Saya pernah membaca tentang suatu artikel, pengakuan benar salah seorang pelajar universiti yang menjual diri demi membiayai yuran pengajian serta menghantar duit untuk keluarga di kampung. Mengucap panjang saya membacanya. Namun, itulah realiti masyarakat kita yang ada. Semoga mereka ini dimurahkan rezeki yang halal serta dipandu Allah ke jalan yang lurus. Amin.

Hari ni, omma terpanggil untuk berkongsi kepada mereka yang ada masalah kewangan, namun masih belajar di universiti. Iya! suatu bisnes yang sangat mudah dan pastinya tidak akan mengganggu pola pembelajaran anda di universiti.


Ramai yang sangat memandang negatif kepada pelajar uni yang membuat bisnes, dalam masa yang sama tengah study. Boleh ke dia? Tu kata orang. Tiada apa yang mustahil kerana hanya kita yang lebih tahu apa masalah kita dan keluarga kita. Betapa ramai yang dari keluarga miskin namun berjaya menjadi figure billionnare yang hebat.

Soalan untuk anda:

- Sanggup tak melihat mak ayah berhutang untuk pengajian anda>
-Sanggup tak berhutang dengan ptptn?
- Sanggup tak meminjam dengan kawan sana sini?

Saya yakin, rata-ratanya kita tidak akan sanggup. Jadi, kenapa kita tidak mahu mencari income sampingan dengan melakukan bisnes yang sangat fleksibel ni?

Saya akan sharekan kenapa bisnes ini adalah bisnes yang sangat sesuai dengan jiwa pelajar, sesuai dengan keadaan sekeliling kita. Bisnes ini adalah bisnes shaklee. Pernah dengar tentang shaklee?


Sebelum tu, jom baca kisah benar mereka yang telah berjaya.



TESTIMONI 14 : NURUL AZIYANA

[PENSYARAH AMBIL CUTI TANPA GAJI UNTUK FOKUS JANA PENDAPATAN LUMAYAN BERSAMA SHAKLEE]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama Saya Nurul Aziyana. Ibu kepada 2 orang anak. Bekerja sebagai pensyarah di politeknik tapi sekarang mengambil cuti tanpa gaji selama 9 bulan. 
.

Penglibatan saya dengan Shaklee bermula Jun 2012 lagi. Sudah hampir 6 tahun. Waktu itu saya mula consume product Shaklee iaitu ESP. Tujuannya untuk tambah susu. Merasai keberkesanan product, saya pilih untuk beli lagi dan terus jadi ahli pada 26 julai 2012.  
.

Saya suka berniaga. Sebelum saya mula serius dengan bisnes Shaklee, saya dah berniaga macam-macam iaiatu baju-baju baby, makanan, ambil tempahan menjahit, jual tudung dan macam-macam lagi lah. Bila upline saya tunjuk income yang beliau dapat dengan bisnes Shaklee, saya jadi teruja untuk cuba juga. Jadi saya tak fikir panjang, terus mula berkongsi kebaikan product. Masa tu medium yang saya gunakan adalah Facebook dan blog (http://nurulaziyana.blogspot.com
.

Sekarang saya juga berkongsi info kesihatan di http://bebelsihat.com bagi membantu lebih ramai orang untuk dapat kesihatan dan kecantikan. 
.

Alhamdulillah, bila berkongsi tak sangka dapat sambutan yang baik. Order dari pelanggan macam tak menang tangan. Jadi secara perlahan-perlahan saya hentikan jual macam-macam barang tu. Saya Nampak potensi sangat besar dalam bisnes ni. Walaupun saya bukan d ari latar belakang kesihatan, tapi menjual product kesihatan tidak menjadi masalah kerana kami dapat banyak training dan support dari syarikat dan group.  Saya banyakkan membaca dan bertanya. Dari situ semakin hari semakin suka dengan bidang kesihatan. 
.

Paling mengujakan, 3 bulan lepas saya serius dan focus dengan bisnes ni saya berjaya jana income 4 angka. Alhamdulillah group saya Road To Success (kini dengan nama Emerald Family) semakin berkembang. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu yang mana dari bisnes yang jual macam-macam sebelum tu pun tak pernah cecah 4 angka, tapi yang ni boleh bagi saya peluang dan kejayaan untuk raih income impian. 
.

Sejak itu, saya nekad. Inilah bisnes yang saya akan buat sungguh-sungguh. Hari demi hari, bulan berganti bulan dan rank berganti rank, saya Berjaya capai kesemua 3C yang ditawarkan syarikat iaitu Cash, Car dan Convention. Dengan izin Allah, saya berjaya melayakkan diri untuk dapat Car bonus yang diberi dalam bentuk duit setiap bulan bergantung kepada pencapaian kita. Itulah duit yang saya guna untuk bayar ansuran kereta kami setiap bulan, sejak itu memang peruntukan duit gaji untuk kereta tidak terusik. Boleh diguna untuk perkara lain pula. Alhamdulillah. 
.

Setiap tahun, Allah izinkan juga untuk saya merasai Trip Percuma Shaklee. Tahun pertama, saya dapat kelayakan ke Sabah. Hadiah ini saya beri pada suami. Tahun kedua, saya layak ke USA. Kali ini saya bawa bersama anak saya. Tahun ketiga, saya layak ke Italy. Sekali lagi saya hadiahkan buat suami kerana saya dalam pantang anak kedua waktu itu. Tahun keempat, saya layak ke Jepun dan tahun kelima iaitu tahun ini sekali lagi saya layak untuk ke trip Cruise Meditteranean ke 3 buah Negara iaitu Spain, Italy dan Perancis. 
.

