7 Sebab Kenapa wanita Kelihatan Lebih Tua Dari Usia



Mommy-mommy kat luar sana, pernah tak rasa down bila ada orang mengata muka kita ni macam wanita umur 40-an? walhal tahun ni umur kita belum sampai 30 lagi. Mulalah tengok cermin lama-lama dan belek muka;

" Aaarrlah, muka nampak tua sangat " 

Lagilah stress kalau muka husband kita maintain je kan. Jangan pulak kita p cari bomoh nak buat susuk pulak. Nauzubillah. Syirik dah tu kan.

Nak tahu kenapa wajah kita nampak lebih tua dari usia?


1. Berfikir tentang semua perkara

Dah namanya mak orang, nak fikir pasal anak, suami, keluarga sendiri, mertua, ipar duai lagi. Betul tak? Belum lagi segala bil eletrik dan air. Isteri jugalah yang asyik nak ingatkan suami. Kalau dapat suami yang jenis semua benda serah kat wifelah. Belum lagi nak check barang sekolah anak. Dah siap ke belum. Anak dah makan ke. Baju sekolah dah cuci ke. Kalau semua benda ni terbeban kat bahu isteri seorang, kesianlah isteri. Mana tak muka dan tubuh badan tak terurus.


2. Bekerja melebihi kemampuan

Kita ni cuma manusia biasa yang Allah ada kurniakan rasa letih juga. Contohnya kereta atau mesin, jika digunakan melebihi kemampuan, kelak-kelak boleh overheat, last-last meletup. Sama juga kesnya dengan diri kita sebagai suri rumah. Kalau add on lagi sebagai wanita bekerjaya, balik rumah perlu masak dan buat kerja rumah. Lagilah rasa wowwww sangat kan. 


3. Suami bebankan semuanya di bahu isteri

Pernah je melihat suami yang jenis malas bantu isteri. Bila keluar makan bersama kat luar, dia sendiri goyang kaki dan isteri sibuk suapkan makanan kat mulut anak. Dirinya sendiri tak sempat nak diisi perut. Sebab tu, jangan hairan kalau wanita boleh bertukar jadi " makhluk hijau". Dengan anda sekalinya dilibasnya nanti. haha. Ada kes dimana suami dah lah langsung tak bantu isteri, menyulitkan lagi keadaan adalah. Sehinggakan nak ceraikan spender dari seluar suamipun isteri yang buat. Alahai, kesian isteri cenggini.

4. Tidur yang tidak cukup

Dah namanya, ada anak-anak, lebih-lebih lagi kalau anak masih kecil. Macam-macam ragamlah setiap orang kan. Sebagai isteri ni, kitalah yang bangun malam bancuh susu kalau anak nangis nak susu. Siapkan bekal anak-anak ke sekolah. Ada moleknya kalau suamipun perlu bantu isteri. Takut isteri kita mengalami tekanan, tak pasal-pasal nanti isteri kita menghidap penyakit mental. Nauzubillah. Masa tu nanti jangan menyesal dah. Sebab, nasi dah jadi bubur. Sebelum jadi bubur, eloklah cegah awal-awal. Kita kahwin kan nak bina home. Bukan house. Kalau kat rumahpun isteri rasa macam neraka. Innalillah. Toleransi dalam rumah tangga tu penting sangat.

5. Tiada "me time"

Anda tahu, saya respect sangat tv korea dan Taiwan yang pernah menayangkan movies " Superman Return". Masa nilah suami-suami kena buat semua benda yang wife dia buat sepanjang hari dalam menjaga anak-anak mereka. Serius! ramai yang bagitau sangat penat. Bayangkan wife anda melakukannya selama 365 hari. Cuba kira berapa lama tempoh anda menikahi mereka.

10 tahun x 365 = 3650 hari

mereka melakukan perkara yang sama. Nak tanya mommy. Ada tak husband bagi anda 1 hari khas untuk anda keluar seorang diri tanpa suami dan anak-anak?. Gunakan waktu tu untuk pergi shopping ke. Pergi spa nak manjakan diri atau keluar lepak dengan rakan baik sekali sekala.

Ada tak?

Tak ada?

P mintak kat husband sekarang juga.

6. Tiada toleransi dan komunikasi dalam rumah tangga

Awal-awal kahwin memang lah best kan. Sebab berdua je baru. Kalau dah beranak pinak, tanggungjawab makin besar dan perlunya toleransi dalam banyak perkara. Why not kalau suami isteri yang bekerjaya, balik rumah, time wife masak, suami tolong jaga anak. Kita perempuan ni, tak minta banyak. Cukuplah suami memahami dan menghargai kan. Betul tak? Bohonglah kalau tak pe je tak dihargai. Masalahnya, kita ni manusia biasa yang ada naluri untuk dihargai. Sebab tu pernah je berlaku keretakan rumah tangga sebab pasangan jenis tak pandai menghargai. Kalau orang lain kemain kita ucap terima kasih. Why not isteri yang dah mengorbankan bentuk tubuhnya untuk lahirkan zuriat kita, mata yang dulunya cantik namun dah jadi panda, badan yang dulunya ramping namun sekarang dah gempal semacam, semuanya sebab bernikah dengan kita. Dia lakukan tu setiap hari tanpa komplain penat. 


7. Tidak mengambil supplemen

Badan kita ni ada masanya perlu vitamin juga untuk kekal cergas sepanjang hari. Sistem dalaman kena jaga betul-betul. Barulah nampak cergas setiap masa. Ada je nampak makcik umur 50-an namun macam 40-an je. Muka flowless giler. Tak da pulak penyakit macam-macam. Kita orang muda ni, umur baru 30-an, tapi dah ada darh tinggi, kolesterol tinggi. Ada yang stroke. Alahai, kesiannya kalau tak jaga badan. Nak tahu apa supplemen yang terbaik untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah anda dan memperbaiki kecantikan dalaman?

Celikvitamin Group
Add Photos/Videos
Tag
Radiant 4 Set

🌿ESP🌿

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit

 yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.
Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
Menyokong pengeluaran asid amino glutation.

🌿Vitamin C🌿

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :

Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
Membantu dalam penyembuhan luka.
Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

🌿Shaklee Collagen Powder🌿

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan TEkendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;

Kulit yang lebih anjal.
Mengurangkan kedutan.
Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
Mengurangkan parut.

🌿🌿GLA Complex

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
Mengekalkan kelembapan kulit.
Melawan keradangan


TESTIMONI THE RADIANT 4
















































Berminat untuk mendapatkan SET RADIANT

 4 ni? Jom! Hubungi saya segera!




Labels: , , , , ,