Cara Menstabilkan Hormon Wanita Tanpa Ubat Hospital

/
0 Comments
" Salam Puan. Saya dah lama sangat berikhtiar untuk masalah zuriat. Dah bermacam produk saya ambil. Satupun tak lekat. Periodpun tak stabil. Senggugut semua ada. Apa masalahnya saya ni. Ada tak produk yang boleh bantu stabilkan hormon? " -Puan Julia, Kulim.

Beginilah selalunya luahan customer dalam wassap saya. Saya selalu mencadangkan mereka merujuk kepada doktor pakar dahulu bagi masalah yang ada. Kerana kita bukan doktor, kita cuma seorang yang mengamalkan vitamin semulajadi untuk membantu kesihatan yang optimum. Saya suka membiarkan customer membuat pilihan masing-masing. Ingin berikhtiar dengan supplemen atau tidak. 

Tiada peluru akan hinggap di kepala customer yang mereject produk kita. hehehe. Paling-palingpun pengedar shaklee tersebut tak boleh move on selama beberapa jam. Lepas tu, dia akan post balik tentang shaklee di pelbagai medium. hehe

Baiklah. Berbalik kepada masalah hormon. Barangkali anda yang mempunyai masalah ini lebih arif tentang masalah ini setelah menggoogle dari pelbagai website. Tapi, saya akan listkan punca masalah hormon tidak stabil ini dalam point yang lebih ringkas.

Punca Hormon Tidak Stabil:

1. Stress

Hasil gambar untuk stress

Stress akan menyebabkan pengeluaran hormon kortisol(steroid) dari kelenjar adrenal. Kesan dari hormon ini sangat menakutkan. Kerana ianya akan menganggu banyak sistem dalam tubuh kita. Ianya akan mengurangkan penyerapan kalsium, meningkatkan kadar glucose darah dll. Sebab itulah, kadang kala semasa menses, kita akan mengalami senggugut yang melampau, pening kepala, haid tidak teratur. Jadi, jika nada sudah memahami bagaimana stress mampu mempengaruhi sistem ini, anda perlu mengamalkan cara hidup yang lebih sihat bagi mengelakkan stress.

2. Pengambilan pil perancang

Pil perancang berfungsi menghentikan proses ovulasi dan menjadikan anda tidak subur buat sementara waktu. Hormon yang terdapat dalam pil perancang akan menghalang telur (ovum) daripada meninggalkan ovari atau menempel pada dinding rahim. Proses ini menyebabkan tiada telur yang dapat disenyawakan walaupun sperma mungkin berjaya memasuki rahim. Ianya diambil oleh mereka yang ingin menjarakkan kehamilan.

Noriday tabmim

Selain itu, ia juga yang bertindak menebalkan mukus yang terdapat pada pangkal rahim (serviks). Tindakan ini menyukarkan sperma untuk menembusinya.

Pil perancang ini akan mempengaruhi hormon estrogen wanita. Sebab itulah pelbagai side effects yang akan kita alami jika mengambil pil perancang. Ianya juga diperbuat daripada bahan sintetik dan bukannya semulajadi. Jadi, anda lebih tahu apakah risiko yang kita ambil jika menggunakan ubat sintetik berbanding ubat semulajadi(supplemen).

3. Obesiti

Hasil gambar untuk obesiti

Masalah kegemukan adalah salah satu punca hormon kita tidak stabil. Pembentukan plak lemak dalam salur darah akan turut sama mengganggu masalah hormon kita tidak kira lelaki atau wanita.

4. Alkohol

Tabiat suka mengambil minuman beralkohol juga sangat mempengaruhi tahap kesihatan kita. Ianya turut sama menganggu kitaran sistem yang ada dalam tubuh. Bahkan ianya lebih banyak membawa mudarat dari sihat.

5. Suntikan hormon tertentu

Pengambilan suntikan hormon tertentu contohnya untuk membesarkan payudara, untuk menegangkan kulit ternyata hanya akan membawa masalah di kemudian hari. Nikmatnya sekejap, azabnya berabad. 


Usaha Terbaik Untuk Membantu Menstabilkan Hormon

#Amalkan gaya hidup yang sihat fizikal dan mental. Elakkan stress, kurangkan pengambilan makanan yang kurang bernutrisi, elakkan pengambilan mana-mana suntikan hormon yang tidak perlu.

#Pengambilan supplemen semulajadi seperti berikut:


1. Vivix


Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. 

Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat. Vivix kaya dengan anti oksidan. Ianya mengandungi polifenol yang membantu memperbaiki hingga ke peringkat selular.


2. GLA



Diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit. Ianya juga mengatur kitaran haid dengan menstabilkan hormon yang ada. Mereka yang memiliki masalah jerawat akibat hormon yang tidak stabil, period yang tidak teratur, sangat digalakkan mengambil produk ini.

3. B Complex

B Complex shaklee sangat berbeza kerana ianya didatangi khas dalam bentuk formula yang membantu ianya diserap sepenuhnya oleh tubuh. Ianya membantu mengurangkan tahap stress serta membantu tubuh menukarkan glucose kepada tenaga.

4. Ostematrix

Tulang merupakan sistem sokongan yang penting untuk tubuh. Ianya kaya dengan kalsium dan turut membantu melegakan senggugut semasa menses. 

Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron - Membantu metabolisme tulang
Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink and Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

Supplemen ini membantu dalam proses anda menstabilkan hormon yang ada, justeru ianya turut mempengaruhi period pain anda serta kitaran haid bagi membantu mendapatkan zuriat. Sungguhpun begitu, anda perlu tahu cara kiraan haid yang betul bagi membantu anda.

                                >>>Mesti Baca!!!>> Cara Mengira Waktu Subur Dengan Tepat

Pengiraan waktu subur yang tepat sangat penting bagi membantu anda dan suami untuk berbincang waktu bersama. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk di atas dari saya, anda bolehlah klik butang wassap di kanan anda atau anda boleh call/wassap saya direct ke 0198583575. Anda layak mendapat konsultasi cara pengambilan supplemen yang betul dari saya khusus untuk anda jikan membeli dengan saya. 

Beri peluang kepada saya untuk membantu masalah anda. Duit boleh dicari, namun apa salahnya kita berikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri betul tak?


Anda juga boleh membaca beberapa artikel lain yang berkaitan seperti dibawah:

>>Mesti baca







You may also like

No comments:

Powered by Blogger.