Allahuakbar, terasa sangat besar nikmat yang Allah bagi. Pengalaman pertama ke luar Negara adalah dengan trip Shaklee. Saya selalu mengimpikan untuk travel ke luar negara, tapi terasa mustahil kerana pelbagai kekangan namun dengan trip percuma ni, itulah hadiah yang Allah bagi untuk impian saya. Bertambah seronok kerana trip ini dengan kawan-kawan seangkatan.  Dan saya juga boleh hadiahkan percutian ke Korea untuk keluarga kecil saya dengan bonus Shaklee sepenuhnya. 
.

Nikmat Allah tak terhenti di situ. Dengan bisnes ni, saya jalinkan lebih banyak ukhuwah kerana bisnes ini adalah People Business. Saya belajar banyak perkara tentang manusia. Ilmu saya berkembang dan saya ajarkan pula pada downline-downline. Nikmatnya bila downline mendapat hasil dari apa yang diajar. Semoga Allah rezekikan saya untuk dapat pahala berpanjangan dengan bisnes ini. 
.

Saya amat percaya, banyak impian saya tercapai dengan bisnes ni termasuklah menaja keluarga menunaikan umrah. Saya juga percaya, anda di luar sana juga mampu lakukannya tidak kira apa jua tahap pendidikan kerana sudah ramai yang buktikannya. Walaupun buat secara part time, yakin lah ianya boleh dilakukan kerana bisnes Shaklee sudah ada sistem yang kukuh untuk diikut. 
.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada semua bahawa kita semua mampu capai apa jua impian yang kita nak. Kita buat kerja kita, dan Allah aturkan segalanya. Saya jemput anda yang masih mencari-cari bisnes yang kukuh, ada sistem dan jana income impian untuk sama-sama lakukannya dengan bisnes Shaklee 
.

Nurul Aziyana 

Founder Emerald Family

 bisnes pelajar universiti

Bestkan membaca pengalaman dan kisah benar dari mereka yang telah berjaya ni. Ianya sangat menginspirasikan. Kenapa adik-adik juga perlu mulakan dari sekarang untuk berbisnes shaklee?:

1. Modal Yang Paling Rendah RM80

RM80 ini adalah sebagai membership fee anda. Rm80 ini akan digunakan untuk membeli starter kita yang boleh didapati dalam bahasa melayu, mandarin dan english. Ianya berkaitan tentang produk shaklee. Bila dah jadi, member anda akan layak membeli dengan harga member iaitu diskaun 15-20% untuk setiap produk.

Hasil gambar untuk STARTER KIT SHAKLEE


2. Fleksibeliti

Bisnes shaklee adalah sangat fleksibel. Kenapa? Sebab, customer akan sentiasa mencari kita. Bila mereka dah bank in untuk mendapatkan sesuatu produk, barulah kita akan proceed. Jangan risau tentang penyimpanan stok dan sebagainya. Tidak perlu menyimpan stok di rumah. Jadi, anda jangan risau tentang modal.


3. Bisnes Bermentor

Hasil gambar untuk CVG SHAKLEE

Bestnya lagi bisnes ni kerana anda akan diguide oleh mentor yang sangat hebat. Mereka bukan calang-calang orang tau. Mereka ni  ada yang suri rumah tapi ada degree, ada master ada PHD. Ada peguam, doktor, jurutera, cikgu, nurse dan lain-lain lagi. Ada yang masih bekerja hakiki. Mereka sangat merendah diri dalam berkongsi ilmu yang ada.

4. Bonus infiniti

Adanya untung runcit dan bonus yang shaklee akan beri kepada kita. Bergantung kepada hasil jualan kita. Shaklee kalau nak beri bonus, fuh! memang tak akan ada nilak maksimum. Bahkan ada yang telah menjana 7 angka! Giler.

Jadi, apa tunggu lagi? Kita buat sampai jadi!

Mesti Baca..!!!>>> Apa itu Shaklee


Mesti Baca..!!>>> Kelebihan Mendaftar Ahli Shaklee



Jom, menjana income bersama omma. Omma akan guide sampai lebam tangan menjawab wassap customer. hehe


Zarina Ismawi
Pengedar Shaklee Bertauliah
019.858.3575
ID : 1244624




 muka breakout


Wanita sememangnya obsesi dengan kecantikan. Tak kira berapa usia kita, fitrah wanita suka cantik dan dilihat cantik. Sebab itu, kadangkala timbulnya frasa, biar papa asal bergaya. Namun, awas! pastikan ianya bukan cantik yang memudaratkan. Jom, baca pengalaman Puan Farah Qurratun yang pernah mengalami muka breakout ini.

[WAJAH YANG BREAKOUT TERUK KEMBALI CANTIK SELEPAS KONSISTEN RADIANT 4 DAN SKINCARE YOUTH].
.

Nama saya Farah Qurratun Aini. Isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya nak ceritakan kisah benar bagaimana kulit saya boleh breakout  teruk dan kembali cantik selepas bersama Shaklee. 
,

Dulu semasa bujang saya terjebak dengan produk timbang kilo. Masa tu takde ilmu pon pasal kandungan yang bahaya dalam kosmetik timbang kilo. Tapi jenama produk tu dulu memang terkenal lah. 
.

