Cara Mengira Waktu Subur Wanita Dengan Tepat Supaya Cepat Dapat Anak

/
0 Comments

Jika ditanya, penting sangatkan tahu cara mengira waktu subur wanita dengan tepat? Tidak semua wanita tahu mengira waktu subur mereka dengan tepat disebabkan kurang pendedahan tentang perkara ini.

Saya pernah consult kes makcik saya yang tidak pernah melahirkan zuriat selama 18 tahun selama 6 bulan. Dia bergantung kepada saya sepenuhnya untuk menentukan bilakah waktu suburnya. Sebagai penjual supplemen, tugas kita untuk memberikan konsultasi yang terbaik untuk customer kita. Dan, anda nak tahu  apakah berita makcik saya sekarang?
Nak tahu Bagaimana Makcik Saya Boleh Hamil Setelah 18 Tahun Nikah??!

Dia tengah sarat mengandung dan dijangka bersalin pada bulan Mei tahun ini. Alhamdulillah. Jadi, penting ke mengira waktu subur? Penting! Untuk tujuan:

1. Mendapatkan zuriat
2. Mengelak dari mendapat zuriat.

Kedua-dua tujuan ini  penting dalam perancangan sesebuah rumah tangga. Kitaran haid wanita yang normal adalah 28-30 hari. Namun, terdapat sesetengah keadaan di mana tempoh haid sehingga ke 35 hari keatas. Sepupu saya mengalami kitaran haid yang tidak tetap. Dua bulan sekali periodnya akan tiba. Normal ke tak normal? Semua ini bergantung kepada sistem hormon dalam badan individu itu sendiri.




Sebelum itu, kita kenali dulu fasa kitaran haid bagi tubuh seorang wanita ye. Para suami yang budimanpun perlu tahu kerana dua tujuan di atas memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak.




Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. Anda juga boleh donlod applikasi di dalam handphone pintar anda bagi memudahkan urusan anda. Hal ini sangat penting kerana kita mungkin terlupa dan sebagainya.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam kantungnya akan menjadi semakin matang. Telur yang matang lebih berpotensi untuk disenyawakan dan wanita akan hamil.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana salji turun di Jepun. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


Jadi, bilakah waktu subur?

Jika anda memiliki kitaran yang normal, 28 hari, waktu subur anda pada hari ke 14 setelah kedatangan haid yang pertama.

Namun, jika kitaran haid anda terlebih atau terkurang? Mari saya bantu anda membuat pengiraan yang betul. Contohnya, pada bulan ini kitaran haid anda 35 hari. Jadi, untuk mendapatkan tarikh waktu subur anda boleh melakukan kiraan begini,

35-14 = 21

21 ini adalah menunjukkan hari ke 21 dari hari pertama period adalah waktu subur anda. Anda boleh bersama suami sebelum dan selepas tempoh ini. Untuk lebih selamat, boleh bersama sehari sebelum dan sehari selepas.

Begitu juga untuk mengelak mendapatkan zuriat. Anda boleh bersama suami selain dari waktu subur ini.  Moga-moga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda.

Baca:


Anda juga boleh mendapatkan supplemen untuk membantu menstabilkan hormon anda dari saya jika anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.






Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pengiraan waktu subur ini? Anda boleh hubungi saya sekarang juga dengan klik butang pink di bahagian kanan anda sekarang juga.



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.