Resepi Cendawan Goreng Rangup Dan Sedap Yang Mudah


Kelmarin, di tempat kerja ada seorang kakak menjual cendawan tiram. Nampak segar je cendawannya. Teringin pulak nak makan cendawan goreng tepung rangup. Sayapun beli sebungkus. Kat sini, sebungkus rm3.50. Sampai je rumah, saya cepat-cepat cuci cendawan dan potong ikut bahagian. Tak nak besar sangat. Sebab cendawan ni kemain besar. nanti tak muat kuali. haha. Meh, saya share resepi cendawan goreng rangup dan sedap ni.

Bahan-bahannya:

5 batang Cendawan Tiram Kelabu 
5 sudu besar Tepung Kentucky
Air (anggaran sendiri)
Minyak Masak




Cara Membuat:

Masukkan 5 sudu besar tepung kentucky ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan air ke dalamnya. Saya suka tepung cair sedikit dan tidak melekit.Tepung ni dah sedia ada masin. Jadi, saya tak letak garam. Panaskan minyak di kuali. Deep fried.  Pasangkan api sederhana sahaja. Campurkan cendawan di dalam adunan tepung tadi. Pastikan keseluruhan cendawan dah dicelup ke dalam adunan tepung. Akhir sekali, letakkan cendawan satu persatu ke dalam minyak masak yang sudah panas. Tunggi ianya bewarna keperangan sedikit, dan angkat.

Siap!
Sedap giler uooolss.
Rangup!
Bahan-bahannyapun mudah dan cepat nak buat.
Tak susah.





Makan bersama air teh. pergh! Giler ngko air liur tak meleleh. hehe


Labels: , , ,