Cara Membuat "Busy Board" Untuk Anak Anda Dengan Modal Bawah RM100

/
0 Comments


Perkembangan motor amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia merupakan proses membentuk cara mereka melakukan gerakan yang akhirnya membantu perkembangan kanak-kanak berlaku secara normal dan maksimum.

Bermula dengan kemahiran motor halus yang turut merangkumi pergerakan manipulasi seperti menggerakkan jari, menyentuh, memegang, membuka dan menggenggam, serta membuat mimik muka, semua pergerakan itu seterusnya akan membantu kemampuan kemahiran motor kasar apabila usia semakin meningkat.

Lazimnya, untuk tiga tahun pertama, ibu bapa merupakan golongan yang paling hampir dan selayaknya untuk meningkatkan dan mengasah kekuatan kemahiran motor halus anak-anak.

Justeru, ibu bapa perlu bijak dan tahu bagaimana cara untuk melakukan perkara demikian.

Memberi anak-anak menggunakan gajet tidak salah, namun lazimnya keadaan itu akan berakhir dengan keengganan mereka untuk melepaskan alat berkenaan sehingga membawa kepada masalah-masalah kronik lain seperti bersikap pasif, lambat bertutur serta menjejaskan fungsi mata.

Antara yang paling mudah menarik minat anak-anak dalam mengasah kemahiran motor halus ialah dengan menggunakan busyboard.

Hal ini terinspirasi setelah melihat perkongsian mommies di laman sosial. Jadi, saya dan suami membeli peralatan di DIY. Modalnya tak sampai RM100, namun, ianya cukup memuaskan hati. Risau melihat anak-anak kini lebih didedahkan dengan gajet. Why not kita sebagai parents berusaha untuk membantu anak-anak kita. Tambahan lagi jika kita bekerja, kesiannya anak-anak jika melewati zaman kanak-kanaknya dengan gajet. Maka, lahirnya generasi yang tidak suka bergaul dan mementingkan diri sendiri.


Image result for kebaikan busy board

Busy board ni sangat membantu anak kita lebih fokus. Selalunya anak hyperactive mereka tidak mampu duduk diam dalam satu-satu masa. Namun, busy board ini mampu membantu mereka lebih fokus dan tidak bertindak aggresif.

Image result for kebaikan busy board


Terdapat pelbagai jenis busy board yang ada di pasaran. Yang dijualpun banyak. Namun, sebagai ibu bapa, ini adalah salah satu usaha kita untuk membantu melahirkan anak yang kreatif dan inovatif.

Ramai ibu bapa zaman sekarang yang saya lihat, lebih suka memberikan gajet untuk anak-anak mereka. Sedihnya, sebab umur sudah menjangkau 4 tahun, namun masih tidak pandai bertutur, lebih suka menyendiri. Ibu dan ayah menyedari atau tidak keadaan ini?

Please mom dad.
Jangan rampas zaman anak-anak kita.

Sincere,
Omma Zarina.






You may also like

No comments:

Powered by Blogger.