Petua Hilangkan Sakit Belakang Bagi Yang Ada Scoliosis




Sakit belakang sinonim dengan mereka yang ada scoliosis. Kena tahu apa itu scoliosis dan petua hilangkan sakit belakang bagi mengelak ianya semakin parah. Scoliosis adalah suatu keadaan di mana tulang belakang akan bengkok ke sisi tubuh dan ianya  develop semasa fasa sebelum akil baligh atau puberty. 


Apa yang menyebabkan Scoliosis?

  •  Idiopatik - terdiri daripada 80% kes di mana doktor juga tidak tahu punca scoliosis. 
  • Keadaan genetik seperti sindrom Marfan [gangguan genetik yang menjejaskan tisu penghubung badan], sindrom Down [disebabkan oleh kesilapan rawak dalam pembahagian sel yang menghasilkan salinan tambahan kromosom 21]. 
  • Kecacatan kelahiran - yang menjejaskan perkembangan tulang tulang belakang.
  • Cerebral palsy - merujuk kepada sekumpulan gangguan yang mempengaruhi keupayaan seseorang untuk bergerak. Ia berlaku kerana kerosakan pada otak yang sedang berkembang sama ada semasa kehamilan atau tidak lama selepas kelahiran. Cerebral palsy mempengaruhi kawalan otot, koordinasi otot, nada otot, refleks, postur dan keseimbangan. 
  • Dystrophy otot - terdiri daripada sekumpulan penyakit genetik yang dicirikan oleh kelemahan progresif dan degenerasi otot yang mengawal pergerakan. Kecederaan, kekejangan otot atau jangkitan tulang belakang. Skoliosis jenis ini sering hilang, apabila masalah ini dirawat. 
  • Tumor tulang belakang.

Walaupun scoliosis boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti cerebral palsy dan distrofi otot, penyebab utamanya masih  tidak diketahui. Kebanyakan kes, ramai yang mengalami skoliosis  ringan, dimana tulang belakang membengkok tidak begitu ketara dan kronik, akan tetapi, sesetengah kanak-kanak yang mengalami kecacatan tulang belakang, akan berlanjutan  menjadi semakin parah apabila usia mereka bertambah.


Skoliosis yang teruk boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh. Bagaimana?Lengkungan tulang belakang yang sangat teruk boleh mengurangkan  ruang dalam kaviti dada, sehingga paru-paru sukar berfungsi dengan baik. Ianya mungkin juga akan menekan saraf yang ada.

Apakah simptom scoliosis?

Symptoms of Scoliosis



  • Bahu tidak sekata
  • Bahagian sebelah bahu akan menonjol keluar
  • Pinggang yang tidak sekata
  • Tulang pinggul sebelah lebih tinggi dari yang sebelah
Apakah komplikasi Scoliosis? 
  • Kesakitan belakang yang berterusan. 
  • Masalah pernafasan dalam kes-kes skoliosis yang teruk. 
  • Merasa down dan harga diri yang rendah. 
  • Komplikasi pembedahan termasuk jangkitan tulang belakang, kerosakan kepada saraf atau tulang belakang.

Rawatan Scoliosis


Kanak-kanak yang mempunyai scoliosis ringan perlukan monitoring yang lebih, biasanya dengan mengambil X-ray, untuk memastikan adakah lengkungan semakin teruk. Dalam banyak kes, tiada rawatan diperlukan. Sesetengah kanak-kanak diberikan alat sokongan untuk menghentikan lengkungan dari semakin teruk. Lain-lain kes berkemungkinan memerlukan pembedahan untuk mengelak ianya semakin parah.

Image result for scoliosis
Alat sokongan untuk tulang belakang(brace)



Brace Treatment for Scoliosis



Image result for scoliosis
Imej x-ray selepas melakukan pembedahan


Rawatan Alternatif Masalah Sakit Belakang Scoliosis

Anda boleh berikhtiar juga dengan supplemen yang semulajadi dan adanya kajian pakar bagi mengurangkan rasa sakit akibat tulang yang semakin membengkok.

Antaranya ialah:

1. Vivix
No automatic alt text available.
Vivix kaya dengan polifenol. Ianya membantu memperbaiki sel yang rosak. Ianya juga bertindak sebagai anti keradangan. Mengurangkan kesakitan sakit belakang bagi anda yang ada masalah scoliosis.


Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

3. Omega Guard
Omega guard merupakan asid lemak omega dimana ianya membantu mengurangkan keradangan dan inflamasi.


4. B-Complex

Image result for b complex shaklee
B complex dikenali sebagai anti-stress. Ianya membantu mengurangkan stress akibat kesakitan yang daalami pada bahagian tulang belakang.

5. Ostematrix

Image result for ostematrix
Ostematrix sumber kalsium. Ianya membantu membina tulang yang kuat dan mengelak tulang rapuh.
Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien pembinatulang untuk memastikan ia kekal sihat sepanjang masa.

Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina-tulang yang berkualiti.*

Anda Memerlukan Lebih Daripada Kalsium untuk Tulang Yang Kuat
Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron - Membantu metabolisme tulang
Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink and Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

Jom, dapatkan supplemen untuk menghilangkan sakit belakang  disebabkan masalah scoliosis anda sekarang juga. Tinggal klik butang pink di bahagian kanan anda.

No comments:

Powered by Blogger.