Resepi Siew Mai Halal Yang Mudah Dan Cepat

Saya antara peminat masakan chinese, antaranya adalah siew mai. Resepi originalnya adalah menggunakan daging babi. Tapi, hari ni, saya akan share resepi Siew Mai halal yang mudah dan cepat untuk kita lakukan even kita ni ibu bekerjaya.





Dulu, siew mai ini dikenali sebagai dimsum. Tapi, hari ni orang ramai lebih suka memangilnya siew mai. Suami saya sangat meminati siew mai. Jadi, kita buat sendiri lebih besar dan padat isinya.

Antara bahan-bahannya adalah:

Kulit siew mai
cendawan shitakei
daun bawang
bawang putih 4 ulas
udang dicincang halus
ayam cincang
lada sulah
tepung jagung
minyak bijan
telur sebiji
tumix chicken stok
carrot diparut- hiasan atas siew mai


Cara Membuat:

Campurkan kesemua bahan diatas sekali. Agak agak je sukatannya ye. Gambar di bawah ini menunjukkan semua bahan-bahan tadi yang telah siap di campur.



Cara Membalut Inti Siew Mai:


Anda boleh membalutnya dengan air atau minyak bagi memudahkan isi siew mai melekat. Letakkan carrot yang telah diparut di atasnya sebagai hiasan. Lepas tu, bolehlah kukus dalam masa 5-10 minit.


Resepi ni sangat mudah dan senang Trylah. Suami dan anak pasti suka!

Labels: , , ,