Tips Mencegah Anaemia Pada Ibu Hamil Elak Bayi Meninggal Dalam Kandungan


Anaemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Penyakit ini agak sinonim dialami oleh ibu hamil. 

Oleh itu, jika ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan akan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang bertenaga. Sebab itu, tanda awalnya adalah anda akan merasa sangat letih, cepat lelah dan tidak bertenaga.

KENAPA ANEMIA BAHAYA UNTUK IBU HAMIL?!

  • Menyebabkan tumbesaran dan perkembangan bayi akan terbantut
  • Risiko kelahiran bayi kurang berat badan
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan
  • Bayi meninggal dalam kandungan
  • Berisiko untuk keguguran
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
  • Kematin kepada bayi dan ibu

BAGAIMANA ANEMIA DIKESAN?

Anaemia dikesan melalui ujian darah iaitu paras hemoglobin(Hb) dalam sel darah merah kurang dari 11gm/dl.


CARA MENGATASI MASALA ANAEMIA SEMASA HAMIL

1. Tambah darah dengan Pil Hematinik

- Hematinik terdiri daripada empat jenis pil iaitu:

a)Pil Zat Besi(ferrous fumarate)
b)Pil Asid Folic
c) Pil Vitamin C
d) Pil Vitamin B Complex

Mengapa pil ini sangat penting?

Kerana kandungan zat besi, B Complex dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Pil Vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Fakta Penting

Pil hematinik membantu ibu hamil pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat bayi yang normal adalah 2.5-4.0kg.

Untuk penyerapan yang optimum, pil ini hendaklah di makan bersama air kosong atau jus buah-buahan.

Elakkan makan pil ini bersama air kopi, teh, minuman berkola, coklat dan susu. Minuman seperti ini menghalang penyerapan zat besi.

Kesan Sampingan Pil Hematinik

Sesetengah ibu hamil akan mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening. Walau bagaimanapun, kesan smapingan ini hanya sementara sahaja.

2. Tambah Darah Dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi

Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging,hati, ayam,limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.

Sayur-syuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.

Untuk mengatasi masalah anaemia, anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.




FAKTA PENTING

Sekiranya anda seorang vegetarian, anda perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya, dan kacang dhal bersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan Vitamin C. Di smping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, anda juga  perlu makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

BAGAIMANA MENINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI?

1. Lebihkan makanan yang membantu meningkatkan penyerapa zat besi di dalam hidangan anda seperti berikut:

-Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau seperti pegaga, sawi, pucuk ubi, bayam dan kangkung.

- Minum jus buah-buahan

-Makan bersama pencecah buah-buahn seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.

-Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan isi dagng.


2. Kurangkan makan-makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, minuman berkola dan bercoklat.

-Jika ingin mengambil makanan tersebut, pastikan diambil sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas makan atau selepas mengambil pil hematinik.

-Susu juga mengandungi bahan pengalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu mengambil 2-3 gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium.

Jom tonton video ini dulu

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


ANDA JUGA BOLEH MEMILIH UNTUK MENGAMBIL SUPPLEMEN SEMULAJADI SEPERTI BERIKUT:




ESP: Sumber protein dari soya non GMO yang penting untuk membina sel kita. Membuatkan ibu hamil lebih bertenaga dan tidak lesu. Ianya juga membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

Vitamin C: Membantu penyerapan maksimum zat besi. Ekstrak dari jagung yang mampu mengelak ibu mengalami gastrik.

B Complex with asid folic: Gabungan keduanya mampu memenuhi nutrisi ibu hamil. Vitamin B Complex sangat penting bagi mengelak kelahiran bayi menghidap spina bifida di mana tube saraf tunjang tidak bercantum dengan normal.

Ostematrix: Mengandungi kalsium untuk keperluan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Vitalea Iron Formula: Ektrak dari buah dan sayur mampu membantu meningkat paras Hb ibu hamil. Disadur dengan spirulina.

Ibu hamil perlu mengambil vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mengelak bayi meninggal dalam kandungan. Anaemia yang kronik boleh menyebabkan bayi anda terpaksa digugurkan bagi mengelak nyawa anda terancam.

Moga mommy di luar sana diberikan kesihatan yang baik semasa hamil dan selepas melahirkan. Berminat untuk mendapatkan supplemen set anaemia ini? Jom! Hubungi saya segera. Atau anda ingin mendapatkan set kehamilan shaklee agar membantu anda cergas sepanjang kehamilan, jangan tunggu lagi!


Image may contain: 1 person, eyeglasses

No comments:

Powered by Blogger.