Minggu pertama pakai memang cantik kulit. Putih bersih. Licin dan lembab. Keadaan macam tu elok selama 3 bulan. Bulan ke empat masa tu dah nak kahwin, dah mula tumbuh jerawat. Risau ! Tapi nasib baik jurusolek pandai tutup jerawat yang ada. 
.

Selepas kahwin, makin teruk. Berjerawat penuh . Merah-merah lagi. Masa ni dah tertekan. Orang pula makin bertanya kenapa kulit macam tu. Malu nak berdepan dengan orang. Bila pakai produk tu semakin pedih jadi saya berhenti pakai produk tu. 
.

Suami bawa saya ke klinik kulit untuk dapatkan rawatan. Mana klinik kulit tak pergi. Semua klinik pergi. Bayaran bukan murah. Ratus-ratus semuanya. Tapi kesan tetap sama malah makin teruk pon ada. Jadi suami tak bagi teruskan pakai produk klinik.
.

Kemudian saya mengandung. Dalam tempoh mengandung hormon tak stabil pula maka kulit kembali teruk. Sampaikan saya dirujuk ke doctor pakar kulit di hospital kerajaan. Saya dibekalkan ubat yang dikawal maknanya ubat sapu yang kuat. Saya pakai juga sebab masa tu terpaksa pakai untuk bagi kulit reda dari alahan yang teruk. 
.

Selepas bersalin saya teruskan sesi dengan pakar kulit tu. 3 bulan sekali. Tapi sebabkan saya tak guna selalu ubat yang dibekalkan maka saya discaj sendiri appoiment dengan doctor pakar. Sebab risau juga efek ubat tu. Yang saya perasan ubat tu hanya sembuhkan lapisan luar sahaja. Jika tak pakai ubat tu, naik kembali merah-merah dan gatal-gatal.
.

Tekanan sangat masa ni. Dah tak larat nak segan dengan orang. Dah sengsara rasa nak melayan pertanyaan orang lirikan mata yang terkejut tengok kulit muka. Keyakinan diri pon takde masa tu .
.

Jadi saya nekad untuk rawat kulit saya dari dalam. Jika rawat dari luar sahaja ia hanya sembuhkan lapisan kulit luar sahaja. Di lapisan dalam masih ada baki-baki bahan kimia yang bahaya.
.

Saya mulakan dengan GLA Complex untuk stabilkan hormon. Saya perasan bila hormon tak stabil kulit muka semakin teruk. Jadi saya mulakan dengan stabilkan hormone dahulu dengam  mengambil GLA Complex. Kemudian saya konsisten set radiant 4 shaklee iaitu ESP, SR VitaC Plus, Gla Complex dan Collagen serta Vivix.
.

Selepas sebulan saya consume tanpa miss terutamanya collagen tu saya dapati kulit muka lebih elok berbanding sebelum nya. Dan ramai yang menegur kulit muka makin ok dari dahulu. Cuma masa ini masih kelihatan parut-parut lagi. 
.

Dan bila skincare youth masuk, saya terus beli tanpa lepaskan peluang dan pakai setiap hari. Alhamdulilah saya rasa semakin cantik sekarang dan suami sendiri tegur kulit makin cantik, tona kulit lebih sekata dan parut-parut kelihatan semakin pudar.  Kalau suami sendiri yang tegur tu betul lah kan..kulit makin baik dan makin cantik. 
.

Saya sangat gembira dan keyakinan diri kembali yakin untuk berjumpa dengan orang dan berselfie. Syukur , produk Shaklee mengembalikan keyakinan diri saya. 
.

Itulah Shaklee Effect saya !
Terimakasih Shaklee.


 muka breakout


Ngeri kan melihat wajah yang breakout selepas penggunaan produk yang tidak betul. Selalunya punca masalah begini terjadi adalah disebabkan bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut. Sebab itu, kita perlu menjadi wanita yang bijak. Jangan hanya mendamba  wajah cantik tapi kurang bijak. Sanggup membeli produk murah di pasar malam, kesannya cepat berbanding yang organik, tapi, akhirnya kita sendiri yang sengsara. Aduiii, tak nak!

Kita perlu tahu, proses penghasilan sel kulit yang baru lebih kurang 120 hari. Dalam masa 3 bulan kan. Tapi, produk instant timbang kilo di pasaran kini, sekejap sahaja wajah menjadi sangat putih dan gebu. Wow! Walhal kandungan hydroquinine dan merkuri dalam tu terlalu tinggi!


Hasil gambar untuk produk timbang kg


Tidak mengapalah, saya lebih rela memilih yang mahal dan berkualiti. Alah membeli, menang memakai. Kan, kan. 

                                     Mesti Baca.!!!>>> 10 Bahan Kimia Dalam Kosmetik

CADANGAN SET UNTUK MERAWAT MUKA BREAKOUT


1.VIVIX- Sirap anti-oksidan yang diperolehi dari sumber semulajadi iaitu anggur muscadine. Polifenol semulajadi tinggi anti oksidan dan bersifat anti inflame mampu merawat sel dari dalam. Kecantikan bermula dari dalam. Sihat di dalam akan terpancar keluar.

2.Collagen Powder- Serbuk collagen dari sisik ikan merah laut dalam ini bersaiz 1000 dalton. Saiz yang sangat sesuai untuk diserap oleh tubuh secara maksimum. Ianya membantu top up kolagen dalam tubuh badan kita. Ingat! Se,makin berusia kita, semakin banyak kehilangan kolagen. Sebab itu, wajah akan cepat kelihatan tua, kusam, kedut dll.

