54 Soalan Tentang ESP Shaklee Yang Sering Orang Nak Tahu



ESP menjadi viral disebabkan kebaikan ESP yang membuatkan ramai orang bertanya tentang ESP. Adakah anda juga pernah bertanya apa itu ESP shaklee. Di sini, ada 54 soalan tentang ESP yang membuatkan anda terpaksa membeli setong ESP!

Soalan ini dikumpulkan daripada pelbagai sumber (pengguna ESP dengan pelbagai umur dan jantina), dan jawapan pula diberikan oleh pakar nutrisi Shaklee.


1. Apa yang dimaksudkan Soya Non-GMO?

Soya non-GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormone tambahan. Jadi, ia dapat dikenali dan diserap oleh badan dengan
                     
2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?

Kerana bentuk molekulnya. Akan tetapi, tindak balas/kerja /mekanisma yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.

3. Bagaimana soya ESP berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?

Kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.

4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil / untuk kesuburan?

Kandungan protein yang berkualiti tinggi. Protein diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (seperti hormon untuk kesuburan dan sel-sel sistem pembiakan)

5. Soya tidak elok untuk lelaki fakta atau mitos?

Mitos. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki

6. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tahu yang dia alergik soya

Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.

7. Dari segi perbidanan melayu, soya dikatakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia dikategorikan sebagai kekacang. Fakta atau mitos?

Mitos. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.

8. Berapa sudu yang sepatutnya diambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu. Kalau melebihi kuantiti ESP yang di ambil, adakah ia memudaratkan?

Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14gram. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari. Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.

9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil ESP jadi sembelit dan jadi buasir?

Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan pengambilan makanan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa mengawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Perlu minum air banyak agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik

10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?

Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi, 3 jam selepas breakfast
- boleh diambil sebelum sarapan dan sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal)

11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplement Shaklee yang lain?

Boleh, tiada masalah

12. Ada mitos kata soya tak bagus untuk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif. Apa komen nutritionist?

Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan. Malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan. Sama juga untuk kulit bayi sensitIf

13. Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel-sel kanser). Fakta atau mitos?

Soya non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam

14. Bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum  atau sedang menjalani dialisis?

Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor pakar dahulu.

15. Adakah ESP penyebab bayi yang menyusu badan sepenuhnya tumbuh ruam?

Tidak

16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah. Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?

Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankn untuk ibu mengambil OsteMatrix untuk menampung keperluan kalsium

17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah fibroid dan cyst mengamalkan ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?

Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, boleh ambil ESP kerana ia soya non-GMO.  Soya bukan penyebab kepada masalah cyst.

18. Bolehkah ibu yang menyusukan anak G6PD ambil ESP dalam tempoh penyusuan? Ada apa-apa kesan sampingan pada bayi?

Ibu yang menyusu anak G6PD mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor. (Ada pengamal ESP yang menyusukan bayi GPD dan tidak mengalami sebarang masalah)

19. Pesakit gout boleh ambil ESP tak?

Boleh

20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi?Adakah akan bertambah atau sebaliknya?

Bergantung pada pemakanan harian ibu dan bayi

21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?

Ambil ESP selepas makan. Ini kerana ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.

22. Bagaimana cara makan ESP yg betul untuk elak berat badan naik?

Rujuk jawapan 10 (Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi, 3 jam selepas breakfast - boleh diambil sebelum sarapan dan sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal))

23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.

Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon. Malah ibu hamil digalakkan mengambil ESP sedari awal kehamilan bagi membantu pembentukan organ janin yang sempurna

24. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukan setelah ditinggalkan @ bila dah tak ambil? (sebab ade customer ni cakap sebab ESP la ni dia gemuk sekarang. Dulu dia ambil untuk susu)

Tidak. rujuk jawapan 9 (Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan pengambilan makanan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa mengawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Perlu minum air banyak agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik)

25. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?

ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem turut sihat. Jadi apabila sel kulit sihat, maka organ sihat dan kesan sihat itu adalah cerah dan gebu

Ini kerana sumber protein yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan lengkap dengan kandungan asid amino. Protein diperlukan dalam membina sel-sel kulit yang baru, jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, pengambilan protein yang berkualiti tinggi adalah penting.

26. Kanak-kanak  boleh consume ESP tak dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai utk kanak?

Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Meal Shakes

27. Berapa sukatan pengambilan esp untuk pesakit diabetes?

Pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.

28. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-GMO?

Shaklee ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.

29. Pengambilan ESP dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dalam pengambilan?

Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14g protein (105kcal). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5-9g setiap jam. Jadi dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP

30. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. Kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium?

Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.

31. Bagaimana soya dikatakan membantu wanita yang menopause?

Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormon estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons (hanya soya yang dibasuh melalui air sahaja) dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.

32. ESP dah tamat tempoh kerana jarang ambil masih boleh consume? Ada effect tak?

Disarankan untuk tidak minum selepas tamat tempoh kerana ESP dalam kategori makanan, bukan supplement.

33. ESP salah satu produk dicadangkan bagi ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul untuk kurus?

Rujuk jawapan no 9 (Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan pengambilan makanan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa mengawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Perlu minum air banyak agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik)

34. Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah? Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?

Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan.

35. Bagaimana ESP mengekalkan kesegaran? Contoh banyak ESP dikeluarkan pada 2014, tapi tamat tempoh lama sehingga 2016. Ada sesetengah ESP ada bau lain. Kadang-kadang customer tanya kenapa bau ESP tak sama untuk semua tin? Mohon pencerahan

Kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakan air untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca / iklim penuaian soya pada ketika itu.

36. Betul ke ESP x boleh di minum oleh pesakit cyst disebabkan kandungan SOYA di dalam ESP?

Soya bukan penyebab kepada penyakit cyst, tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doKtor sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.

37. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat dan untuk turunkan berat. Adakah perbezaan cara pengambilan atau macam mana? (Sebab ada yang kata nak naik pun ambil ESP, nak turun pun ambil ESP. Macam menipu je)

Kena faham konsep pengambilan ESP. Berat badan bukan bergantung kepada ESP. Rujuk jawapan soalan no 9 dan 10

38. Ibu yang (tiada eczema) masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?

Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.

39. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yang boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?

Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon asal yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.

40. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?

Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh faKtor pengambilan soya. Tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.

41. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP? Mereka yang asid urik tinggi boleh ambil ESP?

Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, G6PD, thyroid dan sebagainya.

42. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil, ibu menyusu, yang nak kurus dan yang nak jaga kesihatan?

Saranan 3 sudu besar satu hari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.

43. Adakah gatal-gatal badan selepas consume ESP sebagai healing crisis? Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasanya healing crisis untuk pengguna ESP?

Kemungkinan. Observe untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemerikasaan untuk lihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosng secukupnya setiap hari

44. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama consume boleh gebus gebas. Ada yang dah consume lama, belum cerah-cerah

ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak untuk bina sel. Apabila sel sihat, maka organ dan sistem turut sihat. Selain itu, untuk vitamin kulit, boleh ikhtiar dengan vitamin C, Vita-E Complex dan Collagen Powder.

45. Kenapa ada ESP pahit? Belum tamat tempoh lagi.

ESP tidak pahit. Sila report jika ada keraguan.

46. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan demam panas?

Bergantung pada individu.tiada masalah setakat ini sejak ESP dikenalkan sejak 1961


47. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?

Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.

48. Bagaimana ESP membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita?

ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormon, secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.

49. Bagaimana ESP bantu untuk diet?

Rujuk jawapan 9

50. Pesakit psioriasis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?

Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor. Mengikut pengalaman, propose untuk ACE dan produk antioksidan. ESP boleh diberi juga untuk bantu bina sel badan

50. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?

Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.

51. Sekiranya ibu hamil memang consume ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, adakah suggestion cara minum ESP yang boleh dikongsikan?

Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus, milo

52. Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser minum ESP? Cadangan pengambilan? Apakah kesan sampingannya?

Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.

53. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?

Boleh observe healing crisisnya. Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang

54. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus trigger asthma. Sama hal dengan Lecithin. Sbb keduanya based on soy. Perlukan juga penjelasan.

Digalakkan pengambilan produk antioksidan seperti ACE dan Vivix serta OmegaGuard jika mempunyai masalah alahan. Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga, sila buat pemerikasaan kepada doktor dahulu.


Adakah semua soalan di atas memuaskan hati anda?


Jom, intai testimoni ESP pulak.












Jom, dapatkan ESP anda sekarang juga dari saya

Image result for shaklee

Zarina bt Ismawi
ID : 1244624
Tel/wassap : 019-8583575
Facebook: Zarina Ismawi
Instagram : shaklee_sibu



No comments:

Powered by Blogger.