Pengalaman Menyusukan Anak Pertama Bagi Ibu Bekerja

/
0 Comments

Menyusu Anak Pertama - Assalammualaikum Mommy! Moga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah ye. Kalau ikutkan, actually saya selalu share pasal penyusuan baby saya di facebook. Namun, hari ni, saya share pengalaman di blog pulak. Saya terbaca status seseorang yang lalu di wall facebook saya beberapa hari yang lepas, dia rasa down melihat sesetengah orang post gambar journey breastfeeding sebab dia jenis yang tak ada air susu banyak, walhal masih dalam pantang. Nauzubillah dik, kalau itu tujuan saya atau kami post di facebook untuk men downkan orang lain. Entry saya ini, moga dapat dilihat dengan mata hati sebagai pencetus semangat untuk memberikan susu terbaik di muka bumi ini untuk bayi kita semua.

Sangat menyedihkan, terdapat sesetengah suri rumah sepenuh masa yang sihat walafiat, namun memilih untuk memberikan susu formula untuk anak atas alasan ianya mudah dan cepat serta tidak leceh.

Perkara apakah lagi yang paling mampu mencetus kita untuk memberikan susu terbaik buat si manja kita melainkan galakan dari Allah swt? Bukankah setiap tegukan susu kita itu berupa kebajikan dari Allah? Mungkin sahaja ada makhluk lain yang mendoakan si ibu yang struggle menyusukan seorang khalifah bumi. Perkara beginilah yang banyak membuka mata hati saya untuk terus berjuang sehabis daya.

Image result for ayat al quran menyusui


Saya dan suami bernikah pada 30 Mei 2015. Majlis yang sangat sederhana diraikan oleh teman jauh dan dekat serta sanak saudara di kampung. 



Februari 2016, saya disahkan positive hamil. Semasa dalam tempoh kehamilan ini saya tidak putus berdoa di dalam hati agar dikurniakan rezeki air susu yang banyak untuk diberikan kepada bayi saya nanti walau bagaimanapun halangannya. Saya amalkan membaca ayat Al-Quran setiap hari. Saya cuba untuk pastikan khatam sebulan sekali dalam tempoh kehamilan.



19 Oktober 2016, saya bersalin secara caeser dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.04kg.


[ Umar Farouq ]
Time kat ward bersalin, kita tidak boleh ditemani sesiapa. Anda bayangkan perasaan saya. Sudahlah kesakitan selepas caeser masih terasa, bayi saya menangis kuat pulak kehausan. Beberapa hari selepas bersalin, air susu memang keluarnya tak banyak. Yang adapun cuma cecair kekuningan yang kita panggil kolostrum. Bohonglah kalau saya tak stress. Banyak kali saya menangis. Tanpa pengetahuan nurse, saya titiskan air suam ke dalam mulut bayi saya. Barulah dia berhenti dari menangis. Selepas tiga hari, bacaan sb(serum bilirubin) pula mencecah 15. Doktor yang in charge saya menyuruh bayi terpaksa di tahan sebab kuning. 

Saya bertekad untuk discharge. Biar saya berehat di rumah dan uruskan bayi di rumah. Dalam masa dua minggu juga barulah parasa SB Umar kembali normal. Tipsnya mudah. Kejut bayi sekerap yang mungkin untuk berikan air susu. Kuning bayi akan cepat keluar melalui air kencing. Mostly bayi akan ada penyakit kuning selepas lahir kerana hatinya masih belum dapat berfungsi dengan baik. Anda juga boleh berikhtiar dengan cecair organik Basic H seperti gambar di bawah. Mandikan bayi anda dengan campuran beberapa titis Basic H. Semudah itu!


Elakkan dulu mengambil jamu dan rempah semasa bacaan kuning baby masih tinggi. Bila dah normal, terpulanglah nak makan ye. Saya dengar, ambil vivix shaklee masa pantangpun boleh mempercepatkan bacaan kuning turun dan banyakkan air susu.