3. Esp- Sumber protein dari kacang soyak non gmo. Diproses menggunakan suhu yang rendah agar sebatian proteinya tidak musnah dengan suhu yang tinggi. Ianya membantu memperbaharui sel kulit kita. Sel baru, wajah akan kelihatan lebih sihat dan jelita.

4. Vitamin C- Ianya membantu tubuh menyerap pengambilan supplemen dengan baik. Membantu top up kolagen dengan baik justeru memudarkan parut jerawat. Vitamin C dan cantik berpisah tiada.


5. Vitamin E- Vitamin E membantu memudarkan bekas jerawat justeru bertindak sebagai anti oksidan juga yang melindungi kulit dari keradangan.


6.Youth Shaklee- Skincare terbaik masa kini yang paling viral keran ianya 100% organik. Bebas 1500 bahan kimia tercemar. Jaminan kulit 10 tahun lebih muda dari usia.

                            Mesti baca..!!!!>> Skincare Bebas Bahan Kimia Dan Paraben


Anda juga boleh klik link dibawah untuk meneruskan pembacaan:



Nota: Terima Kasih Kerana Berkunjung ke website saya. Semoga hari-hari anda berlalu dengan baik dan bahagia. Amin.


Jika anda memiliki sebarang pertanyaan mengenai articles ini atau tentang produk ini, anda boleh klik butang wassap di kanan anda sekarang juga atau anda boleh call saya di

Zarina Ismawi
0198583575
ID: 1244624
Email : zarinaimaging87@gmail.com

Masalah gusi bengkak dan berdarah sangat sengsara. Kita yang dewasa ni terasa nak demam bila kena benda ni, apatah lagi anak kecil kan. Hari ni nak share pengalaman anak tunggal saya terkena bengkak gusi, berdarah dan bernanah.Sebelum tu, kena tahu apakah punca bengkak gusi ni.

Bengkak  gusi

Kebengkakan gusi juga dikenali sebagai hiperplasia gusi atau pembesaran gusi. Kebengkakan gusi ini boleh disebabkan oleh ubat-ubat berikut; phenytoin, nifedipine, cyclosporine dan verapamil. Kebengkakan ini mungkin perlu dibedah untuk membuang tisu yang berlebihan. Jika seseorang pesakit ada mengambil ubat-ubatan ini, adalah sangat penting bagi mereka menjaga kebersihan mulut bagi mengurangkan kejadian kebengkakan gusi ini.

Hasil gambar untuk bengkak gusi


Umar saya mengalami bengkak gusi, keluar nanah dan berdarah yang agak busuk baunya. Startlah dia tidak mahu makan dan minum. Menyusupun tak mahu. Sebagai ibu ni, risaunyalah kan. Tambahan lagi dia mempunyai ulcer di mulut. Kesian sangat anak mama.



Malam-malam asyik menangis. Saya dan suami memang berjaga jelah. Sebab tu, kalau boleh, kita cuba elakkan anak kita berusia bawah 2 tahun untuk tidak makan makanan manis terlebih dahulu. Kesian anak mama ye. Kalau di rumah sendiri kita still masih boleh kawal, kalau kat rumah pengasuh tak tahulah macam mana kan. hmm.

Dah bawa ke doktor. Siap saya tanya kepada doktor gigi lagi. Kata doktor, mungkin disebabkan giginya yang tak tumbuh habis. Bila gigi tu nak keluar, gusi tu akan pecah sedikitlah. Tu yang sakit. Satu lagi, kena pastikan kita selalu cuci gigi anak.

Mungkin perlu beri air kosong selepas dia menyusu. Mana tak, susu ibu ni rasanya manis. Baiklah, antara ikhtiar saya bagi masalah anak saya ini adalah dengan menggunakan supplemen shaklee.

1. Nutriferon


nutriferon


Campuran botani lazat diperbuat daripada biji labu, biji plantago, Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Ianya dicipta oleh seorang pakar sistem imunisasi dari Jepun. Ianya membantu untuk meningkatkan sistem imun badan anak kita,

2. Mealshake


Mealshake ni kaya dnegan 24 jenis mineral dan vitamin yang memenuhi nutrisi dan zat perlu anak kita bagi menyokong tumbesaran mereka. Tempoh sakit beginilah mereka hilang selera makan. Jadi, anda cuma perlu bancuh mealshake ini sebagai makanan tambahan anak kita semntara selera makannya akan kembali tidak lama lagi.

3. Omega guard


Omega guard ini adalah minyak ikan yang kaya dnegan asid lemak omega-3. Ianya turut bersifat sebagai anti inflamasi dan anti keradangan. Ianya membantu mengecutkan bengkak yang ada. Jika anak kita demam, ianya sangat bagus untuk boost imun mereka juga.


Untuk anak ni, apapun boleh. Biarlah berhabis banyak kan asalkan mereka sihat. Jangan nanti sebab terlalu kedekut, kita kehilangan anak kita pula. Nauzubillah. Moga-moga pelaburan kita itu bernilai pahala di sisi Allah dalam membesarkan khalifah bumi ini. InshaAllah.

Anak saya selepas ambik shaklee, alhamdulillah, selera makan makin bertambah walaupun tidaklah mengejut kembali seperti sediakala. Tapi badan dah tak panas semua. Dah kira bersyukur kan?


Jadi, kepada ibu dan ayah di luar sana yang ingin mendapatkan supplemen shaklee ini, jom! contact saya di 0198583575. Saya sedia membantu anda jika anda mendapatkan produk ini dari saya. InshaAllah.



