Me Time Seorang Isteri Elak Gila Meroyan Terjun Bangunan!


Aktiviti berenang saya di Homestay Residen Warnasari, Fasa 3, Bandar Baru Puncak Alam

Apa itu Me Time? - Fuh! tajuk kat atas tu kemain eh. Me Time bagi seorang isteri tu adalah suatu masa yang dia gunakan untuk dia manjakan dirinya tanpa gangguan suami dan anak-anak. Bebaskan minda sekejap dari melakukan kerja di rumah. Waktu nilah suami pula yang mengambil tugas menjaga anak dan melakukan urusan di rumah sementara mengizinkan isterinya menggunakan 1 hari atau beberapa hari yang khusus untuk dia keluar shopping, manjakan dirinya ke spa dan lepak bersama bff dia. 


Image result for shopping

Hal ini bukan bermaksud 1 hari isteri minta dibebaskan tak jadi isteri orang. Buka minda luas-luas boleh tak? Anda tahu, kebanyakan isteri gila meroyan sehingga ada yang cuba bunuh diri sendiri atau bayi anda disebabkan sikap sesetengah suami yang tidak mahu membantu isteri melakukan kerja di rumah. Bahkan tanggungjawab menjaga anak dibebankan ke bahu isteri semata-mata. Isteri itu seorang manusia biasa tau. Ada sifat fitrah penat, letih, sedih dan murung.

Hari ni nak share Me Time saya sebagai seorang wanita bekerjaya yang ada oncall, isteri, ibu, blogger ommasihat.com dan seorang pelajar jarak jauh ijazah sarjana muda di semenanjung. Masa ni saya tengah settlekan final year projek saya sebelum dapat menggenggam segulung ijazah. Syukur sangat sebab Allah kurniakan kita keupayaan multi tasking, namun hakikatnya kita tidak akan pernah dapat menafikan fitrah manusiawi yang penat dan letih.

Masa travel seorang diri ke semenanjung selama 4 hari tu, saya gunakan sebaik mungkin untuk siapkan tugasan saya dan fokus untuk diri saya sendiri.


Berjalan menuju tempat makan di Uitm Kampus Puncak Alam

Tempat makan tu seberang Fakulti Kesihatan saya je. Kena jalan  jauh sikit. Lemak biar pecah berderai. Ahaks!

Sambal Ikan Keli


Kalau ke semenanjung, menu fevret saya of kos sambal ikan keli dan sambal belacannya. Tak dapat benda ni kat sibu. Maveles uooolsss! Lepas makan saya melepak kat Perpustakaan seorang diri. Masa ni tengah tunggu member jumpa SV dia. Opss! Ostematrix tu jangan dilupa, sebab kalau buat projek akhir tahu jelah tidur tak cukup. Saya travel dari Sibu naik flight, kemudian naik bas ke KL Central, naik KTM ke Puncak Alam. Memang penat weh. Dengan beg-beg kat kedua belah tangan.





Tak  tau nak buat apa, maka terhasillah artikel cara menghasilkan sperma yang banyak dan berkualiti. haha





Penulisan Blog mampu membebaskan diri saya dari stress. Di atas tulisan inilah saya salurkan stress yang ada. Alhamdulillah, ianya menenangkan. Lepas lepak di Perpustakaan, kita singgah Tesco pulak. Sempatlah grab fresh milk kurma ni. Benda ni tak ada kat sibu ye. Saya beli 3 botol. Ingatkan nak bawa balik Sibu. Sekalinya habis diminum seorang diri da. Kempunan orang Sibu. hehe




Lepas balik dari Tesco saya dan member plan nak berenang pulak. Kami menyewa hoemstay kat Puncak Alam. Murah dan sangat selesa. Bandar Baru Puncak Alam ni baru lagi. Hotel tak ada since 2013. Kalau adapun kena pergi Meru. Jauh weh kalau kita yang tak ada transportation.





Cantik tak kolam renang ni? Blue ocean!



Ambik gambar dulu sebelum terjun. Haha


Sampai berkedut kulit sebab mandi. Lepas gian nak mandi. Kalau kat kampung takut pulak nak mandi sungai. Sekarang banyak je cerita orang di ngao buaya. Buaya daratpun lagilah menakutkan.

[Otak-otak bagi berotak sikit! ]


Otak-otak ni tak pernah saya jumpa kat Sibu. Ape lagi kalau mai semenanjung, melantaklah jawabnya. Kedai makan depan Masjid Baru Puncak Alam best. 

Carrot Just Meleleh







[Giler Banyak Nasik Dierr daaa ]



[Drive sendiri ke Kampus ]



[Shaklee Subang ]




Sebelum balik, sempat singgah sekejap ke Home Office Shaklee. Best Weh. Multi tasking mother macam saya ni kena ambil supplemen untuk pastikan kesihatan dalam dan luar. Saya ambil set tambah tenaga shaklee sebagai supplemen seharian yang membantu recover balik energy.

 Antara supplemen tersebut adalah:

1. ESP(Soy Protein isolate Powder)

Sel badan kita terbina dari protein. Sebab tu ianya sangat diperlukan oleh badan kita untuk menghasilkan sel yang baru dan sihat. Diperbuat dari soya non-GMO sangat selamat untuk kita ambil sebagai supplemen harian. Kerja saya yang tak tentu masa menuntut saya untuk mengambil isolate protein untuk kekal kenyang sepanjang masa. Tambahan lagi saya masih breast feeding anak saya. Saya perlukan ESP untuk memperbanyakkan air susu saya. Esp termasuk dalam supplemen Set Menyusu saya.


2. Ostematrix



Ostematrix shaklee mengandungi kalsium, magnesium dan boron. Ianya membantu menyokong kesihatan tulang. Ambil ni, bangun esoknya badan akan rasa segar dan cergas. Membuangpun senang sangat.

3.Performance Drink Shaklee



Minuman isotonik minima gula yang mampu memberikan elektrolit badan yang hilang. Bantu cegah dehydration. Badan rasa segar selepas  mengambilnya.

4. B Complex



Membantu memberikan tenaga sepanjang hari dan bertindak sebagai anti-stress. Lengkap dengan vitamin B untuk keperluan tubuh.


5. Vitalea Iron Formula



Vita-Lea® adalah formula yang direka khas untuk menyokong keperluan khas lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, E dan beta karotena untuk perlindungan antioksidan. 

Formula Besi Vita-Lea® mengandungi 400mcg asid folik, dan vitamin B diperlukan untuk badan yang sihat, menggunakan sistem penghantaran microcoating yang dipatenkan untuk memastikan penyerapan asid folik.


Inilah supplemen yang membantu memastikan kecergasan kita sebagai seorang wanita bekerjaya di zaman moden ni. ! Berminat untuk mendapatkan supplemen terbaik ni? Jom! hubungi saya segera!

Labels: , , , , , , , ,