Cara Masak Bubur Nasi Paling Cepat Dan Mudah Untuk Ibu Bekerja

[ Bubur Nasi Ayam ]

Assalammualaikum. Hai mommy! Hari ni nak share cara masak bubur nasi paling mudah dan cepat untuk ibu bekerja macam kita ni. Kalau ada benda mudah yang boleh dikongsi, why not tak nak share kan?



Saya rasa, ramai mommy yang bekerja macam saya juga. Saya seorang mommy yang keja kat hospital besar yang ada oncall. Student semester akhir PJJ jugak, seorang bisneswomen jugak, cewah. Kiranya benda ni menyebabkan masa 24 jam yang kita ada tu rasa macam tak cukup kan mommy?



Entah-entah, ramai mommy macam saya ni, cuci baju seminggu sekali, lipat baju tu jangan cakap, 'rajin sesangat'. hehe. Kalau boleh, banyak je baju bergantung kat rumah. Senang nak cari. 

Anak saya dah berumur setahun sebulan hari ni. Masih makan bubur lagi. Alhamdulillah, masih breast feeding. Syukur, asbab ambik set menyusu terbaik zaman ni.

Baiklah, nak share resepi Bubur nasi.



Bahan-Bahan:

Beras Kampung 1/4 cup beras
1 
1/2 inchi lobak dipotong dadu
1/2 kentang dipotong dadu
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
Isi ayam sebesar tapak tangan yang dipotong kecil
Daun sup (maaflah, tak ada dalam gambar)


[ beras yang saya rendam semalaman]


Cara Memasak:

Cuci beras yang dah direndam semalaman. Masukkan air penuh periuk. Masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil.  Kemudian, masukkan lobak, kentang, bawang merah dan bawang putih. Besarkan api, tunggu sehingga bubur mendidih. Kemudian, kecilkan api, barulah tutup periuk dengan penutup.

Tadaaa!

Tunggu  siap je lagi. Bila dah siap, tinggal letak daun sup je bagi wangi. Yummy!

 Saya rendamkan beras lebih awal semalaman agar beras kembang dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak awal pagi.

Ialah kan, pagi2 kita nak masak untuk bekal sendiri lagi, untuk anak lagi, siapkan peralatan menyusu lagi. Nak tak nak, kita kena sedaya upaya untuk singkatkan masa yang ada.

 
[ ni gambar bubur yang dah masak ]


   

Kalau Umar saya makan ni, memang bertambah-tambah. Mana tak berat dia sekarang berbelas kilo. Baru setahun sebulan. Trylah mommy! Nak sharepun, dipersilakan.



[ ni gambar baby saya, Umar Farouq]



[ Konsep halaman rumah ala taman ]


 Kat atas tu adalah gambar masa pergi pameran kat Sarikei, Sarawak. Cantik sangat kan. InshaAllah, saya teringin nak ada rumah yang ada halaman macam ni jugak. Jom bermimpi dengan bisnes shaklee yang saya buat sekarang. Tak mustahil sebab saya dah menggenggam 4 angka di tangan hampir setiap bulan. Ada mommy yang nak join bisnes tanpa modal dan tak perlu simpan stok ni..?

Jom, klik sini

3 comments:

  1. Sedapnye bubur..mak budak pun terliur ni ..apatah lagi si kecik..hi..hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Trylah kak. Sedap. Lebih makanan umar, masuk mulut saya. Hehe

      Delete

Powered by Blogger.