Elak Mati Mengejut Semasa Hamil - 4 Perkara Yang Ibu Hamil Perlu Tahu


Assalammualaikum dan hai semua. Moga semua kita berada dalam kesihatan yang optima setiap masa. Bulan lepas saya baru je berdepan dengan kes seorang ibu yang dah nak masuk 32 minggu, namun dia telah disahkan meninggal bersama baby dalam kandunga. As a mother, rasa sedih sangat. Bukanlah nak bagitau yang belum bergelar mommy tak sedih, bukan. Bila kita dah bergelar mak orang ni, lagi tersentuh hati tau. 

Sebab tu mommy, kena jaga betul-betul diri dan kesihatan masa preggy ni. Bila preggy ni, kita berisiko dengan pelbagai perkara samada melibatkan diri kita atau bayi dalam kandungan kita. Sebab tu mommy, kita kena manage betul-betul risiko yang ada. Nak tahu, mommy kena tahu 4 perkara ni:

1. Jaga kesihatan sebelum mengandung

Penting ke? Yes mommy. Ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa hamil. Kalau sebelum hamil dah ada anemia, iaitu kekurangan sel darah merah, masa preggy lagilah berisiko sangat mommy. HB rendah sangat membahayakan nyawa mommy dan baby. Ada kawan kepada kawan saya dinasihatkan oleh doktor untuk menggugurkan kandungan disebabkan HB nya yang sangat rendah. Sedih weh, kalau baby kita terpaksa " dibunuh " dalam kandungan sebelum dia dapat melihat wajah ibu yang mengandungkan dia. Lebih-lebih lagi kalau dah sekian lama kita menunggu zuriat.


Related image


2. Care sebelum dan semasa hamil

Sebelum hamil, pastikan kita mengambil nutrisi yang secukupnya. Masa hamilpun sama. Melaburlah untuk mendapatkan set nutrisi yang cukup untuk anda dan bayi dalam kandungan. Contohnya penyakit spina bifida. Ianya terjadi disebabkan tulang belakang yang mengandungi spinal cord tidak bercantum dengan sepenuhnya disebabkan kekurangan zat semasa hamil. B complex membantu mencegah spinal cord dari tidak bercantum sepenuhnya.

Image result


3. Elakkan induced dan bersalin czer

Bersalin secara pembedahan sangat merisikokan. Anda akan terdedah dengan pendarahan yang banyak, jangkitan kuman dan sebagainya. Nak tahu, guru sekolah menengah saya mengalami stroke sehingga di masukkan ke ICU selepas bersalin czer. Saya sendiri melahirkan putera sulung saya secara czer. Sebab tu, anda perlu mengelak diri dari bersalin secara czer. Lebih-lebih lagi sekiranya bersalin secara emergency caeserian. [klik di sini]

Related image


4. Dapatkan Ilmu Tentang Pregnancy dan Melahirkan

Ini amaran keras untuk mommy yang hamil anak sulung. Rajinkanlah diri untuk melakukan pembacaan tentang tips kehamilan dan bersalin. Bertanyalah kepada yang berpengalaman bagi mendapatkan tips untuk membantu anda sepanjang tempoh kehamilan. Lebih-lebih lagi di awal kehamilan, badan rasa lemau dan lesu tu memang tak boleh nak elak. Muntah dan tak lalu nak makan. Banyak benda pelik-pelik yang kita nak buat. Belajarlah.

Image result for ilmu tentang pregnancy



Semoga tips di atas dapat membantu mommy yang tengah struggle melalui 3 fasa hamil, ok mommy? Jika, anda ingin bertanya lebih lanjut tentang entry ini, jangan segan untuk menghubungi saya ya. InshaAllah, saya akan mencuba untuk memberikan konsultasi yang terbaik.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.



Labels: , , , , , , ,