" Salam Puan. Saya dah lama sangat berikhtiar untuk masalah zuriat. Dah bermacam produk saya ambil. Satupun tak lekat. Periodpun tak stabil. Senggugut semua ada. Apa masalahnya saya ni. Ada tak produk yang boleh bantu stabilkan hormon? " -Puan Julia, Kulim.

Beginilah selalunya luahan customer dalam wassap saya. Saya selalu mencadangkan mereka merujuk kepada doktor pakar dahulu bagi masalah yang ada. Kerana kita bukan doktor, kita cuma seorang yang mengamalkan vitamin semulajadi untuk membantu kesihatan yang optimum. Saya suka membiarkan customer membuat pilihan masing-masing. Ingin berikhtiar dengan supplemen atau tidak. 

Tiada peluru akan hinggap di kepala customer yang mereject produk kita. hehehe. Paling-palingpun pengedar shaklee tersebut tak boleh move on selama beberapa jam. Lepas tu, dia akan post balik tentang shaklee di pelbagai medium. hehe

Baiklah. Berbalik kepada masalah hormon. Barangkali anda yang mempunyai masalah ini lebih arif tentang masalah ini setelah menggoogle dari pelbagai website. Tapi, saya akan listkan punca masalah hormon tidak stabil ini dalam point yang lebih ringkas.

Punca Hormon Tidak Stabil:

1. Stress

Hasil gambar untuk stress

Stress akan menyebabkan pengeluaran hormon kortisol(steroid) dari kelenjar adrenal. Kesan dari hormon ini sangat menakutkan. Kerana ianya akan menganggu banyak sistem dalam tubuh kita. Ianya akan mengurangkan penyerapan kalsium, meningkatkan kadar glucose darah dll. Sebab itulah, kadang kala semasa menses, kita akan mengalami senggugut yang melampau, pening kepala, haid tidak teratur. Jadi, jika nada sudah memahami bagaimana stress mampu mempengaruhi sistem ini, anda perlu mengamalkan cara hidup yang lebih sihat bagi mengelakkan stress.

2. Pengambilan pil perancang

Pil perancang berfungsi menghentikan proses ovulasi dan menjadikan anda tidak subur buat sementara waktu. Hormon yang terdapat dalam pil perancang akan menghalang telur (ovum) daripada meninggalkan ovari atau menempel pada dinding rahim. Proses ini menyebabkan tiada telur yang dapat disenyawakan walaupun sperma mungkin berjaya memasuki rahim. Ianya diambil oleh mereka yang ingin menjarakkan kehamilan.

Noriday tabmim

Selain itu, ia juga yang bertindak menebalkan mukus yang terdapat pada pangkal rahim (serviks). Tindakan ini menyukarkan sperma untuk menembusinya.

Pil perancang ini akan mempengaruhi hormon estrogen wanita. Sebab itulah pelbagai side effects yang akan kita alami jika mengambil pil perancang. Ianya juga diperbuat daripada bahan sintetik dan bukannya semulajadi. Jadi, anda lebih tahu apakah risiko yang kita ambil jika menggunakan ubat sintetik berbanding ubat semulajadi(supplemen).

3. Obesiti

Hasil gambar untuk obesiti

Masalah kegemukan adalah salah satu punca hormon kita tidak stabil. Pembentukan plak lemak dalam salur darah akan turut sama mengganggu masalah hormon kita tidak kira lelaki atau wanita.

4. Alkohol

Tabiat suka mengambil minuman beralkohol juga sangat mempengaruhi tahap kesihatan kita. Ianya turut sama menganggu kitaran sistem yang ada dalam tubuh. Bahkan ianya lebih banyak membawa mudarat dari sihat.

5. Suntikan hormon tertentu

Pengambilan suntikan hormon tertentu contohnya untuk membesarkan payudara, untuk menegangkan kulit ternyata hanya akan membawa masalah di kemudian hari. Nikmatnya sekejap, azabnya berabad. 


Usaha Terbaik Untuk Membantu Menstabilkan Hormon

#Amalkan gaya hidup yang sihat fizikal dan mental. Elakkan stress, kurangkan pengambilan makanan yang kurang bernutrisi, elakkan pengambilan mana-mana suntikan hormon yang tidak perlu.

#Pengambilan supplemen semulajadi seperti berikut:


1. Vivix


Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. 

Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat. Vivix kaya dengan anti oksidan. Ianya mengandungi polifenol yang membantu memperbaiki hingga ke peringkat selular.


2. GLA



Diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit. Ianya juga mengatur kitaran haid dengan menstabilkan hormon yang ada. Mereka yang memiliki masalah jerawat akibat hormon yang tidak stabil, period yang tidak teratur, sangat digalakkan mengambil produk ini.

3. B Complex

B Complex shaklee sangat berbeza kerana ianya didatangi khas dalam bentuk formula yang membantu ianya diserap sepenuhnya oleh tubuh. Ianya membantu mengurangkan tahap stress serta membantu tubuh menukarkan glucose kepada tenaga.

4. Ostematrix

Tulang merupakan sistem sokongan yang penting untuk tubuh. Ianya kaya dengan kalsium dan turut membantu melegakan senggugut semasa menses. 

Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron - Membantu metabolisme tulang
Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink and Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

Supplemen ini membantu dalam proses anda menstabilkan hormon yang ada, justeru ianya turut mempengaruhi period pain anda serta kitaran haid bagi membantu mendapatkan zuriat. Sungguhpun begitu, anda perlu tahu cara kiraan haid yang betul bagi membantu anda.