Masa pantang, saya banyak minum air suam dan air panas. Sambal halia, ikan bilis, sayur sawi, lobak putih, kurma. Semua ini adalah makanan yang mampu memperbanyakkan air susu. Kita kena rajin melakukan pembacaan tentang breastfeeding supaya kita dapat gambaran yang luas tentang breast feeding. Banyak artikel tentang tips tambahkan air susu kita di website. Di bawah ini adalah gambar pelbagai makanan dan bahan-bahan yang mampu membantu kita menghasilkan air susu yang banyak.


breastfeeding foods to increase milk supply - seeds





breastfeeding foods




vegetables to increase milk supply



herbs to boost milk supply





breastfeeding foods to increase milk supply


Memang tidak dinafikan, minum air panas dan suam yang banyak mampu menambah kuantiti air susu kita. Elakkan minuman berasaskan cafein kerana ianya boleh mengurangkan kuantiti air susu kita. Elakkan juga pengambilan produk tenusu sebab ianya boleh menyebabkan bayi kita batuk berkahak.

Masa pantang inilah, saya mengumpul stok susu untuk bayi saya. Saya mengampil supplemen shaklee untuk membantu saya menambahkan air susu. Alfalfa dan ESP untuk membantu banyakkan dan pekatkan air susu. Lecithin untuk elak berlaku bengkak susu.

Bulan kedua cuti bersalin, saya dah train Umar awal menyusu botol. Mula-mula memang dia tak nak sebab dah biasa direct feeding. Apa boleh buat, saya paksa juga setiap hari. Hal ini bagi memudahkan saya menghantar dia ke rumah pengasuh nanti. Lama-lama dia tak confuse antara puting saya dan puting botol susu.

Habis je cuti bersalin, saya dan suami hantar Umar ke rumah pengasuh. Setiap hari saya bekalkan 4 botol susu. 1 botol bersamaan 4 oz setiap satu. Masa awal-awal tu saya menggunakan single pam auto.



Namun, masa Umar berusia 5 bulan, demand dia tiba-tiba  menjadi tinggi. Supply sangat kurang. Sehinggakan habis sahaja pam di hospital, saya perlu hantar stok susu ke rumah pengasuh hampir setiap hari. Stok semakin sedikit, Umar saya menyusu dengan banyak. Bayi lelaki kan, kuat sikit nyusu. Saya berbincang dengan suami, saya beli double auto pam pulak. Anda nak tahu, kekurangan single auto pam ni, hanya sebelah sahaja yang kita boleh pam. Sayang sebelah lagi, air susu mengalir macam tu je. Prinsipnya mudah, kalau sebelah dapat signal hisapan, automatik, sebelah lagi akan keluar juga air susu. Sebab tu, lagi baik kalau kita beli double pam. Awal-awal dulu sebab nak jimat kan, belilah single. Walhal, kalau nak sangat BF, double pam tu lagi baik.



Bila dah start menggunakan double pam, alhamdulillah, stok susu dapat disimpan banyak. Untuk memudahkan kerja seharian saya, saya beli steamer untuk steam botol susu dan pam susu. Selalunya tugas steam semua ni husband saya yang akan bantu.




Untuk cuci botol baby pulak, saya guna hand dish wash shaklee. Kenapa saya guna ni? Sebab ianya bebas bahan kimia. Ianya diperbuat dari minyak kelapa dan jagung. Jadi, selamatlah untuk baby kita kan. Tahan berbulan jugak sebotol ni. 1 botl saya guna hampir 4 bulan. Jimat kan?



Sokongan suami sangat penting tau dalam tempoh penyusuan. Suami sayalah yang membantu siapkan perkakas penyusuan saya. Dia siap packing dalam plastik lagi botol susu, dengan pam, dan cooler bag serta ice break.










Semua ni, suami saya akan letakkan dalam beg siap-siap. Tinggal saya bawak je lagi ke tempat kerja. Kalau saya travel, contohnya ke semenanjung atas urusan study, saya akan bawak semua peralatan ni bersama. 



