Mulut Isteri Berbau, Punca Suami Lari Dari Rumah!

/
0 Comments
Halitosis| Punca Mulut Berbau |Masalah mulut berbau ini sebenarnya dialami oleh sesiapa sahaja. Cuba anda testing masa bangun awal pagi. Confirm mulut berbau. Masalah pernafasan yang mengeluarkan bau dikenali sebagai Halitosis.[tips hilangkan mulut berbau]

Image result for gigi rosak

Jika ianya sudah tiba ke tahap yang terlalu busuk, semakin ramai orang akan menjauhi kita. Tugas kita, perlu bertanya kepada mereka yang terdekat samada mulut kita berbau atau tidak. Jangan sebab mulut berbau ni, rakan-rakanpun menjauh, suami pulak lari dari rumah. haha. Naya! Nak ciumpun tak sudi. Geli weh! Mana tak suami lari.

Kita sebagai isteri ni, kenalah jaga kebersihan diri. Suamipun sama. Jangan asyik complaint mulut isteri, entah-entah mulut sendiri berbau bangkai. Adeh! Guane tuh!

Punca Nafas Berbau

Kebanyakan masalah nafas berbau ini disebabkan banyak faktor. Namun, hampir 80% adalah berpunca dari bahagian mulut itu sendiri. Samada disebabkan jangkitan dalam mulut, merokok, mengambil makanan berbau seperti bawang putih, petai dll,  pengambilan alkohol dan sebagainya.

Terdapat kuman yang akan hidup dengan banyaknya di dalam kawasan yang kurang beroksigen. Ianya dikenali sebagai anerobic bacteria. Ia semakin aktif di tempat yang kurang bekalan oksigen. Mereka akan memakan sisa makanan yang tinggal di celah gigi dan menghasilkan bahan kumuh yang kita panggil sulfur. Ianya akan mengeluarkan bau seperti bau bangkai, bau mayat ataupun bau stokin hapak.

Selain itu,keadaan perubatan seperti mulut kering (atau dipanggil xerostomia) juga boleh menyebabkan nafas berbau. Air liur diperlukan untuk melembabkan mulut, meneutralkan asid yang dihasilkan oleh plak, dan mencuci sel mati yang terkumpul di lidah, gusi, dan pipi. Jika tidak dikeluarkan, sel-sel ini akan terurai dan boleh menyebabkan nafas berbau. Mulut kering boleh terjadi akibat kesan sampingan dari pelbagai ubat, masalah kelenjar saliva, atau pernafasan berterusan melalui mulut.


Banyak penyakit  boleh dikaitkan dengan nafas berbau. Berikut adalah beberapa  penyakit yang perlu diberi perhatian: jangkitan saluran pernafasan seperti pneumonia atau bronkitis, jangkitan sinus kronik, titisan postnasal, diabetes, refluks asid kronik, dan masalah hati atau buah pinggang.


Seram kan?


Apa yang Boleh Saya Lakukan untuk Mencegah Nafas Berbau?


Ianya boleh dicegah dengan:


#Mengamalkan kebersihan mulut yang baik. Berus dua kali sehari dengan ubat gigi fluorida untuk menghilangkan serpihan makanan dan plak. Berus gigi selepas anda makan (terus berus gigi di tempat kerja atau sekolah berus selepas makan tengahari). 


Jangan lupa untuk menyikat lidah juga. Gantikan berus gigi anda setiap 2 hingga 3 bulan atau selepas sakit. 


#Gunakan flos atau pembersih interdental untuk mengeluarkan zarah makanan dan plak antara gigi sekali sehari. Bilas dengan cecair antibakteria dua kali sehari. 


#Gigi palsu harus dikeluarkan pada waktu malam dan dibersihkan dengan teliti sebelum dimasukkan ke dalam mulut anda keesokan harinya.


#Berjumpa dengan doktor pergigian anda dengan kerap - sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dia akan menjalankan ujian oral dan pembersihan gigi profesional dan akan dapat mengesan dan merawat penyakit periodontal, mulut kering, atau masalah lain yang mungkin menjadi penyebab bau mulut yang berbau.


#Berhenti merokok dan mengunyah produk berasaskan tembakau. Tanya doktor gigi anda untuk mendapatkan tips bagaimana anda boleh berhenti merokok.


#Minum banyak air. Ini akan mengekalkan kelembapan semulajadi bau mulut anda. Gula-gula getah (lebih baik tanpa gula) atau menghisap gula-gula (lebih baik tanpa gula) juga merangsang penghasilan air liur, yang membantu membasuh zarah makanan dan bakteria. Gusi dan mint yang mengandungi xylitol adalah yang terbaik.


#Sesetengah ubat-ubatan, mungkin menjadi penyebab berlakunya bau mulut. Anda boleh bertanya lanjut kepada doktor gigi anda.


Rawatan Lain Untuk Masalah Mulut Berbau


Supplemen yang dicadangkan adalah:


Vivix

Alfalfa
Garlic

Vivix. Produk terunggul keluaran shaklee ini telah dipatenkan dengan 4 bahan utamanya yang terbaik iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberry dan poliganum. Ianya mampu bertindak hingga ke peringkat selular. Memperbaiki sistem yang abnormal. Bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel dari radikal bebas. Juga bertindak sebagai anti keradangan dan anti inflamasi.




Alfalfa. Alfalfa merupakan tumbuhan herba yang memiliki akar yang jauh mencengkam bumi. Ianya bertindak sebagai agent detoks yang menyingkirkan toksin dalam darah dan usus. Nafas berbau barangkali juga disebabkan oleh toksin yang berlebihan dalam tubuh. Ianya perlu disingkirkan bersama sistem perkumuhan.





Garlic. Kebanyakan bawang putih meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Namun khasiat bawang putih yang telah ditabletkan ini bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ianya mampu membunuh bakteria yang jahat di dalam mulut.




Jangan biarkan masalah bau mulut anda semakin melarat. Nanti husband atau isteripun tak berani nak dekat. Asyik nak termuntah! hehe. Jom! hubungi saya segera untuk mendapatkan set mulut berbau anda sekarang juga. Hanya klik butang pink di bahagian kanan anda!




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.