                                >>>Mesti Baca!!!>> Cara Mengira Waktu Subur Dengan Tepat

Pengiraan waktu subur yang tepat sangat penting bagi membantu anda dan suami untuk berbincang waktu bersama. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk di atas dari saya, anda bolehlah klik butang wassap di kanan anda atau anda boleh call/wassap saya direct ke 0198583575. Anda layak mendapat konsultasi cara pengambilan supplemen yang betul dari saya khusus untuk anda jikan membeli dengan saya. 

Beri peluang kepada saya untuk membantu masalah anda. Duit boleh dicari, namun apa salahnya kita berikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri betul tak?


Anda juga boleh membaca beberapa artikel lain yang berkaitan seperti dibawah:

>>Mesti baca





Bernikah, bukan jaminan adanya zuriat. Kerana adanya pasangan yang Allah uji dengan kelewatan dikurniakan zuriat. Tugas kita, berusaha dan bersangka baik dengan Dia. Jom, baca testimoni makcik saya di bawah.




SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 26 : ZARINA ISMAWI
.

[18 TAHUN BERNIKAH, AKHIRNYA MELAHIRKAN ZURIAT SENDIRI DI USIA 37 TAHUN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE]
.

Assalammualaikum  Hai. Nama saya Zarina Binti Ismawi. Saya nak kongsikan kisah mak saudara saya yang berjaya hamil asbab dari pengambilan set kesuburan shaklee.
.
.
Saya masih ingat lagi bulan Mac 2017, Makcik saya bertanya tentang set kesuburan shaklee. Dah beribu habis membeli produk yang lain. Jadi, dia teringin mencuba shaklee.
.
.
Saya mencadangkan set kesuburan shaklee untuk pakcik dan makcik saya. Makcik saya mengambil esp, gla, b complex, vitalea, vitamin c dan vivix. Manakala pakcik saya mengambil omega guard, vitalea dan vivix.
.
.
Setiap bulan, saya akan membantu mengira waktu subur mereka dengan tepat dan mencadangkan tarikh yang sesuai untuk mereka bersama.
.
.
Makcik dan pakcik saya sangat konsisten dalam pengambilan supplemen shaklee. Langsung tidak pernah skip.
.
.
Akhirnya setelah 6 bulan makcik saya konsisten dengan set kesuburan shaklee, dia mengalami demam yang teruk sehingga terkulai lemah. Muntah dan tidak mampu menghidu bau ikan segar.
.
.
Awalnya saya sangat nervous. Sebab orang kampung membawa cerita makcik saya jatuh sakit selepas mengambil supplemen shaklee. 
.
.
Tapi, saya tetap yakin. Barangkali dia mengandung. Saya menyuruh makcik saya untuk check upt. Check kali pertama terdapat satu garisan clear dan satu lagi kabur. Dalam hati saya merasakan makcik saya mengandung.
.
.
Saya belikan makcik saya upt yang lebih mahal. Check sekali lagi, dan wow! double line!
.
.
Sayalah antara orang yang paling gembira. Malam tu juga saya nasihatkan makcik saya untuk bersedekah di surau sebagai tanda terima kasih dengan Allah.
.
.
Menangis kesyukuran mereka suami isteri. Bayangkan, 18 tahun menunggu zuriat kandung sendiri. Suatu tempoh yang bukan sekejap. Perlukan kesabaran yang tinggi.

Jadi, kepada sesiapa yang masih belun dikurniakan cahaya mata, kita masih ada harapan jika kita mahu berusaha.
.
.
Berusaha, yakin dan sentiasa berdoa. InshaAllah, pasti Allah akan makbulkan. 
.
.
Makcik saya sangat percaya dengan shaklee. Dari mengandung  beliau tidak mempunyai masalah HB rendah, tiada darah tinggi dll. Berpantang dengan vivix dan set berpantang shaklee sangat membantu beliau lebih cergas walaupun ini anak pertamanya.
.
.
Bestkan mendengar kisah makcik saya..? Jadi, kepada sesiapa di luar sana yang ingin berikhtiar mendapatkan cahaya mata, kenapa tidak mahu mencuba shaklee...?

Anda teringin berikhtiar dengan shaklee? Sebagaimana saya memberikan konsultasi terbaik kepada makcik saya. Beli dengan saya, layak mendapatkan konsultasi terbaik dari saya.

Jika anda merasakan apa yang saya kongsikan ini bermanfaat dan suatu yang sangat menarik untuk dikongis. Anda boleh bantu saya klik link dibawah:


Testimoni Set Kesuburan Shaklee: Facebook

Bantu saya like dan share supaya ramai lagi pasangan di luar sana akan termotivasi dengan shaklee. Terima kasih.


Zarina Ismawi
Your Trusted SID
019.858.3575
Bulan puasa ni, Allah uji pula dengan masalah batuk berkahak. Dah banyak cara saya lakukan untuk merawatnya. Sehinggalah saya bertekad melakukan sesuatu!


Tak selesa rasanya jika di bulan puasa ini kita mengalami batuk. Nak tidur susah, nak baca quran susah. Alahai tekak asyik rasa gatal. Sebenarnya, bagaimana masalah batuk ini terjadi?

Batuk berkahak ini terjadi disebabkan:

# Berlakunya iritasi pada saluran pernafasan. Ianya mungkin disebabkan previous flu dan fever yang pernah kita alami.

#Tidur di kawasan berhawa dingin. Tidur terlalu lama dalam kawasan berhawa dingin boleh menyebabkan berlakunya masalah batuk.

