Cara Mencegah Penyakit HFMD Agar Tidak Melarat

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut semakin merebak sekarang. Bagi mengurangkan jumlah yang berjangkit, kita perlu cakna cara mencegah penyakit HFMD ni agar tidak melarat.





PUNCA HFMD

Disebabkan oleh Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71(EV71).

HFMD merebak dari individu ke individu dengan sentuhan secara langsung melalui:
lelehan hingus
air liur
najis
cecair lepuh daripada mereka yang dijangkiti 

TANDA DAN GEJALA 
 Jika tanda dan gejala berikut dialami oleh anak anda, cepatlah berjumpa doktor. Antaranya adalah:

Demam
Sakit Tekak
Sakit Kepala
Hilang Selera Makan
Ulcer pada tekak, mulut dan lidah
Ruam dengan vesike; pada tangan, kaki dan kawasan diaperRelated image
NASIHAT KEPADA IBU BAPA & PENJAGA

➨Dapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika terdapat tanda-tanda penyakit kaki, tangan dan mulut pada anak-anak.

➨ Peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak seperti kerengsaan dan mengantuk

➨ Segera membawa anak ke hospital jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan dan mengantuk/

➨Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah, nurseri atau tadika.

➨ Sapu, dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

PENCEGAHAN

 1. Cuci Tangan
Amalkan budaya mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
 Image result for cuci tangan

2. Tutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. 

 Image result for bersin anak

3. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

4. Ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka. Ajar anak-anak untuk mengamalkan kebersihan yang baik. 

5. Bersihkan mainan, kerusi, meja yang tercemar dari air liur anak

Image result for bersihkan mainan

6. Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak seperti sekolah, pra sekolah, tempat maina, pasar dan pengangkutan awam sekiranya mereka mempunyai tand apenyakit berikut. 


Pengawalan HFMD lebih mudah dengan Shaklee 

Saya nak kongsi cerita anak saya, beberapa bulan yang lalu. Mungkin boleh membantu ibu-ibu atau kawan-kawan yang dalam kerunsingan dan hilang punca akibat anak tersayang diragut momen cerianya akibat tularan HFMD.

Masa tidur malam, Ali nampak tak selesa. Esoknya masa nak tukar diaper, saya bukak dan terkejut tengok banyaknya bintik-bintik merah Di area diaper dan celah kelangkang.

“Teruk Betul Aku! Lambat tukar sampai merah-merah macam ni”

Saya cuci dengan cairan basic H dan tukar lampin lebih kerap. Keadaan sama jugak. Pelik. Bukan Sebab lambat tukar lampin nih! Tengahari sikit, bintik-bintik merah mula naik di muka. Oh kesiannya!!

Esoknya naik di lidah. Ali cuma nak minuman sejuk. Saya bagi makan, dia tolak. Jadi, dia cuma minum Mealshakes ais !

Esoknya, naik bintik-bintik agak besar di lutut dan pergelangan tangan. Macam berkilat, bulat macam mutiara. Rasa nak nangis tengok 😩

Ali aktif macam biasa, tak nangis sangat. Tak meragam agak teruk dan tak give up walaupun dia terpaksa merangkak dengan kaki lurus ! (Lutut tak boleh cecah kat lantai)

Saya nak share apa saya buat sepanjang tempoh tu,

👍🏻saya mandikan Ali dengan cairan Basic H, 3 kali minimum atau setiap kali dia macam nak merengek. Dia mungkin gatal, saya terus mandikan dia. 

👍🏻 Sapu Krim Herbal Blend setiap kali lepas mandi. Rasa lebih selesa dan tak ada parut Di muka. Hensem balik anak mak 😉

👍🏻 Sesekali mandi saya guna Shaklee Gentle Wash , Shaklee baby dan Soothing Lotion untuk bagi dia mudah tidur lepas mandi. Anak sakit, kena bagi dia rehat, tidur

👍🏻 Pecahkan Vitamin E atas lidah Ali. Biarkan cecair Vitamin E tu ada atas lidah dan dalam mulut dia. Sangat membantu kecutkan bintil atas lidah. Sapu juga atas parut2 yang berbaki 

👍🏻 Bagi Mealshakes untuk bagi multivitamin pada dia. Saya bagi mealshakes sejuk, Shake dengan Air ais, pada dia. Dia boleh minum, mungkin lidah rasa kebas. Ni saja dia minum sebenarnya sepanjang tu 😣😣

Ini pengalaman peribadi saya.

Basic H adalah untuk kegunaan household. Tapi saya mandikan dengan basic H atas usaha saya sendiri dan kepercayaan ia boleh membantu meredakan panas badan dan gatal kulit. Bukan saranan dari Shaklee Malaysia

Vitamin E Complex adalah untuk kegunaan orang dewasa, saya picit masuk ke mulut Ali Sebab saya percaya penyembuhan Vitamin E terhadap luka-luka kulit lidah tang pecah. Bukan saranan Shaklee Malaysia 

Alhamdulillah pemulihan Ali sangat cepat. Dia cuma demam panas sehari dua awal saja, semasa bintil-bintil ni naik, dia dah tak demam.

Bila kita ambil suplemen, bukan bermakna kita kebal jadi ironman, langsung tak sakit. Kita masih sakit, Itu normal bagi manusia.

Cumanya, pemulihan dari sakit Itu cepat dan kesan ditimpa penyakit tu tak terlalu parah

Ibarat memakai seatbelt semasa memandu. Seatbelt tak mencegah dari kemalangan Tapi, mengurangkan kesan parah jika ditimpa kemalangan.

Selamat mengawasi anak masing-masing. Cepat-cepat jumpa doktor bila keadaan mencurigakan. Ambik langkah yang cepat dah tepat untuk anak kita


Duit boleh cari, anak yang derita hanya seorang ini 😢


Kreadit : Farihah Abu Kassim

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, smiling




Image may contain: 1 person, smiling



Bila anak terkena HFMD ni, rasa nak nangis sangat kan. Tak dapat bayang macam manalah perasaan mereka. Mama jom! melabur untuk anak. Asalkan mereka cepat sembuh, kita ikhtiar dengan produk organik dan selamat ni.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ni, direct wassap saya ya:


atau boleh direct klik di sini untuk pembelian secara online:



>>>>Mesti Klik..!!! Penjimatan sehingga 15-20% dengan mendaftar sebagai member shaklee sekarang juga..!!



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Labels: , , , , ,