Understanding others Religion (UOR) bersama Bro Shah Kirit

Berpijak di bumi Malaysia memang perlu bersyukur. Sebabnya, kita memiliki pelbagai bangsa dan agama namun bisa hidup dengan aman dan harmoni. Saling memahami dan banyakkan toleransi itu kunci bagi memastikan keamanan yang berterusan.

Teringat April 2015 yang lepas, saya pernah mengikuti Program Ziarah ke tempat suci agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dll. Pengalaman yang berharga sangat! Dipimpin oleh Brother Shah Kirit.


Gereje St Mary Sibu

Masa di gereja ni kami dijamu dengan Pizza dan masa tu turut ambil kesempatan untuk bertukar-tukar soalan.


Tua Pek Kong dekar warf Sibu

Memanjat sehingga ke tingkat atas itu, wow!


Kuil Hindu

Kami melihat sendiri bagaimana mereka melakukan upacara sembahyang.


Gurdwara Sahib

Disini kami diterangkan satu persatu akan fungsi rumah ibadat mereka. dijamu dengan teh yang sangat sedap dan cucur buatan isteri ownernya sendiri. Mereka sangat peramah dan mengalukan tetamu. Ownernya memberitahu, ada hari akan dinaikkan bendera di hadapan rumahnya untuk memberitahu orang awam yang tiada makanan bahawa di tempat mereka menyediakan makanan secara percuma pada hari tersebut.



Kuil Buddha ni amazing sangat. Sebabnya mereka bina kuil ni atas semangat sukarelawan. Budget datangnya dari sumbangan orang ramai. Kami turut dibawa ke setiap sudut kuil tersebut.



Pengalaman yang sangat berharga dan sekiranya program ni diadakan sekali lagi, memang tak nak miss. Anda pernah join program macam ni..? Bestnya join program macam ni sebab ianya  mampu membuka minda kita. Saya pernah bekerja selama 6 tahun lebih di kawasan pedalaman di Sarawak yang majoriti penduduknya beragama Kristian. Toleransi tu diperlukan sangat. Barulah agama lain dapat terima kita sabagai Muslim.

=)