# Kurang pengambilan air kosong. Air boleh membantu kita menstabilkan suhu badan justeru mengurangkan pengeluaran mukus yang berlebihan.

#Petanda awal kepada masalah asma.


Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya pasti akan mengalami masalah batuk jika saya kurang pengambilan air. Saya tidak akan mengambil makanan dan minuman berasaskan produk tenusu kerana ianya akan menyumbang kepada kahak.

Apa yang saya lakukan adalah:

1. Minum air panas dan suam. Terasa nikmat saat air tersebut mengalir ke kerongkong.

2. Pengambilan vitamin C dalam menu seharian. Vitamin C shaklee ni mempunyai keistimewaan kerana ianya akan dilepaskan sebanyak 100g secara berperingkat setiap satu jam. Jadi, badan kita akan mendapat bekalan vitamin c secara berterusan. Ianya akan meningkatkan sistem imun kita.
3. Pengambilan garlic. Garlic shaklee adalah terpelihara alicinnya berbanding bawang putih kita di rumah. Ianya bertindak sebagai antibiotik yang membantu kita meningkatkan sistem imun.


Alhamdulillah. Pengambilan dua produk ini mampu mengurangkan rasa batuk saya dengan cepat. Kepada anda yang mempunyai masalah seperti saya, jom! dapatkan produk ini sekarang juga dari saya. Jangan biarkan masalah batuk mengganggu tidur lena anda dan ibadah anda seharian.


Zarina Ismawi
Pengedar Shaklee Bertauliah
ID 1244624
019.858.3575
Hasil gambar untuk puasa kanak

Eh! dah bulan ramadhan. Alhamdulillah. Ibu dan ayah dah mula mencari tips berpuasa untuk anak kekal cergas ye. Ingat! mengajar tentang solat itu yang paling utama dari puasa.

Yang berpuasa belum tentu solatnya cukup. Tapi, yang solat cukup 5 waktu pasti akan berpuasa. InshaAllah.

Mengimbau zaman kanak-kanak kita, bestkan bila time puasa. Ada orang tolong masakkan di rumah. Maklah paling best. Bagitau je nak makan apa, mak akan masak. Saya duduk di kampung, tak pernah melihat bazar yang sangat banyak di kota. Di kampung hanya jual kuih muih dan cendol sahaja. Tapi, bihun goreng dan air teh mak juga yang paling sedap.hehe

Tips Berpuasa Untuk Anak

Hasil gambar untuk puasa kanak

#Beritahu anak tentang kelebihan puasa
Walaupun mereka masih kecil. Jika kita kerap bercerita tentang puasa, InshaAllah mereka akan tahu apa itu puasa. Dan mengapa kita perlu berpuasa. Cuma terpulang bagimana cara ibu dan bapa menerangkan kepada mereka dengan santai.

#Puji
Fitrah anak kecil. Suka dipuji. Bahkan kita dewasa juga suka dipuji dan dihargai. Jika mereka mampu berpuasa hari itu, walaupun tidak mencapai target, tetaplah puji mereka atas usaha yang mereka lakukan.

#Lambat sahur dan cepatkan berbuka
Ajak mereka untuk lambatkan bersahur agar mereka masih menahan kenyang yang lama. Nabi Muhammad juga mengajar kita untuk lewatkan sahur dan cepatkan berbuka.

#Bekalkan air yang mencukupi
Kebanyakan anak-anak tidak mampu menahan godaan kehausan di bulan puasa. Lebih-lebih lagi jika melihat iklan makanan di tv. Bertabahlah jika selang setengah jam mereka akan menyuruh anda masak dan membeli makanan yang mereka lihat tv. Eleh, macam kita dulu2. hehe. Pastikan mereka minum air dengan banyak.

# Jauhi penampakan makanan di rumah.
Hahaha. Bunyinya sangat lucu namun ianya sangat perlu. Elakkan gambar makanan dan bekas-bekas biskut kelihatan di atas meja atau di rak. Ianya akan merangsang nafsu anak-anak untuk berbuka puasa. hehe. Kalau nampak bekas aiskrim lagilah kan.

#Bersahur dengan makanan tinggi fiber
Makanan seperti oat, kurma, minuman berfiber sangat penting dan elok untuk diambil. Ianya mampu memberikan rasa kenyang yang lama.

#Pengambilan Supplemen Tenaga Shaklee

Mealshake- Menjalani Puasa dengan lebih mudah! 
Sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. 
Membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
Sempurna untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif. 
Rasa yang sedap apabila ditambah ke dalam shakes, sup berkrim dan ais krim! 
Ibu dan ayah juga akan menyukainya


Performance Drink - Minuman tanpa gas berperisa oren ini dan minima gula ternyata menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mengelakkan dehidrasi. Ianya akan menjadi minuman kegemaran anak-anak kerana ianya berperisa oren. Ianya menyokong penghidratan optimum.


Hasil gambar untuk testimoni anak berpuasa dengan shaklee



Hasil gambar untuk testimoni anak berpuasa dengan shaklee



Jom, dapatkan set ini untuk anak kesayangan anda. Biar mereka kekal bertenaga sepanjang hari. Mealshake dan Performance Drink ini adalah terbaik pilihan ibu bapa untuk anak mereka.


