Lambat Dapat Anak, Adakah Saya atau Suami Mandul?│Tips Dapatkan Anak Cepat │


│" Berkahwin dah lama. Tapi belum ada anak. Adakah saya mandul?"│

                             Fatimah,Sarawak.

Tips Dapatkan Anak Cepat Sedih kan kalau kita dah lama nikah, tapi sampai sekarang belum ada rezeki anak. Sampai satu tahap, kita rasa sangat stress. Mulalah benda tak baik muncul kat kepala otak neh. Kang laki aku cari perempuan lainlah. 

Persoalannya;

BETULKAH ANDA MANDUL?!


Mandul atau infertility adalah ketidakupayaan seorang wanita untuk mengandung walaupun tidak menggunakan sebarang alat perlindungan seperti kondom, suntikan hormon dan sebagainya.

6 Tanda Ketidaksuburan :


1. Kitaran Haid Yang Tidak Teratur

Masalah kitaran haid yang tidak menentu adalah sangat berkait rapat dengan masalah hormon. Hormon yang tidak stabil akan menpengaruhi pola kitaran haid kita. Pola yang normal adalah 28 hari. Namun ianya juga bergantung kepada sistem dalam badan individu masing-masing. Ada kalanya tidak sama. Ada yang 29, 30, 31 hari. Sekiranya hormon tidak stabil, kesukaran untuk kita menentukan bilakah waktu subur dan boleh bersama suami. Langkah terbaik adalah dengan menstabilkan dahulu hormon dalam badan kita.


Image result for irregular menses



2.Berat Badan Berlebihan/Obesiti


Image result for obesiti

Memang banyak kajian yang menunjukkan obesiti mampu mempengaruhi ketidaksuburan di kalangan lelaki dan wanita. Obesiti akan mempengaruhi fungsi hormon dalam badan, ianya termasuklah fungsi sistem reproduktif wanita serta penghasilan kualiti sperma yang rendah.


Sila klik link di bawah untuk mendapatkan info lebih lanjut;

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3521747/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4456969/


Kita telah maklum, semasa proses ovulasi, satu telur atau lebih akan dilepaskan dari salah satu ovari kita menuju tube fallopio. Ianya akan menunggu satu sperma untuk menembusinya.

Image result for sperma and ovum

Telur kita tidak mampu bertahan lebih dari 24 jam. Namun sperma lelaki mampu hidup sehingga 7 hari dalam uterus kita. Telur yang tidak matang juga mempengaruhi ketidaksuburan terjadi.

3. Alat Perancang Kehamilan

Apabila anda pernah melakukan family planning, ianya juga akan mempengaruhi ketidaksuburan anda. Selalunya, setelah alat perancang kehamila ditanggalkan, ianya akan mengambil masa untuk regulate kembali hormon yang sedia ada. Hal ini disebabkan penggunaan alat perancang perkahwinan akan mempengaruhi fungsi hormon dalam badan kita. Ianya tetap juga bergantung kepada sistem badan seseorang individu itu sendiri. Bahkan ada yang mengambila masa bertahun untuk mendapatkan hormon yang stabil.

4. Merokok

Adakah anda dan suami seorang perokok? Sila berhenti jika anda ingin mendapatkan zuriat dengan cepat dan sihat. Tahukah anda, bahan kimia dalam rokok mampu merosakkan penghasilan telur dan juga kualiti sperma yang dihasilkan adalah tidak berkualiti.

Ramai je perokok ada anak!

Yes! Memang ramai. Tapi, adakah anda tahu risiko anak perokok lebih terdedah kepada pelbagai penyakit berbanding dengan pasangan yang tidak merokok? Satu batang rokok mempunyai 7000 bahan kimia yang mampu merosakkan sel yang akhirnya nanti akan menjurus kepada kanser. Bukankah anak anda akan mewarisinya juga?

Kesian anak kita kan mama. papa.

Mohon berhenti merokok ya.

Kandungan kimia dalam rokok juga mampu menyebabkan mati pucuk di kalangan lelaki. Ini belum lagi melibatkan masalah ereksi.

Image result for bayi pramatang dan merokok



5. Stress

Stress semasa melakukan hubungan intim juga akan mempengaruhi ketidaksuburan. Anda pernah dengar tentang libido? Ianya adalah kehilangan keinginan untuk melakukan seks. Bila nak bersama asyik tak ada mood. Jadi, sampai bila-bilapun kita tidak akan dapat anak. Solusinya mudah, sediakan persekitaran yang tenang serta emosi yang stabil sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan intim. Wanita yang stress akan menghasilkan hormon kortisol dan prolaktin yang ternyata mampu mengganggu dan menghentikan proses ovulasi. Seram kan?


Apakah cara lain yang boleh kita ambil untuk mengatasi gejala diatas? 

Ada.



1. Dapatkan supplemen yang membantu menstabilkan kitaran haid anda.

2. Bersenam untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Kawal pola pemakanan anda. Makanlah secara sihat. Makan bila perlu bukan hidup untuk makan. hehe

3. Amalkan gaya hidup yang sihat. Hindari dari pengambilan alkohol serta kehidupan yang sangat stress.

4.  Lakukan detoks untuk mengeluarkan toksin dan lemak yang berlebihan dalam badan anda.

Lambat dapat anak bukanlah bermaksud kita dan pasangan mandul. Cuma mungkin ada masalah lain yang menghalang cepat atau lambat untuk kita dapatkan anak. Banyak ikhtiar yang boleh kita cuba. Salah satunya adalah pengambilan vitamin yang sihat. Kaji pola waktu subur kita. Banyakkan bersedekah. Cuba untuk positivekan minda kita. Abaikan kata-kata yang negatif. Saling membantu untuk bahagia dan ceria. Suami lagilah perlu beri sokongan kepada isteri kerana adat masyarakat kita, asal tak ada anak semua salah wanita. Walhal ada kalanya lelaki yang bermasalah.

Jom, baca testimoni dibawah!

#1

Image result for testimoni gla


#2

Image result for testimoni vivix untuk period



Dapatkan SET KESUBURAN SHAKLEE 2017 

Image result for set kesuburan shaklee


Nak tahu Bagaimana Makcik saya boleh hamil setelah 18 tahun tidak ada zuriat?!



KLIK di Sini


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang produk kesuburan shaklee, bolehlah contact saya segera;


ZARINA ISMAWI
ID : 1244624
PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA
TEL/WHATSAP: 0198583575
Email: zarinaimaging87@gmail.com

Labels: , , , , , , , , ,