Muhasabah tentang Mati


Image result for mati


KEMATIAN ITU SANGAT DEKAT, NAMUN CARA KITA HIDUP SEOLAH IANYA SANGAT JAUH

Saya ni selalu terfikir, dalam kehidupan saya ni ramai ke tidak orang menyenangi keberadaan saya. Atau orang lebih suka saya tidak ada. Entah-entah kat belakang saya, ada orang sumpah seranah saya.

" Pergi mampus lagi bagus!"

Nauzubillah.

Saya hidup ni bawa banyak manfaat kepada orang atau tidak. Kata orang, orang yang baik dan bermanfaat dengan orang lain, ramai orang suka cari dia. Bukan sebab along yang cari. Huhu

 Ramai orang suka berurusan dan minta tolong dengan dia. Dia jenis suka menolong dan mempermudahkan urusan orang. Sebab itu ramai orang suka cari dia.

Kita ni pula macam manalah.

Pesakit datang dengan berpakaian buruk dan selekeh kita dah layan dengan cara low clas. Tinggi suara seolah kita ni juara.

Kalau datang pakcik berpakaian segak dan tampan seolah bisnessman berjaya, kemain layanan highclass. Kita ni dah kenapa agaknya?huhu

Belum lagi bila tiba turn menjaga kaunter. Orang tanya baik-baik, kita jawab ikut suam-suam kuku. Kecik hati makcik yang dah tua. Malu dia kita jerit depan ramai orang. Agaknya hati kita ni dah jadi macam batu agaknya.

Dengan keluarga dan adik beradik bukan main berkira dan kedekut. Seolahnya kita nilah paling disusahkan oleh keluarga. Esok mereka tiada, jangan risau, tak ada lagi orang nak susahkan kita dan tak ada lagi mereka  kat depan mata kita. Masa tu, baru kita tahu, bahagia ke tidak perasaannya.

Belum lagi ramai orang kita kutuk belakang. Seolahnya kita ni malaikat yang tak jejak tanah. Mengata tak ingat dunia, bersama geng-geng hebat kita.

Hasut sana. Hasut sini. Fitnah benda tak betul. Supaya orang suka kita. Benar sangatkah mereka suka kita?Suatu kepuasankah sikap kita begitu?

Esok-esok ni, kalau mati kita, agak-agak ada tak orang ingat jasa kita, ingat kebaikan kita sampai meleleh air mata dia lalu didoakannya yang baik-baik untuk kita. Atau sahaja sampai 7 keturunan kita dicaci dan didoakan yang buruk-buruk.

Jomlah kita.
Sudah-sudahlah berhasad dengki segala.
Maafkanlah semuanya.
Beramallah sebelum tiba kematian kita.
Lepaskanlah apa-apa yang terbuku di dada.
Janganlah berdendam lagi.
Kita ni tak perlu banyak sebenarnya.
Cukup punya hati yang aman.
Agar matipun seperti cara orang beriman.

Labels: , ,