tahun, semakin ramai Leader yang lahir dari group ini. Termasuk sayalah, Eh!
Bonus shaklee yang saya dapat sepanjang dua tahun tersebut saya gunakan untuk Tunaikan Umrah. Siap boleh bawa mak dan ayah saya. Sedihnya sebab saya terpaksa tinggalkan anak saya Umar selama 2 minggu. InshaAllah, saya akan travel next time bawa semua ahli keluarga saya. Tidak ada yang mustahil dalam bisnes shaklee ni hanya jika kita mahu. Mereka yang menjana pendapat 2-5k keatas adalah suri rumah yang bekerja dari rumah. Bukan biashe-biashe kata orang.
So, saya dah ceritakan RAHSIA BESARsaya, anda yang membaca ni tak berminat nak join saya luaskan empayar bisnes ni, alang-alang biar jadi JUTAWAN BERIMAN kan?