Istanbul Aku Datang! Peluang Percutian Percuma Bersama Shaklee

/
0 Comments

Peluang Percutian Percuma Bersama Shaklee| Jika menyebut tentang Negara Turki, otak ligat berfikir mengaitkannya dengan Kota Konstantinopal atau Byzantine. Teringat juga tentang Abu Ayub Al- Anshori yang dikuburkan di bawah tempoh Konstantinopal.


Saya tak tahu kenapa saya suka sangat dengan Istanbul, Turki. Bukan sebab selepas menonton Istanbul Aku Datang! Nehi. Sebab saya merasakan Turki adalah suatu sejarah kegemilangan Umat Islam sebelum ianya jatuh semasa pemerintahan Mustafa Antartuk. Tambahan lagi susok tubuh Presiden Edorgan yang bersuaran lantang itu memerintah Turki. Lagilah membuatkan saya sangat tabik dengan negara Turki.




Saya tidak pernah ke Turki. Namun ianya berada dalam list vision board saya. Mana tahu, tahun ni dimurahkan rezeki dapat pergi awal berbanding 42 tempat di atas. Amin.

Apa yang best di Turki?


#Hagia Sopia



Pada awalnya, Hagia Sophia merupakan Gereja Ortodoks namun setelah Kontantionopel (nama Kota Istanbul sebelum dikuasai oleh Umat Islam) jatuh dan dikuasai oleh Kesultanan Ottoman, Hagia Sophia berubah fungsi menjadi Masjid Hagia Sophia.

Fungsi Hagia Sophia kembali berubah setelah dibangunnya Masjid Biru yang berada tidak jauh dari Hagia Sophia. Kemudian, Hagia Sophia berubah fungsinya menjadi Museum Hagia Sophia yang menyimpan sejarah peradaban negara Turki.

Bangunan ini merupakan perpaduan antara budaya Islam dan Kristien. Hagia Sophia tidak hanya, terkenal dengan sejarahnya, namun pada rekaan architecturenya. Tidak menghairankan ianya dikunjungi oleh ahli sejarawan seluruh Malaysia.



#Masjid Biru

Masjid yang terletak di kota Istanbul ini menjadi salah satu daya tarikan ahli sejarawan untuk berkunjung ke Kota Istanbul. Sebenarnya nama asli masjid ini adalah Masjid Sultan Ahmet namun lebih dikenal dengan nama Masjid Biru karena dinding interior masjid ini dihiasi oleh seramik berwarna biru.

Masjid Biru dibangun pada masa pemerintahan Sultan Ahmed I pada tahun 1616. Masjid ini memiliki perpaduan gaya rekaan Islam dan Ottoman Klasik. Ciri khas masjid ini iaitu banyak kubah yang tertumpu diatasnya serta terdapat menara dikedua sisinya.

Hingga saat ini, Masjid Biru masih difungsikan sebagai masjid untuk melaksanakan kegiatan keagamaan. Saya berharap dapat menunaikan solat di sini.

#Kunafei


Ianya merupakan makanan  tradisional Rakyat Palestine. Pencuci mulut ini juga terkenal di Mesir, Turki. Ianya diperbuat daripada cheese, gula sirap dll. Rangup di bahagian luar namun dalamnya, penuh rasa cheese. Teringin sangat nak makan!

#Turkish Delight





Turkish Delight ni wujud sejak 1700 selepas seorang warga Arab menunaikan Haji dan berpindah Ke Turki. Dia orang pertama yang memulakan bisnes ini. Ianya bertindak sebagai manisan dan terdapat banyak resepi yang ada kurma, hazelnut, pistachio, coklat, madu, dan lain-lain lagi. Saya teringin sangat nak makan. hehe

Semua yang membaca ni, doakan saya dan family dapat mengerjakan Umrah tau. Ziarah Umrah Mekah, Madinah dan Turki. Amin.

Shaklee memang selalu menawarkan percutian percuma ke luar negara untuk mereka yang layak dalam bisnes shaklee. Tahun ini ada trip percutian percuma ke Bangkok. Saya harap sangat saya qualified untuk itu. Tapi, untuk ke Turki ini, saya akan menggunakan hasil duit bonus shaklee saya. hehe

amin. amin.

Doakan saya tau. Kalau anda teringin bercuti secara percuma dengan shaklee, jangan lupa contact saya!


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.