Petua Atasi Kencing Kotor Dengan Cepat Dan Berkesan

/
0 Comments

Petua Atasi Kencing Kotor Dengan Cepat dan Berkesan | Anda pernah tak mengalami masalah kencing kotor? Seingat sayakan, saya pernah mengalami kencing kotor yang teruk sehingga sakit di bahagian bawah abdomen. Nak kencing terasa masin. Air kencing keruh. Rupa-rupanya ibu mengandung memang kerap terkena kencing kotor. 

Kencing kotor atau lebih dikenali sebagai (Urinary tract infection) merupakan jangkitan yang melibatkan buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra. Ini adalah struktur yang melibatkan laluan urin sebelum disingkirkan ke luar tubuh.

Image result for anatomy elimination system

Mengapa wanita kerap mengalami kencing kotor berbanding lelaki?

Wanita berpeluang mendapat jangkitan pada salur air kencing disebabkan bakteria senang untuk bergerak menuju pundi kencing wanita  disebabkan saluran urethra wanita lebih pendek berbanding lelaki. Struktur anatomi wanita itu sendiri menyebabkan wanita berisiko untuk mendapat jangkitan kuman dalam air kencing.

Tanda Awal Anda Mengalami Kencing Kotor


-Rasa sensasi  yang kuat dan berterusan untuk membuang air kencing 
-Rasa sensasi terbakar atau panas  apabila kencing 
-Kerap membuang air kencing tapi dalam bilangan sedikit air kencing 
- Urine yang kelihatan berbuih
- Air kencing yang kelihatan merah, berwarna merah jambu cerah atau  berwarna coklat - tanda darah dalam air kencing(hematuria) 
-Kesakitan di bahagian pinggul, pada wanita - terutamanya di tengah pelvis dan di sekitar kawasan tulang kemaluan atau simfisis pubis

Adakah anda mempunyai tanda seperti di atas?
Jom, kenali organ manakah yang terlibat dalam masalah anda.

Bahagian saluran kencing yang terlibat
Simptoms
Buah Pinggang (acute pyelonephritis)
Rasa Sakit Pada Punggung atas dan sisi (flank)
Demam panas
menggigil
Loya
Muntah
Pundi Kencing (cystitis)
Tekanan pada pelvik
Kurang selesa pada perut
Kencing yang kerap dan menyakitkan
Darah dalam air kencing
Urethra (urethritis)
Rasa terbakar semasa kencing
Air kencing terkeluar

CARA MENCEGAH KENCING KOTOR


#Minum banyak cecair, terutamanya air kosong. Minum air yang banyak membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membolehkan bakteria dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh bermula. 

#Minum jus cranberry. Walaupun kajian tidak konklusif bahawa jus cranberry menghalang UTI, ia mungkin tidak berbahaya.

 #Lap dari depan ke belakang. Lakukannya selepas kencing dan selepas pergerakan usus membantu menghalang bakteria di kawasan dubur dari merebak ke vagina dan uretra. 

#Kosongkan pundi kencing anda selepas hubungan seks. Juga, minum segelas air penuh untuk membantu bakteria disingkirkan.

#Elakkan produk feminin yang meragukan. Menggunakan semburan sembarangan atau produk feminin lain, seperti douches dan serbuk, di kawasan alat kelamin boleh merengsakan uretra. 

#Tukar kaedah kawalan kelahiran anda.  kondom  atau spermisida, semuanya boleh menyumbang kepada pertumbuhan bakteria.




RAWATAN SEMULAJADI MASALAH KENCING KOTOR

1. Pengambilan Alfalfa


Anda nak tahu, alfalfa adalah herba yang sangat popular dalam membantu merawat masalah kencing kotor.  Alfalfa mempunyai kesan diuretik pada badan, yang bermaksud ia meningkatkan aliran air kencing. Ini membantu untuk  membersihkan saluran kencing, yang boleh menjadi berkesan untuk memastikan pundi kencing sihat dan kuat. Selain itu,  alfalfa mengandungi vitamin dan mineral seperti zink, dan vitamin A, C, dan E yang juga berguna untuk menguatkan saluran kencing.


Alfalfa shaklee terbaik kerana ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California, Shaklee menuai alfalfa semasa di puncak kematangan - semasa berumur 2 tahun, untuk memastikan anda memperolehi kandungan nutrisi sebaik mungkin.


Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California, dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet alfalfa.

Alfalfa Along The Road

2. Pengambilan Garlic Shaklee
Bawang Putih adalah tumbuhan dalam keluarga bawang, ditanam untuk kegunaan semasa memasak dan digunakan secara tradisional untuk kesihatan secara umum. Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh. Ianya bertindak sebagai antibiotik yang membunuh bakteria.

3. Vitamin C




Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya. Ianya meningkatkan sistem imun kita dari sebarang jangkitan.

Berminat Untuk Mendapatkan Set Kencing Kotor ini? Hubungi saya sekarang juga. Jangan dibiarkan melarat sehingga kesemua organ sistem urinari anda bertambah kronik. Cegah sebelum parah!
Tinggal klik butang pink di bahagian kanan anda sekarang juga.


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.