Cara Semak Ubat, Supplemen dan Kosmetik Yang Berdaftar Dengan KKM : Elak Risiko Kanser

Cara Semak Produk Berdaftar Dengan KKM Atau Tidak - Dunia semakin pesat membangun, begitu juga sains dan teknologi. Pelbagai inovasi terkini yang muncul, jelas membuktikan manusia semakin ke depan dalam menguruskan hasil mahsyul dunia. Terdapat banyak inovasi melibatkan produk kosmetik, ubat dan supplemen yang ada masa kini. Namun persoalannya, 

Adakah anda tahu apa yang anda ambil tidak kira kosmetik, ubat atau supplemen itu berdaftar atau tidak dengan KKM?

Adakah anda tahu kepentingan semua itu perlu berdaftar atau tidak?

Jika anda tahu akan kepentingannya, bagaimana cara anda check?

Ha!

Menggelupur nak jawab.

Jangan percaya pada testimoni semata-mata. Pengguna yang bijak bertindak. Mari saya kongsikan bagaimana caranya.

Anda perlu tahu, semua ubat dan supplemen kesihatan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah(PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sebelum dipasarkan dan digunakan.

Keluaran yang berdaftar telah dinilai dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

A) UBAT & SUPPLEMEN KESIHATAN
Ubat dan supplemen kesihatan yang berdaftar mempunyai Nombor Pendaftaran MAL dan label Hologram Meditag тm.

Image result for kategori ubat

Saya bagi contoh supplemen shaklee yang saya ambil.


Anda nampak tak tulisan MAL dan 8 digit number dibelakangnya dan diikuti dengan huruf N. Huruf N merujuk kepada kategori supplemen.


Next step, nampak tak hologram KKM yang ada kat gambar? T u tak dapat nak ciplak weh. Betul!

B) KOSMETIK

Image result for YOUTH SHAKLEE

Semua produk kosmetik perlu dinotifikasi dengan KKM sebelum dipasaran. Pastikan kosmetik anda tidak mengandungi hydroquinone, tretinoin dan merkuri.

Contoh Nombor Notifikasi : NOT 123456789 K

Sila semak status pendaftaran/notifikasi produk di laman web

http://npra.moh.gov.my/ atau muat turun applikasi MediQuest bagi Android dan iOS



Sekarang banyak apps yang dicipta untuk kemudahan kita. Cuma persoalannya, adakah kita aware atau tidak.

Betul tak?

Kenapa kita perlu ada kesedaran tentang perkara ini?

Kesan sampingan dari penggunaan ubat terlarang mampu membahayakan nyawa kita. Majoriti penggunaan ubat terlarang atau yang dikontrol digunakan tanpa mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh KKM. Tidak kisahlah dari dalam dan luar negara.

Anda tahu tak, merkuri dalam kosmetik mampu memberikan hadiah kanser kepada anda?

Steroid yang tidak terkawal digunakan mengikut piawaian yang tidak betul mampu memberikan kesan yang dahsyat kepada kesihatan anda.

Meh nak kongsi antara ubatan yang terlarang dan tidak berdaftar yang saya ambil semasa pameran di hospital hari tu.

# 1

No automatic alt text available.

#2

No automatic alt text available.


#3

No automatic alt text available.

#4

No automatic alt text available.

Banyak lagi sebenarnya, namun tidak banyak yang dipamer hari tu. Bolehlah layari laman web di atas tu ye.

Saya tak terlibat langsung dalam penjualan benda alah neh. Saya jual supplemen shaklee yang semulajadi dan berdaftar dengan KKM je.

Ha.

Nak cari supplemen terbaik, cari saya je.

hehe



Labels: , , , , , ,