Cara Bina Empayar Bisnes Di Usia Muda Supaya Tidak Mengemis Simpati Anak Di Usia Senja

Cara Bina Empayar Bisnes Di Usia Muda | Tajuknya ke main ye. Terpulang kepada sesiapapun untuk menjustifikasikan apapun ye. hihi. Melihat permasalahan manusia di sekeliling, apatah lagi mereka yang ada kaitan dengan kita membuatkan saya dan suami membuka mata lebar-lebar. Apa yang kami lihat? Seorang ibu yang meniti usia tua menjadi hamba anak lelakinya. Kerana terlalu sayang dan manjakan anak dari kecil, sehinggalah anak lelakinya memiliki dua orang anak. Si Ibu masih dengan sikap memberikan apa sahaja keinginan anak lelakinya. Apa yang terjadi kini? Saban hari si anak meminta duit kepada ibunya. Meminta dibelikan kereta, motorsikal dan sebagainya. Berlagak persis dewa sedangkan diri sendiri membaja tahi mata tidak bekerja. Ibunya diugut dan barangan rumah habis dijual. Jika dicerita tersangatlah panjang lebar.

Saya dan suami belajar dari apa yang kami lihat. Why worry about the future? Kita sememangnya bukan Tuhan untuk menjangka apa yang terjadi di masa akan datang, namun, sebagai manusia yang waras akal dan mindanya, kita diberi peluang untuk mencorak siapa kita di masa akan datang. Apa yang kita lakukan hari ini, akan membentuk siapa kita 20 tahun akan datang.

Ada juga yang kami lihat, usia tua, namun masih bekerja keras demi membayar hutang piutang yang keliling pinggang. Bagi saya, usia tua adalah waktu untuk kita menuai hasil semasa muda. Enjoy life kita dengan suami. Travel le tempat yang kita impikan tanpa dibelenggu dengan masalah anak-anak. Saya tidak mahu berkurung di rumah menjaga cucu sebagaimana saya dan suami menjaga sendiri anak kami tanpa menyusahkan ibu dan ayah kami. Menumpukan usia tua dengan amal ibadah menuju akhirat. Bukannya bermaksud melepaskan tanggungjawab kepada anak-anak terus. Tidak.












Adakah wujud ibu bapa yang mengemis kepada anak-anaknya sendiri? Adalah tidak wajar kerana tanggungjawab ibu bapa di tangan anak anak. Yes! Apa yang kita fikirkan seringkali berlawanan dengan realiti. Ada ibu bapa yang sangat menjaga pendidikan anak-anaknya. Namun, pengakhiran anaknya tetap tidak seperti jangkaan ibu dan ayahnya.

Saya dan suami sering berbincang perkara ini. Kami berazam untuk membina empayar bisnes di usia muda supaya di usia senja kelak, kami tidak perlu menagih simpati anak. Tidak perlu nak fikir anak ada beri duit ke tak. Anak itulah inilah. Kami ingin berdiri atas kemampuan kami sendiri. Di usia anak masih kecil, kami akan berusaha memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang terbaik. Menghantar dia melanjutkan pelajaran tanpa berhutang ptptn. Biar dia belajar dengan relaks tanpa menyesakkan kepala memikirkan masalah kewangan. Fokus untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.


Dan akhirnya, kami sebagai ibu bapa hanya membimbing dia melakukan apa yang dia mahu. Biar dia bebas mencorak masa depannya sendiri tanpa perlu memikirkan ibu dan ayahnya ingin dia menjadi apa bila dewasa kelak. Biar dia masuk ke dalam masyarakat dengan jiwa yang besar.

Kami tidak akan mewarisi dia apapun yang kami ada. Jika dia impikan rumah, biarlah dia usahakannya sendiri. Jika dia inginkan kereta, biarlah kelak dia usahakan sendiri. Harta kami biarlah kami gunakan untuk mereka yang lebih memerlukan. Amin Ya Allah.

Saya melihat bisnes shaklee di bawah Team Ommasihat akan meluaskan sayapnya ke seluruh Sarawak dan Seluruh Malaysia. Sebab itu, permulaan pembinaan bisnes kita perlu tekankan beberapa perkara:


1. BIG WHY


Apa BIG WHY anda untuk melakukan bisnes yang ada sekarang? Nak tampung belanja dapur? Nak buat kecil-kecilan? Nonsense! Nak buat bisnes jangan alang-alang. Kena berangan yang besar-besar. Buat bisnes sebab nak bebas hutang, nak bantu keluarga, nak bantu orang lain, nak bersedekah! Banyak lagi big why yang perlu kita setkan dalam minda. Tak nak ke bersenang lenang menuai hasil di usia tua dengan tubuh badan sihat walafiat?


2. Siapa Mentor Anda?


Siapa Mentor anda sangat mempengaruhi siapa anda dalam bisnes ini. Upline saya adalah mentor saya. Orang yang telah berjaya adalah mentor saya. Upline saya even dia tinggal di Gombak dan saya di Sibu, namun hubungan kami akrab. Dia sentiasa memberikan tunjuk ajar saya. Upline kepada upline saya juga seorang yang sangat baik. Medium wassap sangat berguna kepada kami. Banyak sangat ilmu yang mereka berikan tanpa meminta bayaranpun dari kita. Jadi, adakah mentor anda seorang yang menyuruh anda loan sana sini? Hutang sana sini? Jika ya, anda tersalah pilih bisnes dan mentor.


3. Bisnes Apa Yang Sesuai Dengan Anda

Saya pernah menjual botol kicap, menjual jagung, ikan, aiskrim, keropok dll semasa kecil. Saya tak pasti saya ini berjiwa bisnes atau tidak. Apa yang saya tahu, bisnes shaklee paling kena dengan jiwa saya. Kenapa? Saya tidak perlu serabutkan otak untuk buat loan, nak simpan stok, nak itu nak ini. Saya cuma perlukan handphone dan internet. Hanya menggunakan medium facebook, instagram dan blog. Ianya sangat mudah bagi saya. Customer bank in, kita proceed order dan sampai terus ke pintu rumah customer. Mudah bukan?

4. Ada support sistem yang kuat

Nak kekal dalam bisnes, saya tak nafikan perlunya support sistem yang kuat dan kukuh. Dalam bisnes shaklee kami sentiasa ada kelas tentang motivasi, produk dan cara-cara meningkatkan marketing. Semua perkara kami diajar satu persatu. Saya tak pernah ada blog, tak pernah ada insta. Semuanya kami diajar satu persatu. Best kan macam ni? Bukan seperti sesetengah bisnes yang membiarkan anda terkontang kanting sendiri tanpa bimbingan.

5. Bisnes yang sentiasa orang cari dan perlukan



Manusia dan kesihatan berpisah tiada. Selama adanya manusia, selama itulah suppplemen akan sentiasa diperlukan. Manusia tidak akan muak dengan supplemen. Walaupun mereka tidak suka, namun, demi kesihatan mereka perlukan supplemen juga akhirnya. Betul tak? Nak tanya, valid ke tidak jual supplemen? hehe. 

Jadi, nak tunggu apa lagi? anda tak teringin ke nak membina empayar bisnes bersama saya? Sepanjang 11 bulan saya bersama shaklee, bonus shaklee yang saya terima adalah hampir RM12,000 lebih belum termasuk untung runcit. Giler tak banyak jumlah ni tau bagi kita yang hidup di zaman serba mahal ni. Jangan tunggu lagi. Bertindak sekarang juga. Hubungi saya segera.

Ikhlas,
Zarina Ismawi
Pakar Shaklee Anda
Mentor bisnes anda.


Labels: , , ,