Kalau travel, macam nilah stok susu Umar yang saya bawak balik Sarawak. Bila dah bekerja, selalunya saya akan waktu pagi jam 0600pagi. Kemudian, tengah hari dalam pkul 1200pm. Kemudian pukul 0600pm. Malamnya dalam pukul 1200am. Jika terbangun, bolehlah pam antara jam 12001m-0400am. Waktu ni adalah paras hormon oksitosin kita meningkat justeru akan tingkatkan lagi pengeluaran air susu. Tak semestinya jadual pam ni sesuai untuk semua orang. Yang ni kena sesuaikan dengan jadual bekerja kita kan. Kalau time saya oncall dan tidur di hospital, saya akan cuba juga mencari masa di tengah kesibukan ramai pesakit untuk pam. 


Kena kerap pam, sebab bila breast kita kosongdan terasa ringan, automatik signal akan dihantar ke otak untuk bagi arahan keluarkan lebih banyak lagi air susu. Sentiasa kena banyak berdoa moga Allah berikan kita rezeki air susu yang banyak. 

Awal fasa 1-6 bulan tu memang agak mencabar sikit, sebab baby kita belum dapat makan apa-apa. Dia just minum susu je. Nak tahu tak, kenapa baby cepat je lapar balik lepas nyusu kita? Anda nak tahu, hebatnya susu ibu ni Allah cipta dalam bentuk yang sangat senang sistem pencernaan baby nak hadam berbanding dengan susu formula. Memang tidak ada tandingan. Khasiat susu ibu terus direct baby kita dapat berbanding dengan susu formula yang ambil masa untuk dicernakan. Sebab tu baby yang menyusu susu formula jarang menangis nak mintak susu balik. Kesiankan sistem penghadaman baby kita, kan mommy kalau ambik susu formula?

Bila dah mencapai 6 bulan keatas, baby dah boleh makan. Jadi demand untuk susu berkurang sedikit. Mommy, jangan sesekali bagi baby nestume tau. Dalamnya tak complete nutrient untuk baby. Rajinkanlah masak untuk baby kita. Biar ada sayur. Percayalah, Allah akan balas setiap penat lelah kita dan usaha kita dengan pahala. Anda nak tahu, saya pernah oncall dari jam 0900pm sehingga 0700 pagi. Saya tak dapat tidur langsung sebab ramai sangat pesakit dalam tempoh tersebut. Balik rumah, saya berjalan terhuyung hayang. Rasa nak pengsan. Saya terasa nak baring terus je balik rumah. Tapi, sampai rumah, saya perlu masa bubur untuk Umar. Bayangkan dalam keadaan kepala pening dan badan letih, saya gagahkan juga untuk masak, mandikan dan berikan baby saya makan. Suami saya kena turun keja jam 0800am. 0700 pagi  dah kena gerak  ke tempat kerja. Tinggalah saya seorang kat rumah.


Siapa yang tak stress.? cuba cakap? 


Habis makan, baby saya nak menyusu pulak. Bayangkan kalau saya tidur, entah-entah Umar saya terjatuh ke apa ke. Saya bawak dia ke atas katil dan baring. Walaupun saya melawan untuk tidak tidur, saya terlelap sekejap jugak. Sedar dari tidur, saya cepat-cepat mencari Umar. Rupanya dia main seorang diri kat tepi saya tidur. Nasib baik dia tak jatuh dari katil. 


Disebabkan saya masih study, banyak kali jugak saya tinggalkan baby saya di Sarawak. Minta mak saya jaga sekejap sementara saya attend kelas di semenanjung. Belum habis lagi pantang, saya kena travel ke semenanjung untuk ambik exam dalam keadaan luka jahitan caeser belum sembuh. Moga Allah ampuni dosa saya dan melindungi Umar saya sentiasa. Looking for the picture below make my heart melting inside. Do you feel me enough mommy?







Memang akan ada fasa jatuh dan bangun dalam penyusuan. Ada ketikanya kuantiti air susu kita akan semakin menurun. Jalan terbaik, saya ambil supplemen ESP, Alfalfa, kurma oat dan banyak lagi menu-menu yang dapat bantu saya. Apa yang penting, kita kena sentiasa tanamkan mindset yang positive k mommy! Buang jauh-jauh mindset air susu tak cukup, memang keturunan tak ada air susu dll. Benda macam ni lontarkan sekurun lamanya kebelakang. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Ok?

Jom, tengok video ni untuk naikkan lagi semangat kita.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis[ Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
'




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.