Cara Mengatasi Tangan Berpeluh Dengan Berkesan

Tangan Berpeluh atau Hyperhidrosis merupakan salah satu masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga mengganggu aktiviti rutin mereka. Kawan baik saya salah seorang yang mempunyai masalah ini since sekolah menengah. Kalau bersalam dengan dia, fuh! basah lencun tangan. hehe

Kadang kala, kesian juga melihat reaksi mereka yang ada masalah ni, pegang pen, pen jadi licin, peang kertas, kertas basah. 

Masalah ini selalunya bermula pada zaman kanak-kanak ataupun remaja. Keseluruhan kawasan badan boleh mengalami masalah ini. Akan tetapi kawasan yang selalu mempunyai masalah ini adalah tapak tangan dan kaki, ketiak dan muka.


Punca Hyperhydrosis:

Ianya disebabkan oleh  masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Ia juga boleh disebabkan masalah lain seperti:

Demam
Kanser
Lemah jantung
Masalah kerisauan (Anxiety problem)
Masalah metabolik seperti hyperthyroid, hipoglisemia, gout
Ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan banyak lagi
Peminum alkohol yang kronik


Masalah berpeluh di bahagian tapak tangan dan kaki pula mungkin disebabkan keturunan.


Saraf sympathetic merupakan saraf yang bertanggung-jawab untuk menyediakan badan ketika berada dalam keadaan bersiap siaga untuk berlawan atau berlari(Fight or flight). Ia akan menyebabkan denyutan nadi bertambah, gula dalam darah bertambah dan mental lebih fokus. Akan tetapi ia juga berhubungan dengan kelenjar peluh.

Sebab itu, seseorang yang mengalami masalah berpeluh ini akan menjadi lebih teruk apabila dia berada di dalam keadaan yang takut ataupun hendak berlawan

Cara Mengatasi Tangan Berpeluh:

1) Ubat Sapu

Ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride hexahydrate adalah sapuan yang selalu digunakan. Ia perlulah digunakan dikawasan yang mempunyai masalah tersebut sebelum tidur.

Untuk mengurangkan iritasi, sapuan tersebut perlulah dibasuh ketika bangun daripada tidur.

2) Iontophoresis

Ia adalah rawatan dimana arus elektrik yang rendah diberi pada keseluruhan kulit yang bermasalah. Ia perlulah diberi selama 30 minit setiap hari di dalam air yang mengandungi arus elektrik tersebut

Akan tetapi rawatan ini selalunya tidak diikuti oleh pesakit kerana ia mengambil masa yang lama.

Related image

Image result for Iontophoresis


3) Suntikan botox
Botox mengandungi toksin botulinum yang bertindak sebagai perencat kepada kalenjar peluh dalam penghasilan peluh. Ia terbukti dalam mengurangkan masalah berpeluh ini.

Related image


4) Pembedahan
Disebabkan masalah berpeluh ini adalah disebabkan ketidakseimbangan fungsi saraf sympathetic, rawatan pembedahan untuk membuang sebahagian saraf tersebut boleh dilakukan dan ianya dinamakan sebagai sympathectomy.

Image result for hyperhidrosis surgery

5) Pengambilan Supplemen Berikut:


Vivix - Vivix shaklee mengandungi Polifenol tumbuhan yang kaya dengan antioksidan, anti inflamasi, anti keradangan dll. Ianya membantu memperbaiki hingga ke peringkat sel yang abnormal. 
Omega Guard - Omega guard shaklee membantu sraf untuk berfungsi dengan lebih baik.
B Complex - Bertindak sebagai anti-stress yang membantu mengawal stress agar peluh tidak dirembes semakin banyak ketika tekanan berlaku.

Barangkali ramai yang tidak mampu melakukan pembedahan bagi mengatasi masalah ini disebabkan kos rawatannya yang tinggi. Apa salahnya anda berikhtiar dengan supplemen yang jauh lebih mampu milik. Jangan dibiarkan anda menanggung stress dengan mempunyai masalah ini sedangkan ada alternatif lain untuk itu. Jom, hubungi saya segera untuk bertanya lebih lanjut dan mendapatkan produk ini.

Puan Zarina Ismawi
Tel/Wassap : 0198583575
Id: 1244624
Facebook: Zarina Ismawi Ommasihat

No comments:

Powered by Blogger.