Cara Merawat Asam Lambung Dengan Berkesan

/
0 Comments
Adakah anda pernah mengalami gejala pedih ulu hati? Atau dalam masyarakat kita lebih dikenali sebagai asid lambung? Nak tahu cara merawat asid lambung dengan berkesan?Saya akan kongsikan di akhir entry nanti ye.


Pedih ulu hati ini terjadi disebabkan berlakunya refluks atau asid di bahagian perut kita berpatah balik ke atas, masuk ke bahagian esofagus, iaitu bahagian saluran makanan.

Saya pernah mengalaminya sekitar beberapa tahun yang lepas. Saat itu dunia terasa gelap gelita. Nak kata gastrik susah juga. Terasa ada angin yang berkumpul di tengah dada, terasa ulu hati pedih dan terbakar diiringi dengan sendawa, badan lemah dan sebagainya. 

Adakah anda juga mengalami simptom begini seperti saya?

Jika ya. Kita mengalami masalah yang sama. Masa tu, saya study di Johor. Saya berjumpa doktor di Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah, doktor mengatakan saya gastrik dan saya pulang diberikan ubat gastrik.


Dua tiga hari masih tidak baik. Saya memang ada masalah gastrik kronik, namun saya rasa, saya mengalami masalah asam lambung.

Start dari situ saya berusaha dengan pelbagai cara. Saya berurut untuk membuang angin. Ianya hanya sekejap sahaja, dua tiga hari selepas itu, sakit ulu hati saya menyerang lagi. Sengsaranya sebab tidur tak dapat. Kita kena bekerja juga dengan kondisi seperti ini. Sedih bila ingat balik pengalaman dulu-dulu.

Bagi mereka yang mengalami masalah seperti ini, anda perlu mengelak dari mengambil makanan berikut:

1. Makanan pedas dan bersantan seperti kari ayam, meggi kari dll.

Hasil gambar untuk makanan bersantan



2. Makanan dan minuman yang masam

Gambar terkait


3. Minuman bercafein

Hasil gambar untuk minuman berkafein


4. Elakkan makan sayur dan buah yang menghasilkan banyak angin

Hasil gambar untuk makanan berangin

5. Jangan makan terlalu banyak

Makan dalam jumlah yang banyak dalam sesuatu masa akan menyebabkan masalah begini berlaku juga. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

Hasil gambar untuk makan banyak


6. Kunyah makanan dengan lama
Mengunyah makanan terlalu lama memang membosankan, namun ianya baik untuk kesihatan. Makanan akan menjadi lebih halus jika dikunyah lama. Dan ianya akan memudahkan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik. Kunyah sehingga 45 kali. hehe.

Hasil gambar untuk mengunyah


Lama saya berpantang dari makanan diatas. Demi kesihatan kan. Makanannnya memang sedap, tapi seksanya berabad. Baik saya berpuasa dari mengambil makanan begini. Tips di atas juga saya cuba amalkan. Alhamdulillah, saya sudah bebas dari mengalami masalah asam lambung. Oooopss! Nak tahu apa lagi yang saya ambil?

Supplemen Pedih Ulu Hati Dan Gastrik



Supplemen shaklee ini juga sangat membantu saya. Saya sangat berpuas hati disebabkan saya telah bebas dari masalah kesihatan ini. 

ESP- Merupakan kacang soya non GMO yang kaya dengan sumber protein. Ianya membantu memberikan instant energy kepada tubuh badan kita. Ianya turut meneutralkan asid di dalam perut.

Ostematrix- Ianya sumber kalsium dan membantu meneutralkan asid di bahagian gaster.

Vitalea- Ekstrak dari buah dan sayur ini adalah multivitamin yang membantu memberikan tenaga kepada tubuh badan kita terutamanya yang bekerja seharian.

Herbalax- Membantu melancarkan sistem pembuangan. Bagus untuk detoks usus. Najis yang tersekat dan masalah sembelit akan menyebabkan angin berkumpul di sesuatu bahagian dalam usus akan menyebabkan kita semakin teruk.

Peppermint Ginger Plus- Ianya membantu mengeluarkan angin dari dalam badan kita. Badan akan lebih cergas. Salah satu petanda badan banyak angin adalah tubuh terasa sentia lemah.

Jika anda mengalami masalah yang sama seperti ini, jangan segan untuk menghubungi saya. InshaAllah, saya akan cuba memberikan konsultasi terbaik. Biar kita semua sentiasa sihat. Melabur untuk kesihatan tak rugi kan?

Jom, dapatkan set diatas dari saya sekarang juga. Beli dengan saya, layak untuk mendapatkan free konsultasi. Beli dengan orang lain anda tidak layak menuntut konsultasi dari saya. hehe.


Zarina Ismawi
Pengedar Shaklee Anda
1244624
019.858.3575


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.