Cara Menghadapi Suami Anak Mama Bagi Mengelak Keretakan Rumah Tangga

/
0 Comments


Adakah anda berkahwin dengan seorang anak mama atau anak emak? Hari ni nak share cara menghadapi suami anak mama. Kisah ini ditulis setelah mendengar dilema seorang yang berkahwin dengan anak mama. Malam pertama pernikahan, si ibu menelefon anak lelakinya sambil menangis teresak-esak meminta anaknya balik kerumah si ibu. Dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya. Bahkan hampir setiap hari si ibu akan menelefon si anak untuk bertanya dah makan ke belum, pintu bilik diketuk, dan bertanya kepada si anak, baju dah iron ke belum? Jadi, apa fungsi isteri?

Sebelum bernikah, Islam telah menggariskan cara yang sangat baik untuk kita menyelidi siapakah bakal suami kita. Berikut merupakan antara amalan yang boleh kita amalkan.

1. Solat istikharah

Image result for solat istikharah

Kita memohon kepada Allah untuk dikurniakan pasangan yang soleh dan mampu membimbing kita. Dikurniakan keluarga mertua yang memahami dan baik. Banyak lagi doa-doa spesifik yang perlu kita panjat kepada Allah.

2. Bertanya kepada mereka yang mengenali bakal suami

Rajinkanlah bertanya kepada mereka yang mengenali bakal suami dan keluarga suami. Bagaimana sikap mereka dan keluarga mereka. Bertanya jugalah kepada jiran dan masyarakat setempat tentang mereka. Jika segan, mintalah pertolongan abang atau saudara lelaki.


Kenapa perlu melakukan semua ini?


Supaya anda tidak makan hati di kemudian hari. Supaya anda dan suami tidak bergaduh. Supaya anak-anak tidak menjadi mangsa anda dan suami.

Jika terlanjur berkahwin dengan anak emak, pujuklah hati. Ini adalah takdir lain yang telah Allah tetapkan. Tiada sesiapa yang menang atau kalah dalam hal ini.

Jika hati terasa berat, luahkan kepada suami. Jangan sampai anda menghidap stress atau bipolar disorder. Di awal perkahwinan, ianya memang terasa menyakitkan, kerana anda masih dalam fasa menerima apa-apa perkara tentang suami dan keluarganya. Seperti kita, sangatlah mengambil masa untuk menerima kehadiran orang asing dalam kehidupan kita.

Pada suami, ibunya adalah satu. Hilang ibu, hilanglah. Hilang isteri, bisa berganti. Tenangkanlah hati, sebagaimana perasaan kita terhadap ibu kita, begitulah juga perasaannya kepada ibunya.

Jangan sesekali memburukkan ibunya di depan suami. Belajarlah menerima kekurangan ibu mertua. Da kita berharap dia menerima kekurangan diri kita juga.

Akan ada ke satu tahap, si ibu akan melihat kita wanita yang jelek jika melihat anaknya membuatkan air untuk kita, membantu kita mencuci pinggan mangkuk dan lain-lainnya. Kerana si ibu barangkali telah lupa anaknya sudah berkahwin dan memiliki bahtera yang anaknya adalah kapten.

Dari sisi pandangan ibu mertua dan kita sangatlah berlainan. Layankan sajalah. Kerana ibu kandung kita akan menerima sebanyak manapun kelemahan kita. Ibu mertua, dia tetap orang asing yang hanya mengenali kita saat kita bernikah dengan anaknya. Pasti dia melihat kita dengan pandangan yang jauh berbeza. Beruntunglah mereka yang memiliki ibu mertua yang tidak membanding bandingkan anak menantu.

Perkahwinan itu sebenarnya penyatuan dua keluarga yang jauh berbeza latar belakangnya. Perlunya ada sikap toleransi dalam banyak perkara.

Buat si isteri, sentiasa dekatkan hati dengan Ilahi. Segalanya bukan milik kita di dunia ini. Sementara masih ada masa, lakukanlah yang terbaik kerana syurga kita terletak di bawah telapak kaki suami, dan syurga suami di bawah telapak kaki ibunya.

Tunaikanlah tanggungjawab kita sepenuhnya. Kerana setiap dari kita akan disoal akan amanahnya yang ada. Jika tidak mampu menahan perasaan, luahkanlah kepada suami. Jika suami tidak sudi memahami, anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda.

All the best mama.







You may also like

No comments:

Powered by Blogger.