Zarina Ismawi
ID 1244624
019.858.3575
Pengedar Shaklee Malaysia





Tips Kurus Di Bulan Puasa Dengan Berkesan | Berpuasa ternyata memiliki kelebihan yang banyak terutamanya untuk kesihatan. Ianya bukan sahaja menunaikan tuntutan agama, malahan ianya baik untuk sistem tubuh badan kita terutamanya untuk masalah jantung, sendi, berat badan dan sebagainya.


Kalau boleh, nak sangat kita elakkan penimbang di bulan puasa kan. Takut niat tersasar eh? Jangan takut, niat kita inshaAllah tidak akan tersasar hanya kerana kita naik atas penimbang. Sebagai umat islam, kita tahu dan faham kenapa kita berpuasa di bulan Ramadhan. Betul tak?

Namun, turun berat badan di bulan puasa juga adalah salah satu berita gembira buat kita yang gemuk dan obese dan mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang lain. Eh, orang kuruspun ada masalah kolesterol tinggi tau. Oopps!


Hanya kita yang memahami betapa sukarnya kita menghadapi hari-hari mendatang dengan membawa badan yang gemuk. Bangun tidur tumit sakit, lutut sakit, baju tak muat. Ianya sangat stress, betul tak?

Hasil gambar untuk gemuk


Bulan puasa ini adalah bulan untuk kita meraih pahala. Namun, disamping itu kita mampu menjadikannya sebagai batu loncatan untuk kita menekan nafsu melahap tahap dewa kita di bulan lain. Bulan selain ramdahn dah puas memanjakan nafsu tapir kita. Jadi, bulan ni sebagai latihan untuk kita kurangkan makan supaya konsisten kita amalkan selepas tamatnya bulan ramadhan nanti. boleh?

Kelebihan berpuasa untuk cepat kurus:


a. Menu sahur kita mungkin hanya kurma dan sedikit makanan. Jarang nafsu makan kita tinggi pada jam 400am-0500am betul tak? Paling rajinpun kita hanya akan mengambil buah kurma dan air. Tidakpun oat. Makanan ini adalah makanan yang berkhasiat untuk tubuh kita.

b. Detoks semulajadi kepada tubuh. Detoks merupakan penyingkiran toksin dalam tubuh kita. Toksin yang banyak akan menyebabkan jerawat timbul, sembelit, kulit kusam, badan cepat letih dll. Hebatnya puasa kerana ia membantu kita menyingkirkan toksin dari dalam tubuh.




Jika anda seorang ibu yang breast feeding seperti saya, keberangkalian untuk berat badan anda turun akan lebih cepat. Jom, saya kongsikan tips kurus di bulan puasa.


1. Sahur

Saya bersahur dengan mengambil ESP, Oat, kurma dan Performance Drink. Ianya membantu rasa kenyang yang lama dan membina otot dan  PD untuk mengelakkan dehidrasi. Saya jarang makan makanan berat disebabkan tekak saya tak mampu nak terima awal pagi sangat. Alhamdulillah, hari pertama puasa masih rasa bertenaga walaupun sahur tanpa nasi. Oh ya, saya amalkan air rendaman kurma juga. Vitalea dan alfalfa. Vitalea ini membantu saya lebih bertenaga dan alfalfa bertindak sebagai agen detoks. Husband saya pula akan mengambil COQ Trol Plus.



Hasil gambar untuk esp dan performance drink di bulan puasa


Hasil gambar untuk esp dan performance drink di bulan puasa

2. Berbuka

Masa berbuka, saya makan separuh nasi yang saya suka. Tak kisahlah nasi kerabu atau lain-lain. Sebelum makan, saya perlu patikan saya minum air dahulu. Kita berpuasa ni sebenarnya haus je terlebih kan. Nasi tu tak ambil banyak sangat, masih okey. Selepas tu saya akan mengambil Lecithin untuk membakar lemak.


3. Moreh
Selepas solat isyak dan terawaih, saya akan makan DTX Complex. Ianya bagus untuk detoks hati kita. Jika anda mempunyai masalah hati berlemak, anda sangat digalakkan untuk mengambil produk ini.

4. Sebelum tidur
Sebelum tidur, saya akan mengambil ostematrix bagi melancarkan sistem penghadaman. Ianya sebagai penganti kepada herbalax disebabkan saya masih menyusukan anak saya. Selalunya bila saya mengambil ostematrix, bangun esoknya saya akan terus ke tandas untuk membuang.




5. Peppermint ginger plus
Ianya sangat elok diambil jika anda berasa pening kepala dan mual-mual. Campur di dalam teh halia. Badan rasa lebih selesa. Perut tidak sebu. Ektsrak dari pudina, jintan manis, jintan hitam dan halia ternyata menjadi pilihan anda di bulan puasa ini.



Alhamdulillah, melalui hari-hari berpuasa dengan rasa bertenaga dan tanpa lemau. Konsisten mengamalkan tips kurus di atas, anda pasti akan mendapatkan berat badan yang ideal. Percayalah. Bonus untuk anda menyambut raya tahun ini. Kesihatan semakin baik. InshaAllah.

Hasil gambar untuk testimoni set kurus shaklee



Nak tahu lebih lanjut tentang tips di atas dan bagaimana cara makan yang betul? Boleh hubungi saya. Beli dengan saya, saya akan guide anda. 

Nak dapatkan harga lebih murah dengan 15-20% diskaun?


Klik www.wasap.my/60198583575


Zarina Ismawi
Your trusted SID
019.858.3575
1244624
Pengedar Shaklee Malaysia
Powered by Blogger.